Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Naran, Kaghan Valley, Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Perjalanan dari Islamabad ke Bandar Naran mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Dari Bandar Naran anda perlu menaiki jeep usang (tapi bertenaga) naik ke Tasik Saiful Mulook. Perjalanan dengan jeep ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bukan masa yang difikirkan tapi perjalanan umpama menaiki kerusi Ogawa ++ yang dikisahkan.

Namun setelah sampai ke destinasi, hati rasa terubat setelah melihat pemandangan di sekitar tasik yang sungguh indah. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan alam semesta yang sungguh indah untuk ditatapi dan di hayati. Manusia hanya perlu meneroka di segenap pelosok bumi untuk mencari dan terus mencari keindahan alam sekitar ini. Alhamdulillah, inilah kali ke-4 saya menjejakkan kaki ke Tasik Saiful Mulook yang indah ini.

Anda hanya perlu berjalan di atas trek yang landai namun berbatu untuk mengelilingi tasik yang berwarna emerald ini. Perjalanan di sekeliling tasik diserikan lagi dengan beberapa sesi mengambil gambar kandid dan bernanyi kegirangan. Walaupun di kala perut kelaparan dan kaki kesakitan, kami gagahi juga melangkah menghabiskan sisa-sisa perjalanan mengelilingi tasik ini.

Di pertengahan perjalanan anda perlu melintasi beberapa anak sungai yang sungguh laju dan agak deras. Bukan kederasan yang dikisahkan, tapi kesejukan melampau air sungai dek kerana glasier yang mencair yang dihiraukan. Percayalah, kaki saya terasa kebas sekali dan umpama “hilang seketika” selepas direndam di dalam air yang bersuhu -10′c tersebut.

Terus terang saya katakan memang sungguh sejuk. Dulu semasa di Deosai Plains ada jugak rendam kaki, tapi untuk sesi fotografi sahaja. Tu pun mungkin dalam setengah minit. Ini kena menyeberangi anak sungai yang deras dan sejuk giler. Dengan DSLR kamera di tangan pula tu. Kalau jatuh terduduk harus malapetakalah jawabnya kan. hehe :)

Jangan tertipu dengan muka-muka ceria gambar di atas. Dengan ketinggian 3224m dari aras laut, tasik ini memang lawa. Tapi dengan kaki kesejukan -10′c, sungguh menyiksakan. Lain kali kalau nak datang ke sini, pastikan naik kuda ataupun bersedia dengan but kuning Pua Chu Kang, senanglah sikit untuk menyeberangi anak sungai glasier nanti!

8 thoughts on “Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Naran, Kaghan Valley, Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

  1. huh.. ini kalo berkhemah 3-4 hari best nih. Sure aman damai je kan.. :P

    Reply

    KNizam Reply:

    arynet : actuallh kat sini x berapa selamat. phone line pun xde. agak bahaya. sejukkkkkkk hehe :)

    Reply

  2. masyallah…cantik sungguh Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook…..berbaloi walaupun jalan nyer jauh berjam2…tba2 rindu pakistan

    Reply

    KNizam Reply:

    shahril : bila nak mai lagi? hehe :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge