Pesawat Airblue Membawa 152 Penumpang Terhempas di Bukit Margalla, Islamabad pada Pagi Hujan Rintik2 & Berkabus Tebal @ 28 Julai 2010 – Suatu Pengalaman Di Depan Mata, Catatan Yang Tragis, Sedih Bercampur Terkejut & Sesuatu Yang Akan Dikenang Sampai Bila-Bila Tatkala Mata Ini Melihat Bukit Margalla

aku rasa hingga kini, pasti ramai yang dah tahu pasal kejadian pesawat airblue yang membawa 152 penumpang yang terhempas di bukit margalla di islamabad rabu lepas. suatu peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri. mana mungkin aku lupakan kerana kawasan kejadian betul2 berlaku berhampiran dengan pejabat dan rumah aku di islamabad.

image source

kejadian tersebut amat menyedihkan semua warga islamabad, warga pakistan dan warga dunia amnya. pesawat malang airblue yang membawa 152 orang penumpang terhempas ke bukit margalla di pagi 28 julai 2010 tatkala cuaca hujan renyai2 dan berkabus di islamabad.

aku cuba nak mencatatkan sesuatu pada pagi rabu kejadian, namun terasa teramat terkejut, sedih dan tak mampu nak menaip pada masa tersebut. sekarang dah ada kekuataan sedikit. harus rasaya aku coretkan pengalaman aku menyaksikan sendiri dan mendengar pesawat malang itu melanggar bukit margalla pada pagi tersebut.

– – – – – – – –  – –

pada pagi rabu tersebut aku sampai awal ke pejabat. memang selalunya aku sampai awal pun. waktu bekerja adalah pada jam 9 pagi dan kebiasannya aku akan sampai 1/2 jam daripada biasa. pagi tersebut aku sampai pada 8.30 pagi. macam biasa setelah pemanduku meninggalkan aku di kaki lima bangunan razia sharif plaza, aku akan menapak ke lif utama. sempat juga aku menoleh ke langit yang mendung. hujan masih lagi renyai-renyai tatkala aku melangkah. titisan air hujan membasahi baju dan beg laptopku.

cuaca pagi tersebut memang kelam dan kelabu. tidak aku sangkakan yang pagi tersebut akan mengundang tragedi penerbangan paling dahsyat dalam sejarah penerbangan di pakistan. hidup di bumi asing islamabad memang berwarna warni. tidak cukup dengan kejadian bom dan bencana alam, aku dikejutkan dengan berita kapalterbang terhempas pagi tersebut

aku melangkah ke pejabat macam biasa. jam sudah menunjukkan pada pukul 8.50 pagi. pekerja ku macam biasa menyediakan teh hijau dengan elaichi dan madu. memang menjadi kebiasaan di islamabad anda akan dihidangkan teh hijau dengan elaichi, bahan masakan utama di dalam nasi briyani. aku meneguk teh panas sambil menelek skrin komputer riba. beberapa email di balas dan di baca pada pagi tersebut.

tepat pada jam 9 pagi aku memanggil salah seorang anak buahku untuk berbincang masalah kerja. kami akan ke lahore untuk urusan rasmi esoknya (khamis) dan beberapa dokumen penting perlu disediakan pagi tersebut. perbincangan adakalanya serius dan ada kalanya agak santai. ketika perbincangan berjalan, kami terdengat bunyi pesawat melalui ruang udara pejabat kami. dek kerana sudah biasa dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar-legar di atas pejabat, aku buat tak endah sahaja pada pagi tersebut. tidak pernah terlintas di hatiku yang melintas itu adalah pesawat komersil. kalau pesawat tentera memang sudah biasa berlegar-legar di atas tu.

kebiasannya juga aku akan membuka blind di belakang kerusiku untuk aku melihat pemandangan bukit margalla yang indah. namun pada pagi tersebut aku tutup blind tersebut. tiada pemandangan bukit margalla pada pagi tersebut. jika ditakdirkan aku membuka blind tersebut, nescaya anak buahku akan dapat menyaksikan pesawat malang tersebut menembusi kabus tebal di bukit margalla secara live di depan mata. namun blind tersebut ditutup pada pagi tersebut.

