rm300 = 3 hari bercuti

lo dah lama dah destinasi bajet ni rupanya ya

RM300 = 3 hari bercuti
Oleh Fairuz Zaidan

LUMRAH kalau ingin bercuti, tentu bukan sedikit wang dibelanjakan untuk membayar pelbagai kos perjalanan, penginapan serta makanan sepanjang percutian. Tidak kiralah sama ada percutian di dalam negara mahupun luar negara, ‘ongkos’ semestinya perlu tebal!



Namun, bagaimana pula jika anda hanya mempunyai RM300 dan merancang untuk bercuti selama tiga hari? Mampukah dengan sejumlah wang itu untuk menampung kesemua kos percutian selama tiga hari?



Tentu berfikir dua kali bukan?



Sebaliknya, begitulah cabaran yang dilalui Qushairi Mohammed Razali selaku pengacara ‘Destinasi Bajet’ yang menemui penonton 8TV setiap Rabu, 9.30 malam mulai 25 April 2007 ini.



Berbekalkan cuma wang sebanyak itu, Qushairi atau lebih mesra dengan panggilan Qi (sebutan Chi) akan membawa penonton ke beberapa destinasi di Malaysia untuk melancong.



Qi turut memberi panduan mengenai percutian bajet, seterusnya memberikan tips berguna buat seseorang untuk menikmati kepuasan bercuti dengan sumber kewangan yang terhad.



Sesuai dengan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM), rancangan dokumentari pengembaraan realiti itu turut memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancongan yang mungkin kurang mendapat publisiti sebelum ini.



Pada setiap episod, Qi akan memainkan peranan sebagai seorang pelancong dengan memaparkan pelbagai destinasi penginapan, pelancongan, makanan dan kebudayaan, di mana beliau berkongsi pengalaman sepanjang percutian yang dinikmatinya.



“Mungkin tidak ramai yang sedar, sebenarnya banyak lokasi percutian yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Malah, dengan jumlah wang yang sedikit, kita masih boleh menikmati percutian yang menakjubkan,” kata Qi yang sentiasa ‘melekat’ dengan joran setiap kali keluar melancong.



Ditanya mengenai joran itu, Qi berkata, secara peribadi dia memang gemar memancing dan menerusi rancangan itu dia juga sempat merakamkan beberapa detik ketika memancing sebagaimana penggambaran di Pulau Pangkor.



Sepanjang episod percutian itu, Qi akan menjelajah lokasi pelancongan, percutian, menikmati panorama indah, tempat bersejarah serta pusat beli belah.



Sementara itu, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainul, berkata ‘Destinasi Bajet’ akan mendedahkan bagaimana menikmati percutian yang menarik dan sempurna tanpa perlu dibebani kos perbelanjaan yang tinggi,” katanya.



Destinasi Bajet akan meninjau ke destinasi-destinasi popular di sekitar Malaysia. Di sepanjang 13 episod rancangan ini, kita akan dibawa meninjau tempat-tempat yang boleh disinggahi untuk menjamu selera dengan sajian-sajian tempatan yang terkenal.



Bukan itu saja, para penonton juga akan diperkenalkan kepada beberapa tempat penginapan tambang murah. Di setiap akhir rancangan, para penonton akan diberikan tips dan cara-cara untuk menjimatkan kos percutian sambil menikmati keindahan di negara ini secara percuma.



BIO:


Nama: Qushairi Mohammed Razali


Umur: 29 tahun


Tarikh lahir: 8 Ogos 1977


Tempat lahir: Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Tinggi: 180 sentimeter


Berat: 61 kilogram


Pendidikan: Diploma Pengiklanan di IACT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 responses to “rm300 = 3 hari bercuti

  1. Qi ni sempoi la dlm program ni + cute gak! ahaks… klu memancing mmg xpnah tggl… hehehh… destinasi bajet mmg best, unlike prog before that, ‘teman’ yg mmg nmpk sgt belakon 2 host pompan tu… xreal lgsg!
    hopefully destinasi bajet akan cover byk lg tmpt kt mesia ni.. or outside mesia… can oso what…

    Reply

  2. hi..i juz nak tau u kenal ke qushairi host tuk citer destinasi budget tuh..i suke sgt cite tu n xpernah miss. i suke cara dia host citer tu..qi ni mmg sempoi..
    i ni pun mmg suka jln2..i suke relax n go to holiday..
    x sangka dgn 300 mcm2 tempat leh pegi..i slalu jer over budget klu g jln2..
    klu u knl qi ni..kem salam kat dia ya..tp semalam i bukak 8tv kul 9.30 dah xde citer tu n dia..knp yea????sedih lah camni..

    bye…
    dot 🙂

    Reply

  3. ini jer ker gambo qi yang korang ader ek?..jenuh dah carik tapi tak jumpa…

    Reply

  4. neddy : yep qi mmg selalu bawak pancing sakti dia tu

    cidah : takde la kenal sangat. kenal melalui blog ni je la. yep dia mmg sempoi. tu yg seswai host destinasi bajet. sekarang season dah habes la. tunggu next season la kot

    zue : saya takde astro max la. kalau ada boleh amik gambar kat tv je

    Reply

  5. alamak dah setahun baru perasan ada rancangan macam ni, rugi betui. sesaper tahu sampai biler rancangan ini akan di ulang tayang? ari ni adalah episod ke 13 siaran ulangan adus terlepas ajerrr

    Reply

  6. rosli : hehee aku rasa nanti keluar season 2 rasanya. hehe 🙂

    Reply

  7. tunggu jer la nampaknye kan? ahad minggu depan tengok rancangan aper lak 8tv nak gantikan hehe

    Roslis last blog post..Google Adsense Alternatives

    Reply

  8. rosli : tak sabar2 la nak tunggu 8tv letak video destinasi bajet kat website dia. hehe 🙂

    Reply

  9. :up: bagus2
    saya suke ler rancangan ni…bes giler…
    nak g bercuti ler 24 okt 08 ni…
    tapi agk2 kat maner yer area pahang ni..
    kawan2 ada cadangan tak… 🙄

    Reply

  10. nasha : hehe memang best kan. sempoi je style dia. hehe 🙄

    Reply

  11. 😳 i mmg minat kt qi ni..sempoy je orgnye..he3..xde fs ke die ni?

    Reply

  12. lulu : hehe memang cool dan sempoi adjer. haha ❗

    Reply

  13. chi ni bukan drummer kump oag kew?? dulu la…
    chi memang cute…. like sangat:)

    Reply

    KNizam Reply:

    nora : haah ya 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge