saj salur bekalan air berlumpur?

kesian betul aku dengan mangsa-mangsa banjir di selatan tanahair. sesungguhnya bencana pada kali ini memang antara yang paling dahsyat dan tidak dijangkakan.

aku dulu masa dok kat kota kinabalu pun pernah juga merasa banjir nih. memang azab betul. masa banjir tu macam seronok juga. tapi bila air surut memang azab dibuatnya.

mana taknya, habis semua harta kat rumah, kereta lagi. dengan lumpur yang paras lutut. memang penat. kalau lambat dibersihkan, lumpur akan mengeras dan lagi la susah nak tanggal. so penat dibuang ketepi.

diharapkan warga malaysia di selatan tanahair yang terkesan dengan banjir besar kali nih, terutamanya di segamat, kota tinggi, melaka, rompin dan jb, semoga tabah menghadapinya.

24 Disember, 2006 20:02 PM    

Penduduk Muar Dakwa SAJ Salur Bekalan Air Berlumpur

MUAR, 24 Dis (Bernama) — Kelegaan penduduk bandar ini yang terputus bekalan air sejak tiga hari lalu tidak bertahan lama apabila bekalan air yang disalurkan melalui lori tangki Syarikat Air Johor (SAJ), didakwa berlumpur dan berminyak.

Menurut Muhammad Abdullah, 65, dari Parit Setongkat adalah tidak wajar SAJ menghantar air yang sekotor itu kerana ia boleh membawa penyakit dan kegatalan.

“Air yang sekotor ini tidak sesuai untuk diminum atau untuk kegunaan seharian. Cuba bayangkan bagaimana bayi-bayi kecil ingin minum susu campuran daripada air kotor itu. Kami tidak minta apa-apa, biarlah kebajikan dilihat dengan sewajarnya,”

katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama di Parit Setongkat di sini mendapati ramai penduduk termasuk kanak-kanak menunggu kehadiran lori tangki air kerana bekalan air terputus sejak tiga hari lepas.

Kehadiran lori tangki itu menyebabkan orang ramai berlari dan berebut-rebut untuk mendapatkan bekalan air bersih sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

S. Rajendran, 43, berkata

penduduk di sekitar kawasan itu telah menghubungi SAJ dan Majlis Perbandaran Muar sejak tiga hari lepas mengenai bekalan air yang terputus itu tetapi panggilan mereka tidak dipedulikan.

“Saya dah cuba hubungi mereka sebanyak lima kali dan memberitahu mereka ramai penduduk di sini menderita akibat ketiadaan bekalan air, terutamanya bayi-bayi kecil dan mereka berjanji akan menghantar dalam masa terdekat.

“Tetapi tiada reaksi positif dan hari ini kami dimaklumkan bahawa tangki air akan dihantar bagi penduduk, itu pun selepas empat jam kami tunggu,”

katanya.

Bernama difahamkan insiden bekalan air yang terputus itu berpunca daripada kegagalan pam-pam loji air berfungsi kerana ditenggelami air ekoran banjir teruk yang melanda negeri Johor.

— BERNAMA

artikel asal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge