pelancong sukar cari restoran melayu ?

daripada utusan malaysia hari ini – ruangan forum

saya akui memang agak sukar untuk mencari restoran masakan melayu mahupun warung di malaysia atau kl. kalau anda bukan warga tempatan, anda sukar untuk mencarinya. tempat2 makan yang best pun jarang dipromosikan di dalam laman web kan.

so let go bloggers! let’s promote malaysia. every bloggers must have, at least a food directory in his/her blog. this way, we’ll know lots of good makan2 place around town in malaysia. we can do it!

Malu pelancong sukar cari restoran makanan Melayu di KL

SELAIN daripada kita mempersiapkan diri menerima kehadiran pelancong luar dengan kemudahan infrastruktur, layanan mesra, kebudayaan, kesenian dan lain-lain, mempromosi makanan pelbagai etnik bercita rasa Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Pembukaan restoran Malaysia di negara luar juga usaha yang terpuji. Namun semua ini kelihatan kontra pada pandangan dan komen pelancong yang tiba di negara ini apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan, pelancong luar begitu sukar mencari makanan Melayu berbanding dengan makanan Cina dan India (mamak).

Kita harus berbuat sesuatu demi maruah. Maruah orang Melayu ‘Malay’sia. Jika pelancong luar ingin menikmati nasi lemak atau sate, ke manakah destinasi mereka – Sateria…. itu dulu, nasi lemak di tepi jalan atau di Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru? Bagaimana dengan di tempat-tempat lain?

Senaraikan nama premis/restoran makanan Melayu di ibu kota seperti mana restoran nasi kandar atau Nyonya Kitchen, sukar bukan?

Kerajaan perlu memainkan peranan dengan memberi pinjaman modal kepada peniaga Melayu dan membanyakkan premis (lot-lot kedai) menjadi restoran Melayu selain di hotel dan premis-premis yang tertutup.

Peniaga gerai dan warung di ibu kota seluruh negara wajar dibantu dan diberi peluang bukannya dikambinghitamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semoga pada masa akan datang, tidaklah orang Melayu hanya jadi pengguna sahaja waima hendak makan pun bergantung kepada restoran mamak yang terkenal di seluruh negara.

– SHAIFUL AZMI SATAUDDIN,

Klang, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge