MRR2 Retak Lagi – Giler Ah Diaorang Neh ! Hehe :)
aku ingat lagi dulu masa diaorang tutup kejap jambatan mrr2 kat kepong
memang jam giler beb
aku nak pegi rumah adik aku kat sg buloh from melawati mmg siksa giler
jam sana jam sini. hampeh la diaorang
pastu diaorang engage consultant mana ntah nak baiki
ada issue pasal static weight ngan non-static weight la
amenda lah, dah bayar mahal2 untuk baiki
sekali rosak balik. hampeh la kan. haha
hari tuh dah spent about 70 million kan. sekarang ntah berapa lagi nak dibazirkan
duit rakyat lagi beb!
MRR2 retak lagi Tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat
|
|
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah pun dibaik pulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi.
Pagi ini beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat Stesen Komuter Kepong.
Selepas pemeriksaan, keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu. Tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, CFRP tersebut digunakan pada rasuk 31 batang tiang jejambat berkenaan untuk menyelesaikan masalah keretakan yang pernah berlaku sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keretakan itu, beliau berkata, walaupun tiga batang CFRP pada rasuk itu telah putus, MRR2 masih selamat digunakan kerana kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati jumlah minimum CFRP yang diperlukan hanya 12 batang.
Sehubungan itu, katanya, laluan di kedua-dua hala jejambat sepanjang 1.7 kilometer itu kembali dibuka kepada lalu lintas bermula pukul 5 petang ini selepas ditutup sejak pukul 10.30 pagi.
“Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, satu lorong paling kiri di kedua-dua belah jejambat akan ditutup kepada semua kenderaan sehingga rasuk pada tiang nombor 28 diperbaiki.
“Penutupan lorong itu adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung jejambat itu. Kerja-kerja membaikinya dijangka siap dalam tempoh tiga minggu,’’ kata Mohd. Zin.
Sebanyak 130,000 kenderaan, termasuk treler, menggunakan laluan itu setiap hari sehari.
Jejambat MRR2 di Kepong boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu-satu masa. Ia menghubungkan kawasan Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Jejambat itu dan jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalu lintas sejak pukul 10.30 pagi ini berikutan keretakan dikesan pada rasuk salah satu tiangnya.
Pada bulan Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali kerana ia mengalami masalah keretakan rasuk tiangnya. Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta.
Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, beliau telah mengarahkan unit jurutera pakar JKR untuk melakukan pemeriksaan forensik kejuruteraan terhadap struktur rasuk itu.
Katanya, jika masalah tersebut berpunca daripada kelalaian mana-mana pihak yang terlibat sama ada pembekal atau kontraktor, mereka akan dikenakan tindakan tegas.
“Pemeriksaan itu dibuat berasaskan prinsip kejuruteraan dengan melihat secara terperinci apakah yang telah berlaku kepada struktur tersebut yang masih bermasalah walaupun selepas dibaik pulih.
“Selepas pemeriksaan forensik selesai, saya akan minta JKR melakukan pemeriksaan pada rasuk lain yang telah dibaik pulih menggunakan CFRP,’’ katanya.
Beliau turut memberi jaminan akan mendedahkan kepada umum hasil pemeriksaan forensik itu.
Katanya, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan dilibatkan dalam pemeriksaan tersebut kerana langkah-langkah yang diambil JKR pada masa ini hanya berkisar kepada penyelesaian secara teknikal.
Ditanya mengenai kos membaik pulih rasuk itu, beliau berkata, kerajaan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan kerana ia akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang membina jejambat itu.
“Ia masih dalam jaminan kecacatan pembinaan yang akan berakhir hujung tahun ini,’’ katanya.
