Selamat Hari Merdeka Ke-51 Warga Malaysia, Tidak Kira Di Mana Jua Anda Berada !

esok kita semua akan menyambut hari kebangsaan negara kita ke-51

ada perarakan di dataran merdeka.

dataran yang dinamakan sama dengan hari merdeka

terdengar bunyi2 bingit kapal terbang dan pesawat tentera sehingga ke sini tadi

aku ingat lagi masa aku bekerja di tm tower dulu (tahun lepas dan beberapa tahun sebelumnya)

setiap kali 31 ogos 2008, aku tidak bercuti tapi aku bekerja.

malam di ambang merdeka aku akan memandu pulang ke rumah dengan agak sedih

sedih sebab aku rasa penat. haha. kadang2 aku berhenti betul2 di hadapan dataran merdeka

puasa aku tatap bangunan sultan abdul samad

puas aku tengok masyarakat sekeliling. hehe

tapi kalau ada sambutan kemerdekaan di situ,

takdelah aku nak masuk dalam jam tu kan

esok adalah hari baru bagi malaysia amnya

semalam pak lah dah table bajet 2009

adakah bajet kita telah merdeka daripada defisit ?

adakah kita juga telah merdeka ?

bagaimana dengan blog yang kita maintain saban siang dan malam ?

adakah telah tercapai objective berblog ?

aku cuma satu je lah. bila aku blog aku sebenarnya nak berkongsi

tujuan asal aku berblog adalah untuk berkongsi tempat2 menarik di malaysia

aku nak orang kita tahu yang banyak rupanya tempat2 menarik untuk dilawati di malaysia

thus ada edisi jalan2 carik makan dan jalan2 cuti malaysia ….

thus ada rancangan destinasi bajet

aku tidak berblog kosong ya

setiap inchi muka paparan blog ini bermanfaat untuk aku

apa engkau hengat aku suka2 je ke buat blog makanmalaya.com ha ? haha

mungkin tidak bagi anda. tapi bermanfaat bagi jiran anda ! haha

aku nak rakyat malaysia tahu yang kita juga kaya dengan alam semulajadi

kaya dengan makanan yang pelbagai jenis

u name it, we have it !

kaya dengan lautan biru, pasir putih yang sejuk

yang bisa kita snorkel dan scuba di dalam nya

yang bisa kita ketemu baby shark, nemo & belut moray !

yang bisa kita rileks dan mendekatkan kita kepada Ilahi

kadang2 aku rasa pelik bila aku post pasal jalan2 carik makan dan cuti2 malaysia, ada comments/emails/saranan dsb yang berkata

“eh tempat camni pun ada kat malaysia eh ?”

urghhhh come on !

bangun tido weiiii

kat sini pun ada coral reefs mcm kat the great barrier reefs ok

kat sini pun ada air terjun yang sejuk mengcengkam ke tulang hitam

kat sini pun ada lubuk kelah yang boleh kita berendam bersamanya

kat sini pun ada gunung2 diselaputi awan untuk didaki

kat sini pun ada kawasan tanah tinggi nyaman berkabus, sejuk dipenuhi strawberry

dah puas rasanya aku post segala gambar2 malaysia kat dalam knizam94.wordpress.com dengan knizam94.fotopages.com aku

aku akan terus berjalan…. terus update blog ini

supaya aku rasa merdeka dalam diri aku

merdeka daripada fikiran penjajah

merdeka bila dapat tengok tempat orang dan sedar yang tempat kita kadangkala lebih baik lain

persetankan semua senario politik rencam yang berlaku akhir2 ini

persetankan semua sumpah2 hijau dan biru itu !

hidup perlu diteruskan.

hidup perlu lebih dihargai

jom jalan2 cuti2 malaysia ! jom jalan2 carik makan !

segala-galanya ada di malaysia !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 responses to “Selamat Hari Merdeka Ke-51 Warga Malaysia, Tidak Kira Di Mana Jua Anda Berada !

  1. Pingback: negaraku.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.