Pengarah ‘Sepet’ Yasmin Ahmad Kini Kritikal di ‘ICU’

baru dapat berita neh petang tadi

semoga yasmin ahmad cepat sembuh. amin

kini dalam operation theatre

– – – – –

sumber di sini ya

PETALING JAYA: Keluarga pengarah Yasmin Ahmad telah melantik Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng sebagai jurucakap untuk menerangkan situasi sebenar keadaan pengarah Yasmin Ahmad yang dilaporkan sedang ‘tenat’. Ini adalah kerana terlalu banyak spekulasi tentang pengarah terkenal filem ‘Sepet’ Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan selepas satu sesi ‘pitching’ di Sri Pentas TV3.

Yasmin telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 4.30 petang tadi dan kini berada di dalam keadaan koma dalam Unit Intensif (ICU).

Kata Kien Eng, “Yasmin dalam keadaan okay dan tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan.”

“Saya ingin betulkan laporan tidak benar yang mengatakan Yasmin pengsan. Dia tidak pernah pengsan. Dia berada dalam keadaan duduk dan memberitahu yang dia tidak sihat. Itu saja.

“Dan saya juga ingin tekankan yang Yasmin tidak pernah berhenti bernafas seperti yang dilaporkan cuma keadaan pernafasannya agak perlahan.

“Pada saat ini, doktor sedang cuba melakukan sesuatu untuk merawat Yasmin. Keluarga Yasmin berharap agar peminat dan mereka yang mengenali Yasmin akan berdoa agar dia dapat melepasi saat yang sukar ini,” kata Kien Eng.

BERITA TERDAHULU

Yasmin kini dilaporkan berada di ICU dalam keadaan koma.

Menurut sumber, Yasmin sedang membentangkan kertas kerja pada jam 3.10 petang. Selepas 15 minit, Yasmin mengadu dia tidak sihat dan menekup mukanya di atas meja.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan kawan-kawan yang berada di situ tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan Yasmin ingin mengingat tentang kertas kerjanya.

Selepas lima saat, Yasmin tidak bangun-bangun, Siti dan mereka yang berada di situ terus gerakkan dia namun tiada respons.

Ketika itu, keadaan Yasmin tercungap-cungap dan Dr Suraya dari TV3 dan Siti telah cuba melakukan CPR ke atas Yasmin.

Selepas 10 minit, sebuah ambulans telah mengejarkan Yasmin ke Damansara Specialist Centre.

Yasmin telah sampai ke hospital pada jam 3.45 petang.

Jurucakap hospital berkata, Yasmin akan menjalani satu pembedahan sekitar 6 petang nanti.

“Doktor sedang melakukan pelbagai prosedur untuk mengawal keadaan Yasmin,” katanya.

Turut berada di hospital untuk menziarah Yasmin ialah Datuk Khalid Mohd Jiwa (suami Datuk Siti Nurhaliza) dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Operasi SuriaFM.

Yasmin terkenal dengan filem-filemnya seperti Sepet, Mukhsin, Talentime dan mendapat liputan media di dalam dan di luar negara.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di seperti Berlin, San Francisco, Singapore dan di Filem Festival Cannes.

Kehebatan sentuhan hebat Yasmin sebagai pengarah dapat dilihat di dalam banyak iklan-iklan komersial Petronas.

Yasmin memulakan kariernya sebagai ‘copywriter’ di Ogilvy & Mather dan kemudiannya menjadi pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur.

– – – – –

sumber di sini ya

PETALING JAYA: Critically-acclaimed movie and TV commercial director Yasmin Ahmad was admitted to hospital after feeling unwell during a presentation she was giving at TV3.

She was taken to the Intensive Care Unit at the Damansara Specialist Hospital, where she is now on life support and in stable condition. She is still unconscious.

She is believed to have suffered a stroke and was in a coma for a short while before doctors there successfully revived her.

Hospital authorities have not confirmed anything.

A host of Malaysian personalities are at the hospital now, including pop diva Datuk Siti Nurhaliza and husband Datuk Khalid Jiwa, Suria FM’s Engku Emran, TV3 CEO Farid Jamaluddin, and indie filmmakers James Lee, Pete Teo, Liew Seng Tat.

Yasmin was in fact at a meeting with Siti Nurhaliza and her husband Khalid when she felt faint.

Siti Nurhaliza, who was at the scene at Sri Pentas, TV3, when Yasmin had difficulty breathing, administered CPR, together with a panel doctor.

Siti was an ambassador for the Malaysian Red Crescent Society.

According to former journalist and actress Fatimah Abu Bakar, Yasmin’s parents are catching the 7pm flight from Langkawi to be at her side.

Yasmin, 51, the director of Sepet, is particularly well known for the community message commercials she directed for Petronas.

She began her career in advertising as a copywriter at Ogilvy & Mather, eventually rising to creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur.

Her movies have won many international awards and have been screened at the Berlin, San Francisco, Singapore and Cannes international film festivals.

Last November, she was inducted into the inaugural Malaysian Advertising Hall of Fame by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia.

More to come

mStar Report: Pengarah ‘Sepet’ Yasmin Ahmad kini kritikal di ‘ICU’

Yasmin Ahmad’s blog

Yasmin Ahmad at IMDB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Pengarah ‘Sepet’ Yasmin Ahmad Kini Kritikal di ‘ICU’

  1. isk…biar betul beb…terkejut aku baca…ingatkan ko wat hoax!

    Reply

    KNizam Reply:

    life4hire : mana lah pernah aku buat hoax weiiii

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge