Pokok Bunga Amaltas Kuning Sedang Rancak Berbunga, Hati Juga Berbunga-Bunga Melihatnya, Umpama “Golden Shower” Membasahi Bumi Jinnah Super Market di Sektor F7, Islamabad, Pakistan !
aku dah selalu jalan-jalan, samada memandu sendiri atau bersama pemandu aku kat area sini
memang dah selalu nampak pokok bunga ni. cuma belum tahu apa nama pokok bunga ni
tadi masa jalan-jalan memang aku sahaja bawa kamera digital nak ambil gambar pokok misteri ini

hasil kajian di internet aku perasan nama pokok bunga ni ialah pokok amaltas
memang cantik kan. umpama hujan emas (golden shower) membasahi bumi sektor F7 lagaknya
memang cantik struktur bunganya sebab berwarna kuning emas dan jatuh mengurai ke bawah

pokok bunga ini memang ditanam secara khusus di sepanjang jalan di sektor F7 ni
berdekatan pula dengan jinnah super market, betul2 dekat dengan rumah aku
memang cantik, dan pokok ini hanya akan berbunga pada musim panas sahaja
kalau terlepas mengambil gambarnya kenalah tunggu setahun lagi untuk dia berbunga
aku perasan lama juga musim bunga amaltas kuning ni sebenarnya. dah dekat sebulan menguning

aku perhatikan kesemua pokok-pokok yang ditanam di islamabad memang ada musim masing-masing
kesemua landskap adalah tanggungjawab capital development authority atau CDA
ala-ala macam DBKL di bandar kuala lumpur lah mereka ini.
kesemua pokok-pokok yang ditanam pelbagai rupa. dan akan mengeluarkan bunga-bunga tertentu

aku paling seronok masa musim luruh nanti sebab ada banyak pokok-pokok musim luruh di sini
depan rumah aku pun ada pokok musim luruh sebenarnya. daunnya akan bertukar warna nanti
daunnya akan bertukar warna daripada warna kuning kepada oren kepada merah dan gugur ke bumi
di bumi islamabad tiada salji yang turun. ala2 dusty winter sahaja sebenarnya di bumi asing islamabad ini
salji kali terakhir kelihatan turun di bumi islamabad pada tahun 2007. salji nipis membasahi blue area

apa-apa pun aku memang seronok dengan suasana musim bunga dan musim panas di islamabad
hampir kesemua pokok-pokok di sini ada musim berbunganya. cuma kena perasan musimnya sahaja
nanti aku snap pula pokok-pokok lain. tak sabar rasanya nak tunggu musim luruh
musim luruh tahun lepas aku tak sempat nak tangkap banyak gambar sebab masih baru di islamabad
padahal masa tuh daun-daun pokok mulberri tengah bertukar warna menjemput musim sejuk
siaplah tahun ni nanti. hehe
- – — – - – - – -
untuk melihat gambar-gambar yang lebih besar & jelas sila klik di sini ya
boleh juga baca lebih lanjut berkenaan pokok amaltas di blog tempatan sekali
10 responses so far
hahaa bestnya aku takkan miss entri lagi.
sebab dah ade blog RSS. hoyeah…
jap jap.. hang pakai npon ape ni? terangnye. cantek bro
Reply
KNizam Reply:
August 2nd, 2010 at 12:05 am
man : ala mcm la x biasa ni pakai digicam. hehe
Reply
hati yg tengok ni pon berbunga- bunga jugak =) lawaaa
Reply
KNizam Reply:
August 2nd, 2010 at 12:05 am
luth : hehe tuh la kan. dah nama pun musim bunga kan hehe
Reply
betul…berkilau2 macam emas….gebu2 pula
erk…suka betul dgn yg gebu2
Reply
KNizam Reply:
August 2nd, 2010 at 12:06 am
k jie : mcm goldern shower je kan hehe
Reply
saya sangat suka pokok berbunga kuning ni… pertama kali tengok dah jatuh cinta.. Pokok ni ditanam dalam kawasan istana (skg istana ni dah ditinggalkan) aduhhhh sangat cantik bila berbunga .. menguning… tak nampak daun.. macam tanglung le plak..jatuh bertaburan ke bumi bak hamparan permaidani………. Begitulah ciptaan Illahi untuk kita nikmati..
Reply
KNizam Reply:
August 6th, 2010 at 5:33 pm
halimah : mmg lawa kan. hehe ;)
Reply
ni buat ana tak sabar nak p sana.
Reply
Cantik!
Reply