selang beberapa minit, pejabatku kecoh dengan peristiwa pesawat menuju ke bukit margalla dan terhempas di sana. aku segera membuka blind dan tercari-cari lokasi sebenar pesawat malang tersebut. namun gagal. hanya kabus tebal sahaja yang menutupi bukit margalla. namun dengan kuasa Allah, secara tiba-tiba kabus tebal tadi sedikit demi sedikit naik ke atas dan terjelmalah kehijauan bukit margalla di depan mata.

kabus yang bercampur dengan asap menyukarkan kami untuk meneliti dan mempastikan lokasi kejadian malang tersebut. namun tuhan maha kuasa. setelah kabus hilang kami nampak asap berkepul-kepul di depan mata. sahlah itulah tempat kejadian pesawat malan itu terhempas. selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi helikopter tentera menuju ke aras tempat kejadian. dua helikopter menyusul ke tempat kejadian. mata aku masih tidak berkelip menyaksikan asap di bukit margalla. macam tidak percaya yang pesawat airblue baru sahaja terhempas di depan mata aku.

suasana masih lagi hujan renyai-renyai dan berkabus sedikit. ketika ini berita tentang pesawat terhempas itu telah memenuhi ruang lingkup internet dan channel news 24/7 telah berkali-kali menayangkan akan berita terkini atau breaking news ini. suasana di pejabat telah hingar bingar. masing-masing agak terkejut dengan berita tragis di pagi tersebut. cepat-cepat aku memberitahu kepada semua anak buahku di pejabat untuk mempastikan tiada kenalan atau keluarga mereka yang terlibat.

pesawar airbus airblue tersebut dalam perjalanan dari turki ke islamabad melalui karachi. dengan 152 penumpang dan anak kapal, pesawat malang tersebut telah merempuh kaki bukit margalla dan terhempas. mata kami tidak berkelip menyaksikan channel express 24/7 menayangkan tempat kejadian yang kelihatan hitam dan hanya kelihatan bangkai-bangkai pesawat sahaja.

bukit margalla ada kawasan bukit (bukan gunung) yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek dan tidak tinggi. di bukit margalla terdapat daman-e-koh dan pir-sohawa. dua tempat yang terkenal di islamabad. aku juga telah berkali menjengah ke kedua-dua tempat ini. mana mungkin aku dapat lupakan kejadian malang ini kerana ianya betul-betul dekat dengan kami di islamabad.

di daman-e koh anda dapat melihat pemandangan seluruh islamabad. ketika anda memandu untuk ke daman-e koh, pastinya akan melalui jalanraya ke aras bukit dan pastinya akan dapat melihat kawasang tragedi pesawat malang tersebut. atas sedikit daripada daman-e koh adalah pir sohawa. kawasan yang terkenal dengan restauran monal. seringkali juga aku makan-makan di sana. roti naan cheese nya agak sedap. chicken tikka juga fresh dan paling tidak dapat dilupakan ialan chicken karahi yang lazat di sana. oh pir sohawa!

kini bukit margalla amat terkenal di seluruh dunia, bukan sahaja kerana terdapatnya daman-e koh dan pir sohawa. tetapi juga kerana kejadian pesawat airbus airblue malang yang terhempas di sana. kejadian sedih pada pagi tersebut telah mengorbankan kesemua anak kapal dan penumpang di dalamnya. tiada seorang pun yang selamat semasa kejadian. suatu sejarah hitam yang paling pahit untuk dikenang selama-lamanya di dalam sejarah penerbangan di pakistan, dan dunia amnya. aku juga terkesan dengan kejadian ini kerana ianya berlaku di depan mata dan aku masih boleh terngiang-ngiang lagi bunyi pesawat penumpang itu terbang di atas pejabatku sebelum merempuh bukit margalla.

