“No Fumar” Sign at The Eye On Malaysia @ EOM, Taman Tasik Titiwangsa KL :)

cantik kan gambar Eye On Malaysia kat atas tuh ? hehee dengan reflection air waktu pagi kat Taman Tasik Titiwangsa. memang cool lah dok kat situ amik gambar kan. kalau sapa2 nak datang sini makesure datang awal. sebab reflection air yang tenang memang cun nak amik gambar. huhu

siapa belum pergi naik Eye On Malaysia lagi ?

baik korang naik cepat sebab tak lama lagi diaorang nak alihkan EOM tu. hehe 🙂

takdelah aku rasa EON neh akan kekal lama lah kat Taman Tasik Titiwangsa tuh

selagi ramai rakyat malaysia belum naik lagi EON neh, selagi tuh lah EON neh akan ada

betul tak ? korang percaya ke ? haha

aku suka ngan kebiruan gambar kat atas dengan seni arkitek EON yang cool tuh. memang harmony sungguh la kan. hahaha nature harmony la katakan.

cuba korang teka minah tu kat belakang dinding ke atau reflection je ? hehe senang je dowh soalan neh kan. hehe 🙂

aku sempat naik EON weekend hari tuh. perghhhh pergi pagi2 tuh. haha. semata2 tak nak beratur panjang. 1st time aku sampai kat EON neh dulu masa Flora Hunt 2007. masa tuh ada soalan pasal gondola2 neh la. kena kira. aku tengok masa tuh punya la ramai manusia nak naik EON neh.

tobatlah aku kalau nak beratur lama2 dalam panas camtuh kan. haha.

neh gambar yang aku amik drpd angle yang lain plak. hehe boring la asyik angle yang sama je kan. amik la angle yang pelbagai kat sini. bolehlah nampak lain sket. hehehe mcm mana angle mana pun mmg cool lah kalo ada reflection air tuh kan. aku rasa tak perlu pro photog la nak amik gambar camni. aku amik pakai digicam dscw1 adjer. hehe 🙂

masa aku mula2 sampai aku perasan yang aku dah tersampai awal la plak. hahaha dia bukak kul 1000hrs la. hampeh punya la awal aku datang. yelah kan malaslah aku nak berebut parking ngan orang lain. sekali bila dah sampai lom bukak la plaks. ahaks. dah la aku belum breakfast lagi. hahaha hampeh la kafe mata neh kan.

aku nampak ada cafe plak sebelah EOM tuh. apalagi hengat nak breakfast. sekali nampak yang cafe neh bukak kul 1000hrs la plak. apa kes bukak sekali ngan EOM neh ? baik tak payah bukak langsung kan. haha. at least bukak la sebelum EOM tuh kan. aku dah la tengah kebulor neh. haha benci aku. aku nampak gak ada sardine puff. tapi sayang takleh nak jual sebab cafe still bukak kul 1000hrs. arghhhh tension aku. haha takpe aku akan balas dendam nanti. siaplah ko. haha


lepas beli tiket terus naik gondola. hehe semua bahasa ada kat dalam gondola tuh. ntah bahasa apa ntah. haha. best gak la dok kat dalam neh. ada aircond beb ! heheh jakun siot kejap. hampeh je lah. dah la tak ramai orang hari neh

perghhhhh tinggi siot. gayat dowh !

gondola sebelah aku ada plak pakcik tua mana ntah yang naik sorang2. haha. cantik la reflection tuh kan. aku suka ngan style reflection guna air camtuh. memang nampak tenang kan. hehe 🙂 baru kul 1000hrs dah terasa panas la plak kan kat dalam neh. tetiba aircond cam suam2 kuku adjer. apa cerita weiiii

siapa tahu tuh gunung apa kat hujung kat banjaran titiwangsa kat tasek titiwangsa tu eh ? dah pergi la bukak buku geografi korang tuh kan. haha itulah…..jeng jeng jeng. ntah haku pun tak tahu dowh

daripada atas neh baru aku nampak cun gilos area kat bawah tuh. dengan tiles yang menarik kan kat bawah tuh. perasan tak corak tiles memang direka camtuh dengan corak bunga besar. yang buat lagi cun sebab ada pokok2 besar tuh kan. kalo tak sure la hambar je tiles2 tu semua rasanya. combination kaler coklat ngan hijau yang cun gilos

sebelah tuh korang akan nampak istana budaya warna biru. tuh amende plak cam rumah setinggan warna puteh kat bawah tuh eh. lol tak clear2 lagi ke rumah2 tuh semua. ke bukan rumah setinggarden ek ? heheheh main belasahje aku tadi. haha


aku suka dengan corak awan2 gemawan yang macam kapas2 puteh tuh. memang mendamaikan mata2 dan sesiapa sahaja yang memandang. heheheheh pegi lah eye on malaysia kalo korang nak merasa tengok benda2 camni. haha





aisey kejap je lah dah nak habis. hampeh je kan. haha. kejap giler. ada la dalam 15 minutes je kot aku dok kat dalam gondola2 tuh semua. haha. tapi seronok gak lah kan. lepas neh nak naik lagi la plaks. nak naik waktu malam plak. heheh sure la lawa dapat nampak pemandangan kl waktu malam kan. huhu

hehehe jom pi EOM ! haha 🙂

one thing aku respect pasal design logo dia. memang cool kan. sempoi je lah design dia. cam style conteng2 sket2 then terus officially jadik logo. memang cool ngan warna2 garangd ia tuh. hehehehe amendalah aku melalut plak neh.

ServerFreak Web Hosting Solutions

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 responses to ““No Fumar” Sign at The Eye On Malaysia @ EOM, Taman Tasik Titiwangsa KL :)

  1. iye, pun sudah ke EOM itteww..

    en_me’s last blog post..gebeng story: working outstation

    Reply

  2. wah nampak jugak satu malaysia ek.. cangih gak ni.. ada masa nak gi tengok lah..

    apis17’s last blog post..bila dah tido dengan semut

    Reply

  3. en_me : ehehehe bestkan. hehe 🙂

    Reply

  4. apis17 : hehehe boleh nampak sekeliling dengan jelas. lepas ni nak naik malam plak la. haha 🙂

    Reply

  5. hoh,saya tak sampai lagi situ! erk,nak pegi plak ek pasni? nak ikutt.. lalalala

    Ixora’s last blog post..No motive!

    Reply

  6. ixora : hehe lambat lagilah kot sebab baru je pegi. haha 🙂

    Reply

  7. The last time I went for the ride was more than a year ago!

    I thought it was supposed to be a temporary structure! Seems like they really agreed to make it a permanent fixture… I wonder if the government paid anything for that thing!

    narrowband’s last blog post..Gold Coast, Australia

    Reply

  8. agak2 bila epa nak angkut EON?? tapi i must say singapore’s bigger

    Reply

  9. narrowband : mcm nak jadi permanent je kan. hehe 🙂

    kawaii : lepas neh buat lagi bigger la kat langkawi. haha 🙂

    Reply

  10. hope so…
    i went to singapore 2 weeks ago and mmg besaq…
    kita tak masuk pon, they say expensive…
    dah la currency dollar spore pun 2.30 versus ringgit

    oleh itu bila election mintakla EON permanent hehe sure dapat

    Reply

  11. kawaii : la dah alang2 sampai sana. pi je la naik. haha 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge