Satu Sebab Kenapa Ko Kena Ada Jumper Dalam Kereta – Sebab Ko Tak Nak Panik Giler Bila Battery Ko Flat & Alarm Kereta Ko Berbunyi Tanpa Henti !

haha panjang giler tajuk post kali neh kan

aku malas la nak buat version pendek

korang fikir la sendiri kalau nak version pendek

semalam aku dilanda kesesakan lalulintas yang paling teruk

aku sampai kat area jalan tuanku abdul rahman (tar) dalam kul 1830hrs

sekali tuh aku kenalah masuk ke bulatan pahang and then ke hkl kan

aku tengok jam dalam kul 1930hrs aku masih lagi kat jalar tar

pehal beb ! 1 jam just nak pusing ke bulatan pahang je semalam

hampeh sungguh kan. haha

sampai bulatan pahang aku terus memecut ke hkl and then parking

masa tengah jam tuh. aku dah rasa lain macam dah

radio aku kejap on kejap on

aku hengatkan radio rosak….sekali… jeng jeng jeng. (nanti la aku bagitau)

aku terus jenguk adik aku

dia baru lepas operation

nanti aku buat special posting silent hour ok. haha

nak dipendekkan cerita lepas aku melawat adik aku aku terus le ke parking kan

jeng jeng jeng. misteri hkl pun bermula….

aku masukkan kunci. pastu cuba nak start engine

walaaaaweeiiiii pehal tak leh start neh ?

battery kong dowh !

aisey nak menggamatkan keadaan alarm plak berbunyi

hampeh sungguh kan ! ggggggrrrrrrrrrrrrrrr geramnyer

aku dah macam dituduh mencuri kereta sendiri

ko banyangkanlah kereta aku berbunyi kat tengah2 hospital tuh

harus semua pesakit menyaman aku nanti. haha

kat spital mana boleh buat bunyi bising dowh

bunyi alarm apatah lagi kan

puas aku memujuk kereta aku supaya berhenti alarm.

ceh ! dia takmo gak

dia menangis makin kuat beb ! hampeh…haha

emo dowh kereta aku malam tadi

bukan keretea emo. tapi alarm ngan battery yg emo. haha

dekat 10 minutes la gak bunyi alarm berkumandang kat sana

aku dah rasa mcm lebih hangat daripada biasa ok !

aku dah panik

seb baik la adik aku belum blah lagi kat sana

terus aku call dia and suruh dia bawak kereta dia

seb baik aku ada jumper beb !

jumper neh sungguh berjasa dalam keadaan panik camni ok

setakat entry ini ditulis, jumper ini telah berjasa dengan 3 kereta.

haha siapa mahu bagi pingat kepada jumper aku ?

aku jump start kereta aku ngan adik aku

pheewwwwwww lega beb ! seb baik boleh start

dan yang paling lega sekali sebab alarm dah tak berbunyi

panik giler ah !

moral of the story – korang mmg kena ada jumper dalam kereta

er korang dah ada ke ?

dah jgn cakap banyak. pegi beli sekarang

haha

sidetrack kejap…..

lepas ko beli jumper ko baca article ini dan ini <— warning! bukan cara2 nak buat jump start ok !

yg korang gatal jugak nak click tu kenapa ? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 responses to “Satu Sebab Kenapa Ko Kena Ada Jumper Dalam Kereta – Sebab Ko Tak Nak Panik Giler Bila Battery Ko Flat & Alarm Kereta Ko Berbunyi Tanpa Henti !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.