beberapa pekerja ku yang berada di atas bumbung pejabat juga menceritakan yang mereka nampak pesawat penumpang airblue melintasi ruang udara pejabat. dengan landing gear masih terpasang. pekerjaku boleh melihat penumpang melalui tingkap pesawat. anda pasti boleh bayangkan betapa rendahnya pesawat tersebut terbang pada pagi tersebut. selepas hilang daripada pandangan, pesawat tersebut terus membelah kabus tebas dan seterusnya merempuhi bukit margalla.

hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya mangsa-mangsa kejadian ketika itu. bagi aku, tak dapat aku bayangkan sekiranya tubuhku yang berada di dalam pesawat malang tersebut. aku yakin penumpang di dalam pesawat airblue tersebut pasti dapat melihat dengan jelas masjid faisal, masjid terbesar di pakistan di sebelah kiri mereka. dan bagi yang familiar dengan bandar islamabad, pastilah tahu yang di depan mereka adalah bukit margalla. alhamdulillah aku masih selamat di bumi asing pakistan sehinggalah pada masa catatan ini diposkan.

– – – – – – – – – –

pekerjaan ku di bumi islamabad ini memerlukan aku untuk menaiki pesawat samada domestik mahupun antarabangsa di sini. mana mungkin aku akan melalui jalan darat sepanjang masa. this land is too big to travel by land. mahu tidak mahu aku terpaksa juga menaiki pesawat. samada mahu ke karachi atau lahore. mahupun mahu pulang ke malaysia. hanya doa sahaja yang boleh dipanjatkan tatkala berada di dalam mana-mana pesawat semasa landing dan take-off. itu sahaja yang termampu dilakukan. yang lainnya kita akan berserah kepada yang maha kuasa menentukannya.

setiap kali berada di lapangan terbang di sini, tidak kiralah di mana hatta di islamabad, karachi mahupun lahore, aku pasti akan memandang keadaan sekeliling. airport di sini bukan airport biasa. kawalan keselamatan agak ketat di sini. airport adalah benteng terakhir. jika berlaku apa-apa di airport, musnahlah harapan untuk keluar dari bumi pakistan ini. perasaan memang bercampur baur setiap kali menaiki pesawat domestik di sini. malah untuk pengetahuan anda, aku sepatutnya menaiki pesawat PIA ke karachi pada pagi rabu malang tersebut. kebiasaannya aku akan ke karachi pada penerbangan PIA jam 2 petang. aku pasti kalau aku ditakdirkan ke karachi, semasa kejadian aku akan berada di boarding area menunggu pengumuman untuk menaiki pesawat. pasti suasana kalut di lapangan terbang lagi merungsingkan jiwa tatkala mendengar berita cemas, sedih dah hiba seperti ini.

namun alhamdulillah, nyawa masih panjang. aku masih di sini. aku telah batalkan niat untuk ke karachi pada rabu lepas kerana belum bersedia untuk discussion di karachi dengan sebuah syarikat multinasional di sana.

banyak sebenarnya persoalan yang tidak terjawab sehingga ke hari ini

mengapa pesawat malang itu terbang dengan rendah sekali ? kawasan pejabat aku dan rumah adalah kawasan red zone dan no-fly zone. mana mungkin pesawat komersil menerjah awan di atas kami. kebiasaannya memang terdengat pesawat dan helikopter di atas rumah dan pejabat, namu biasanya ianya ialah pesawat tentera sahaja. namun ianya telah berlaku. dan berlaku di depan mataku sendiri.

semalam berita di pakistan di news channel express 24/7 menayangkan rakaman perbualan di antara control tower lapangan terbang benazri bhutto di islamabad dan pilot pesawat malang tersebut

control tower – “you’re out of the runaway”

control tower – “turn left, youre’ heading to margalla hill”

pilot – ” yes, we’re seeing it”

itulah kata-kata terakhir yang sempat diungkapkan. mungkin selepas itulah hanyalah sejarah hitam yang telah diketahui oleh sesiapa. pesawat malang ini terhempas merempuhi bukit margalla. kejadian sekaligus mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. tragedi yang akan diingati sampai bila-bila.

