Pada pertengahan tahun lepas penulis telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini.
Penulis sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan penulis. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu.
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Live Update: 25 Mar ’12, 10.45pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Nampaknya pokok anggur penulis telah mula bertunas dan mengeluarkan buah anggur yang kecil. Diperhatikan pokok anggur ini tidak akan berbunga tapi akan terus mengeluarkan buah seperti di dalam gambar. Buahnya akan masak ranum pada Mei nanti. Buah yang berwarna ungu dan masam sekali rasanya, sesuai dibuat jam disapu roti sahaja
I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
Live Update: 24 Mar ’12, 5.11pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Dah tak tahu nak tulis apa lagi bagi menggambarkan keindahan bunga-bunga pokok epal hijau ini. Memang cantik dan menawan kalbu. Bunga putih dengan sedikit sentuhan warna merah jambu, priceless! Memang tahun ini penulis dapat bergambar puas-puas dengan pokok-pokok epal hijau yang sedang rancak berbunga ini. Syurga dunia lagaknya!
Live Update: 24 Mar ’12, 5.08pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Masanya telah tiba lagi. Musim bunga yang sungguh menawan. Walaupun langit kini berjerebu tebal, namun pokok-pokok epal hijau ini tetap setia mengeluarkan bunga-bunga putih yang sungguh banyak. Tahun lepas terlepas nak ambil gambat selawa kali ini. Musim sejuk agak panjang, tu yang pokok-pokok ni lambat sedikit berbunga tahun ni. Enjoy!
Live Update: 22 Mar ’12, 5.27pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Kat sini aktiviti paling best ialah membeli buku. Setiap kali pergi dinner, tapau, pasti akan terbeli buku. Dah la kedai buku depan kedai makan. Buku hardcover memang agak murah berbanding dengan di Malaysia. Paperback lebih kurang sama je sebenarnya. Kat rumah tuh dah berlambak buku tau. Baca ? Baru 70% saya baca. Sungguh booketheraphy kan!
Live Update: 18 Mar ’12, 10.08am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Di Pakistan ni, terutamanya di Islamabad memang susah nak dapat makanan laut yang segar. Di Islamabad pun ada satu sahaja kedai yang menjual hasil laut. Terletak di Rana Market, tidak jauh dari rumah penulis. Rata-rata rakyat Pakistan tidak makan kepala ikan, hatta kepala ikan merah sekalipun. Kepala ikan memang murah di sini. Anda boleh dapat kepala ikan dengan harga kurang Rs.30 rupees sekepala. Memang murah. Dan inilah hasilnya dengan kepala ikan merah tersebut. Kari kepala ikan merah yang pedas berapi, khas untuk makan tengah hari ini. Jemput makan!