Pokok Epal Hijau Rancak Berbunga Putih
Live Update: 13 Mar ’10, 2.16pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam
Kita lupakan sebentar kisah duka dek kerana banyaknya letupab bom di lahore semalam
Pagi ni bila aku bangun pagi, ternampak pokok ganjil depan rumah yang sedang asyik berbunga
Warna putih bunga nya, banyak sekali
Bunga2 bertaburan ditiup angin, memutih di bawah pokok ini
Bila aku tanyakan kepada mali, dijawabnya pokok epal hijau ini sedang berbunga
Omk, oh mak kau! Epal hijau ada depan rumah je beb. Haha
X payah susah2 ke northern pakistan, depan rumah je ada pokok epal ko
Jangan jeeeeeleeessssss
6 responses so far
wah..petik epal depan rumah je nanti..
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 12:12 am
bbhussain : hehe biasa la kat sini. hehe
Reply
PUTIH BUNGA EPAL DI LAMAN SIND
Bunga putih pada pohon epal hijau
berguguran di laman Sind
mencipta suatu keindahan
pada hati yang sarat
rindu pada kampung halaman
teringat putik bunga mempelam
halus kuning di tepi teratak bonda.
Tiba-tiba aku lihat
putih bunga epal
gugur bertaburan
ditiup ribut mengganas
putihnya bertukar merah
merah darah
merah darah
merah darah
membanjiri laman
menyirami perdu epal
menjadi aku
semakin rindu mengutip putik mempelam
di tepi teratak bonda.
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 8:43 am
zainal : eh bro pernah tinggal di sindh ke eh ? sedap bait2 puisi tu
Reply
Tak adalah saudara KNizam. Saya tahu Sind ni salah satu wilayah di Pakistan. Itu menurut murid saya (seorang budak Pakistan). Menurut dia lagi, di India pun ada wilayah Sind. Di Pakistan ada wilayah Kashmir, begitu juga di India ada wilayah Kashmir. Al-maklumlah, India dan Pakistan dulunya satu wilayah sebelum Pakistan keluar dari India. Sajak tu saja saya tulis khas buat perantau macam saudara di sana..Heh.
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:22 pm
zainal : ya betul. keduanya ada di dua2 negara. mereka berpisah tapi budaya masih sama. mcm kita berpisah dengan singapura la ni. hehe
Reply