pemuda umno tegur GLC? only GLC?

why only GLC leh? why not all the top 100 of KLSE lor?

source – mingguan malaysia

Pemuda UMNO tegur GLC

Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

KUALA LUMPUR 10 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO terkilan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) yang dilihat seperti tidak berminat memperjuangkan agenda ekonomi orang Melayu.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu jelas dibuktikan apabila tidak ada seorang pun di kalangan peneraju tertinggi GLC seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Proton dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke Kongres Jihad Ekonomi anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan tafsiran GLC bahawa orang Melayu hanya mahukan projek menerusi penganjuran program seperti kongres berkenaan.

‘‘Saya terkilan kerana tidak ada seorang pun ketua eksekutif (CEO) atau pengarah GLC yang meluangkan masa mereka menghadiri program ini.

‘‘Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ada masa untuk datang merasmikan program ini semalam, tetapi kenapa tidak ada CEO atau pengarah mana-mana GLC yang datang,’’ katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Anjakan Paradigma dan Agenda Melayu’ di sini hari ini.

Kongres dua hari itu yang berakhir hari ini dianjurkan bagi mencari pendekatan alternatif untuk penyelesaian masalah ekonomi Melayu.

Ketidakhadiran ketua-ketua GLC seperti Proton, Tenaga Nasional Berhad dan Penerbangan Malaysia dibangkitkan sebahagian besar peserta kongres semasa sesi soal jawab.

Mereka mendakwa kegagalan itu jelas mencerminkan bahawa GLC tidak proaktif membantu peniaga Melayu, malah mementingkan keuntungan semata-mata.

Mingguan Malaysia diberitahu bahawa penganjur telah menghantar surat jemputan kepada semua GLC terlibat bagi menghadiri kongres tersebut, namun masing-masing hanya menghantar wakil.

Khairy menambah: ‘‘Sekiranya kita mengadakan perbincangan mengenai agenda orang Melayu, ada peniaga Melayu akan hadir dan tentu ada persoalan, oleh itu GLC perlu datang menjawab sendiri, bukan hantar wakil.

‘‘Bukan kita ingin kritik sahaja, ada banyak kritikan bernas dan membina, cuba cari jalan penyelesaian dan kita semua perlu lihat perkara ini dari sudut positif.’’

Bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang pada masa depan, beliau meminta Gabem mengadakan pertemuan khas dengan GLC bersama peserta kongres bagi membincangkan masalah berkenaan.

‘‘Mereka (GLC) tidak serius, ada kalanya mereka ambil tidak endah jika perbincangan melibatkan Dewan Perniagaan Melayu atau orang Melayu sendiri kerana ingat kita ingin projek sahaja, tanggapan ini salah.

‘‘GLC tidak harus memandang rendah kemampuan usahawan Melayu,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy menolak dakwaan terlibat dengan individu yang mengaku mewakili beliau meminta wang tunai RM150,000 daripada mana-mana pihak yang berminat berjumpa dengannya untuk mendapatkan projek perniagaan.

‘‘Dakwaan ini tidak benar dan mengarut,’’ tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “pemuda umno tegur GLC? only GLC?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge