Sakit Tengkuk Tengok Aquarium Vertikal Gergasi Kat Aquaria KLCC !

heheheh mesti ramai warga blog yang dah pernah pegi ke klcc kan

eh silap ! bukan klcc tapi aquaria klcc lah !

hehe aku walaupun dah dekat 6 tahun dok kat kl, tak pernah singgah

selalu gak aku pegi seminar kat kl convention centre

tapi jarang la plak sempat nak singgah ke aquaria klcc neh

hehe best gak la pegi jalan2 kat aquaria klcc neh

ada balang kaca atau aquarium vertical gergasi

memang cool balang kaca neh

diameter kaca pun tebal giler. kalo tak maunyer boleh menampung beban tekanan air yang menggila dalam tuh kan. memang best tengok ikan2 berenang dalam tuh. aku memang suka ngan ikan2. bila rumah aku siap nanti surelah aku nak beli satu aquarium besar nak letak ikan2 kegemaran aku. mestilah ikan2 yang kecik2 dan cool jugak. haha


kat sini aku nak bagi tips pada siapa2 yang nak pergi ke aquaria klcc neh. hehe

  • kena bawak myKAD. sebab kalau ada myKAD, dapat diskaun dan dapat rate rakyat malaysia. hehe kalo tak kenalah korang bayar rate yang mahal giler.
  • mula2 sekali korang akan jumpa area DNA. dalam kolam DNA tuh ada tapak sulaiman. hehe banyak giler tapak sulaiman. penjaga tapak sulaiman tuh siap bagi aku pegang lagi semua haiwan2 tuh. aku pun pegang la. then basah siot tangan aku sampai ke lengan. hampeh je. dah la tak bagi tissue nak lap. terpaksa lah aku keringkan tangan secara natural adjer. haha
  • aku rasa kalau nak tour aquaria klcc neh memang kejap giler. aku round dalam tube dia adalah dalam 4/5 kali kot sampai aku bosan. haha aku rasa korang pun akan rasa macam tuh. memang rasa kejap giler lalu bawah tunnel tuh. hehe. memang cool. tapi aku rasa korang surelah kena round 2/3 kali, at least la kan. haha
  • bila nak keluar tuh belilah something untuk kenang2an. hehe aku beli fridge magnet ngan pencils. memang nampak cool letal kat fridge aku. pencils tuh semua sudahnya aku tak sanggup nak guna. haha membazir gak la sebenarnya kan. huhu
  • memang tak puas tengok ikan jerung yang besar giler kat dalam tuh. setiap kalu lalu tunnel memang aku tunggu je ikan jerung yang nampak ganas giler
  • ikan pari warna hitam yang besar kat dalam aquaria klcc tuh nama dia kudsia ! yep ! memang tak tipu. siap ada announcement lagi nama pari tuh kudsia. gua tak tipu beb! cuba korang pergi dan dengar sendiri announcement dia. hehe

nak tengok banyak lagi gambar kat sini okay

apa lagi ! jom la kita ke aquaria klcc yop !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 responses to “Sakit Tengkuk Tengok Aquarium Vertikal Gergasi Kat Aquaria KLCC !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.