19 responses so far

MRR2 Retak Lagi – Giler Ah Diaorang Neh ! Hehe :)…
sampai bila la mrr2 neh nak ada masalah eh ? hampes sungguh. haha…
ish.. tak abes2
sape yg ptt disalahkan ni?
sure last2 sume diam je~
psl sume bersalah kekeke
Adila’s last blog post..Cuti-cuti Malaysia – Penang
Reply
adila : tu la pasal. yg merana rakyat la kena bakar petrol masa jam nanti kan. hampeh sungguh diaorang neh
Reply
alifmikail’s last blog post..(^_^) Aku yang Kente…
Reply
RASUAH RASUAH RASUAH RASUAH!!! hire consultant bayar juta juta juga rasuah… BPA kena siasat dan dig dari mula kerja kerja ni lagi… ntah berapa banyak diorang rasuah pemeriksa sebelum nih… jelas dan terang RASUAH… kalau Abg Bear jadi Perdana Menteri, semua projek kepentingan rakyat takkan dibuat oleh syarikat tapi oleh Perusahan Awam… top up harga lah, close tender lah…semuanya Rasuah
Beruang Madu’s last blog post..MALIOBORO SIANG DAN KOPI LUWAK
Reply
tetiba nak emo~~~~
lydiarayyan’s last blog post..adeke patut…?!!!!!
Reply
Kalau dulu Samy Vellu ada dan boleh dijadikan sasaran dan dia kena belasah teruk dek pelbagai pihak. Sekarang, apa mau cakap? Sapa mau b’jawab… ??!!!??!!
Reply
alif : jam giler lepas tutup dulu kan. sekarang mimpi ngeri tuh datang lagi la. haha
Reply
beruang madu : tu la pasal kan. diaorang mcm dah tak fikir pun pasal akhirat. apa la nak jadi
Reply
lydia : tu la. kos 70 juta bukannya sikit kan. boleh cover berjuta2 petrol pengguna dowh! gerammmmm
Reply
cyza : neh semua pasal si samy lah neh. hampeh mamat tuh
Reply
alah, tak lama lagi kau takde sipi2 dengan MRR2 dah. NKVE je
Reply
haihhh… asyik retak aje… bahaya sungguh!
buzzybug’s last blog post..dark night memang betul2 gelap!!
Reply
joe : haha lambat lagi lah. koman2 6 bulan nak renovate dulu. actually aku rasa rindu plak ngan melawati neh. haha
Reply
buzzy : tu la pasal kan. hampeh. la. haramkan je lori ngan org makan rasuah pakai mrr2. haha
Reply
dari pandangan aku sebagai jurutera, MRR2 tu patut di runtuhkan dan dibina semula. kos nak baik pulih sangat mahal berbanding dengan jangka hayat…
aeropama dot com’s last blog post..Fast Update! Dan Segala-galanya Selesai…
Reply
aeropama : perlu ke runtuhkan balik. rasanyanyer lagi membazir. aku rasa better bagi kenderaan ringan je guna. haha sebab tiang dia satu je. lori kan weight banyak, dah tuh dok kat tepi plak. so senang je. jangan bagi kenderaan berat guna. tu je. hehe
Reply
apa yang aku nampak dalam kes mrr2 ni ada banyak corruption oleh orang yang berkempentingan. sebelum kes untuk membaiki tiang mrr2 ni dah telan belanja rm70 juta termasuk nak isi perut si jahanam menteri kerjaraya jahanam tu. tiba-tiba pulak rosak lagi. cuba kita kira kos yang telah di keluarkan untuk menampung proses pembinaan mrr2, kemudian rosak telan lagi rm70 juta. sekarang pulak rosak lagi. tambah lagi kos untuk repair balik tiang yang rosak sekarang no. habislah duit rakyat. aku rasa patut siasat je samy vellu dan krono-kroni beliau. inilah pemimpin bn. dah terang-terang berlaku penyelewengan oleh bekas menteri kerja raya namun apa yang aku nampak kerajaan macam anggap kes ini adalah kecil. memang pemimpin bn cibai.
Reply
bed1 : apa2 pun memang menyusahkan rakyat la kan. enough la. haha
Reply