sekilas cinta ella = epitome butterfingers ?

ni apa cerita plak eh. kecil sungguh industri muzik kita ni kan

sumber – harian metro

Kontroversi lagu baru Ella

Oleh Ellyna Ali | elly@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Benarkah ‘Sekilas Cinta’ yang dimuatkan di dalam album studio terkini Ella, Rama-Rama sebuah lagu baru sebagaimana yang didakwa syarikat rakaman EMI Muzik Malaysia?


Ataupun ia sebenarnya sebuah lagu Inggeris yang pada asalnya dipopularkan sebuah band muzik tempatan tetapi kemudian liriknya diubah ke dalam bahasa Melayu?

Inilah yang menjadi titik persoalan apabila muzik bagi lagu ciptaan Loque & Hilman itu benar-benar mempunyai persamaan dengan Epitome yang diangkat daripada album ketiga Butterfingers, Transcendence pada 1999.

Sungguhpun terdapat sedikit perubahan yang dilakukan pada susunan muziknya, namun secara hakikatnya lagu itu memang mempunyai persamaan dengan Epitome.

Yang berubah, hanyalah pada liriknya saja yang ditulis Loloq. Malah, ia jauh berbeza dengan isi kandungan lirik asalnya.

Vokalis Butterfingers, Emmet Ishak ketika dihubungi berkata, dia dan anggota band yang lain sama sekali tidak tahu-menahu lagu Sekilas Cinta Ella mempunyai persamaan dengan Epitome.

“Biarlah saya dengar dulu lagu Sekilas Cinta itu sebelum membuat apa-apa keputusan. Lagipun Loque sendiri tidak berada di dalam negara kerana menyambung pengajiannya di Boston, Amerika Syarikat.

“Namun, jika benarlah lagu itu mempunyai persamaan dengan Epitome, ia satu khabar yang cukup mengejutkan, apatah lagi ia ciptaan Loque,” katanya.

Satu sumber pula mengatakan, secara dasarnya EMI tidak melakukan apa-apa kesalahan jika mengambil lagu Epitome itu tanpa keizinan Butterfingers kerana perkara itu ada termaktub di dalam perjanjian antara artis dengan syarikat rakaman itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “sekilas cinta ella = epitome butterfingers ?

  1. as,laikum semua. bg saya tarasa trkejut krna teramat sama lagu karya dr saudari loque (butterfingers)yg ella tiru dr awal hingga habis lagu itu,cuma tiada solo gitar shj ini adalah satu seni mengciplak bg sy ella sedar dan jgn tiru dgn sewenang2 nyer karya susah payah org lain,melainkn atas2 kebenaran induvidu,kumpulan,syarikat dan org itu sndiri baru lah ok.tq

    Reply

  2. karlfingers : tu la pasal kan

    Reply

  3. ye lah xpatut ah die buat gitu sebab bukan senang nk bt lagu tu,kalo nak ambk pun mst ah mtk kebenaran dulu

    Reply

  4. butterboyz : stujo!

    Reply

  5. knp ratu rock tempatan asik tiru lagu org??sebenarnya emmet bwk lagu tu lebi sedap dari ela….

    Reply

  6. pacasona : tu la pasal kan 🙂

    Reply

  7. memang sebiji takleh nak disangkal…saya terkejut bile dengar kat radio…hmm saudari ella bawak tak berapa kena la…lagu tu kene dengan suara emmet yang serak2 ala curt cobain…. And when u touch the sky u fell the glide heeeeyyyyyyy!!!!

    Reply

  8. legacylies : hehehhehehh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge