selamat bersara dan selamat tinggal tinggal pak lah
terima kasih kerana menjadi perdana menteri malaysia
malaysia masih aman selepas tun dr m meletak jawatan dahulu
semua orang masih ada di rumah masing2
masih boleh jalan2 cuti2 malaysia
masih boleh jalan2 cari makan
terima kasih pak lah !
semoga berjumpa lagi ya
p/s – jangan lupa bukak satu blog ya.
pi lah belajaq ngan tun nanti ya. hehe
- – - – - -
Pak Lah menghadap Tuanku Mizan serah surat letak jawatan
KUALA LUMPUR: Proses peralihan kuasa kepemimpinan negara bermula semalam apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam.
Abdullah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara di sini, kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana bernombor WCH 13 dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.
Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu.
Timbalan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran WRP 11.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan Sultan Mizan memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.
NAJIB selepas menghadap Tuanku Mizan, semalam. Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini.
Mohd Sidek berkata, istiadat bersejarah itu akan berlangsung seperti dijadualkan dan semua persiapan sudah diatur untuk memastikan upacara berkenaan berjalan lancar.
“Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menandatangani surat menyimpan rahsia kerajaan sepanjang tempoh menduduki kerusi tertinggi kerajaan,” katanya.
Mohd Sidek berkata, orang kenamaan tempatan dan wakil negara asing turut dijemput untuk menyaksikan istiadat itu, yang dijangka selesai sebelum tengah hari.
Majlis penyerahan nota serah tugas Perdana Menteri oleh Abdullah kepada Najib pula dijadual berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 4 petang.
Pelantikan Najib mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan.
Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

join blogger? kan Pak Lah dah kata, dia takkan masuk campur lagi.
Reply
hady Reply:
April 3rd, 2009 at 9:52 am
ye betul.tu ari dia dah umumkan takan buat blog
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:26 pm
hady : aisey x best la kalo camtu. chedet takde sparring partner lah
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:25 pm
selinap : la ye ke. hehe
Reply
hari ni malaysia bakal mendapat perdana menteri baru.. pergh.. perdana menteri ke-6..!! Soalan yang bakal timbul kelak, siapa yang akan memegang timbalan perdana menteri kelak.. hurmmmm…. jeng3.. pening la nanti..
Reply
anarm Reply:
April 3rd, 2009 at 8:59 am
ha ah.. siapakah yg akan naik nanti? klue PM yg ada dalam nama RAHMAN dah abis dah.. A for Abdullah.. N yg last, utk Najib.. siapakah selepas Najib? misteri btol.. huhuu
Reply
nikillas Reply:
April 3rd, 2009 at 9:04 am
Pergh.. Otak ko fikir nak sama ngan otak aku la.. sebab itu aku kuarkan pendapat ni.. Dari nama Tunku Abd Rahman tu dah sebut semua nama PM² kita.. Haaa..Siapakah selepas N itu..?? Misteri.. Misteri..
Reply
anarm Reply:
April 3rd, 2009 at 11:34 am
mungkin die sambung ke nama ayah Tunku kot.. huhuu..Oh! dunia politik.. hehe
Reply
zariel Reply:
April 3rd, 2009 at 3:23 pm
aku rasa mula hurup Z iaitu Zarif… haha
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:28 pm
zariel : haha ko lagi satu. zzzzzzzzzzz = z
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:27 pm
anarm : hehe dunia politik mmg x pernah dok diam kan. hehe
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:26 pm
nikillas : haha ko pening kali ke-2 nampak. hehe
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:26 pm
anarm : haha biarkan misteri nusantara itu berlalu begitu sahaja. hehe
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:25 pm
nikillas : ko lak yg pening. haha
Reply
ya, slamat bersara utk tun abdullah. tahniah sbb dah bebas dr mahkamah. hehehe..
psstt: adakah tun akan mempunyai blog? kita tunggu dan lihat
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:27 pm
azizwan : ntah2 jeane yang bukak blog dulu. hehe
Reply
semoga Tun Abdullah dan Tun M dapat bersatu hati dan menasihatkan Dato Sri Najib mengendalikan Malaysia,
Jangan makin huru hara sudah..
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:27 pm
aleeya : ameeennnn
Reply
aku rasa selepas RAHMAN adalah MAHATHIR hehehe….ada kena tak?siapa sanggup bikin spekulasi ini didalam blog kalian?
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:27 pm
26 : haha aku malas nak pikir masalah negara
Reply
siapakah bakal timbalan plak? adakah menteri pertanian sekarang. harap2 tidak. tetapi ura-2 ya. sambung legasi bapa anda datuk seri najib!
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:28 pm
kerol : haha kita tunggu dan lihat ok
Reply
hahahhaha.. bagus idea tu.. pasni bukak url chelah.com
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:28 pm
sham : haha celah2 mana plak ni. haha
Reply
najib, lantiklah knizam sbg menteri blogger..
Reply
KNizam Reply:
April 3rd, 2009 at 5:28 pm
budeen : haha nanti aku x sempat nak jalan2 cuti2 malaysia lah. lantik la jadik pelancongan ke. hehe
Reply
best nye makin ramai le pas ni blooger tokoh.
setiap satu tokoh mesti wajib ade blog lepas bersara
hahaha… baru syok… itu time.. tak larat la
nak counter spam. tapi ASKIMET ni boleh tahan gak
adoi aiiii~
Reply
KNizam Reply:
April 4th, 2009 at 5:30 pm
kreuger : tuh la kan. best sket. meriah la sket. hehe
Reply
Hehehe… Knizam jd menteri blogger… Bernas gak tu… Blogger pun dpt jawatan menteri… Ada pencen x? Hahaha….
Kesian plak kat Pak Lah… Wish all da best to him…
Kat najib? Xda benda nk kata… Sebab? Mls nk citer…
Reply
KNizam Reply:
April 4th, 2009 at 5:30 pm
chempaka : haha good luck to ntr je lah kan. hehe
Reply
paklah nanti bukak blog not about politics tapi more towards tips and tricks of menjaga jin
Reply
KNizam Reply:
April 4th, 2009 at 5:30 pm
mosh : hehe mungkin jugak tuh kan. hehe
Reply
apa2 pun, terima kasih pak lah.
semoga yg terbaik buat malaysia =D
Reply
KNizam Reply:
April 4th, 2009 at 5:31 pm
alone : hehe tuh la kan.
Reply
mungkin die akan gune movable type jugak kot?
mungkin jugak .co.cc?
mwahaha
najib naik makin hancur laa…
Reply
KNizam Reply:
April 4th, 2009 at 5:32 pm
loq : aku cadangkan guna wp je. senang habes cerita. hehe
Reply