Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad. Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla. Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas. Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.
Live Update: 8 Jan ’12, 12.38am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
alhamdulillah setelah berbulan lamanya hujan turun di isloo
memberikan rahmat dan menggembirakan hati ramai orang
tanaman gandum telah bermula, juga musim salji murree
hujan pada khamis dan jumaat sememangnya tidak diduga
penulis telah ke pergunungan murree sabtu pagi ini
memang seperti diduga salji begitu lebat sekali, banyaknya!
di bawah gunung pun dah banyak inikan pula di atas
jalan ke nathiagali telah ditutup, begitu juga jalan murree
sudah lama tidak bermain salji kan. hehe jom bersalji!