source here

The flight left Karachi at 07:50 local time (01:50 UTC).[1] Initial reports suggested that flight controllers at Benazir Bhutto International Airport lost contact with the aircraft at 09:43 local time (03:43 UTC) [5] after they delayed its landing 13 minutes earlier.[3] It was reported that the poor weather had forced controllers to divert another aircraft attempting to land 30 minutes before the crash.[13]

While the BBC reported that officials stated that “there was nothing in conversations between the pilot and the Islamabad control tower that suggests anything was wrong”,[1] The New York Times gave an account of communications between the aircraft and the ground that indicated otherwise. The newspaper claimed that the pilots were warned that they were flying away from the runway, to which the pilot responded “I can see the runway”.[13] The controller then told the flight crew to “immediately turn left, Margalla [Hills] are ahead”, before the pilot again replied “we can see it”.[13] An airline official stated that the pilots did not send any emergency signals prior to the crash.[14] Pakistani Interior Minister Rehman Malik stated that the plane was at 2,600 feet as it approached Islamabad but went back up to 3,000 feet before eventually crashing.[15]

setiap kali pesawat thai airways landing di lapangan terbang islamabad, aku akan melihat dengan tekun di tingkap pesawat. dek kerana dah banyak kali landing dan take-off di sana, aku boleh mengecam kesemua objek di mukabumi. kejadian pesawat airblue ini pasti akan memberi kesan kepada kami di sini. things will never be the same again after this. fobia pasti akan terasa dan sedikit takut, tidak seperti sebelumnya. namun apakan daya, hidup mesti diteruskan jua.

kini telah tiga hari kejadian tragedi malang ini berlaku. setiap kali aku membuka tirai di belakang kerusi dan melihat bukit margalla, pasti aku akan terkenang akan peristiwa tersebut. ianya boleh berlaku kepada sesiapapun. kesan hitam terbakar masih lagi kelihatan di margalla hills di sana.tragedi hitam ini akan dikenang sampai bila-bila. setiap kali aku ke pir sohawa untuk menikmati juadah di restoran monal mahupun bersiar-siar di daman-e koh menikmati pemandangan bumi islamabad, pasti aku akan terkenang akan tragedi pagi rabu hujan renyai-renyai ini.

catatan ini akan berguna untuk generasi masa hadapan dan sebagai kenangan aku di bumi islamabad.

semoga bermanfaat. amin.

– – – — – – –  –

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa pesawat malang airbus airblue tersebut. salam takziah buat keluarga mangsa. pakistan berkabung selama satu hari semalam. monsun teruk semalam seolah-olah menangisi pemergian mangsa-mangsa kejadian. hujan turun dengan lebat semalam sehingga berlaku banjir di bumi islamabad, rawalpindi dan di pakistan. 150 mangsa banjir setakat ini.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 responses to “Pesawat Airblue Membawa 152 Penumpang Terhempas di Bukit Margalla, Islamabad pada Pagi Hujan Rintik2 & Berkabus Tebal @ 28 Julai 2010 – Suatu Pengalaman Di Depan Mata, Catatan Yang Tragis, Sedih Bercampur Terkejut & Sesuatu Yang Akan Dikenang Sampai Bila-Bila Tatkala Mata Ini Melihat Bukit Margalla

  1. Pingback: Tweets that mention Pesawat Airblue Membawa 152 Penumpang Terhempas di Bukit Margalla, Islamabad pada Pagi Hujan Rintik2 & Berkabus Tebal @ 28 Julai 2010 – Suatu Pengalaman Di Depan Mata, Catatan Yang Tragis, Sedih Bercampur Terkejut & Sesuatu Y

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.