Selamat Hari Guru 2008 buat semua Guru, Cikgu, Bekas Guru di Malaysia ! Hehe :)

selamat hari guru buat cikgu2 yang pernah mengajar saya tulis, baca sehingga saya boleh berblog dengan fasih. dah wujudlah KNizam Artwerk. hehe

  • 1983 - tadika wirawati, ulu kelang
  • 1984-1989 - srk gombak 2, gombak
  • 1987-1989 - sk agama taman melewar, taman melewar
  • 1990 - 1994 - mckk, kuala kangsar

sedikit info tentang Hari Guru di Malaysia

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Hari Guru……Cikgu!

Submit Article :- Digg + Del.icio.us + Google Bookmarks + Technorati

This entry was posted on Thursday, May 15th, 2008 at 10:17 pm and is filed under berita + dunia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Malaysia Web Hosting

4 Responses to “Selamat Hari Guru 2008 buat semua Guru, Cikgu, Bekas Guru di Malaysia ! Hehe :)”

Beruang Madu May 15th, 2008 at 11:08 pm

SELAMAT HARI GURU juga untuk semua guru2 di Malaysia…

Ketika perang dunia kedua tamat, dan pemberitahuan tentangnya dihantar kepada Maharaja Hirohito ttg kekalahan Jepun ditangan puak berikat, apa soalan Maharaja yg pertama…”BERAPA ORG GURUKAH YG MASIH HIDUP?”…. dari soalan tersebut maka Jepun lahir sebagai bangsa yg disegani dan maju….

Selamat Hari Guru

KNizam May 16th, 2008 at 7:49 am

beruang madu : yep selamat hari guru buat semua guru2 di malaysia yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa :)

Singh May 16th, 2008 at 10:18 am

Selamat Hari Guru

KNizam May 16th, 2008 at 11:27 am

singh : selamat hari guru. hehe :)

Leave a Reply

Related Posts from the Past: