mifc 2007 @ picc – grand finale

oklah aku nak blog plak pasal mifc 2007 atau dikenali sbg malaysia international fireworks competition 2007 yang diadakan di picc putrajaya baru2 neh. heheheheh. memang best tengok bunga api nih. lagi best kalau ada dlsr atau hdtv nyer viewcam, sure lagi berbaloi kan. hehehhe. sayangnya aku hanya ada digicam cap ayam jer. so hanya mampu amik video. kalau amik gambar, banyak yang blur and x puas hati aku.

anyway mmg best la mifc 2007 grand finale kali neh. seawal 1800hrs aku ngana dik aku dah melepak kat picc neh. mula2 tuh, sempat gak pergi ke floria putrajaya 2007 kat precint 2.

then kul 1800hrs baru drive ke picc. sampai je kat picc aku terus hangin sebab pak guard x bagi masuk. dia kata sebab xde sticker vvip. hampeh tu la. cakap la awal2 kan kena ada sticker. padahal aku dah beli tiket sehari sebelum tuh. xde plak mamat jual tiket tu bagitau xleh park kat dalam picc nyer car park masa grand finale. hampeh 1000x

masa kat atas picc tuh dah macam disco plak. music kuat giler beb. memang bingit giler. seb baik la banyak makanan dijual. xlupa dengan aiskrim lecka2 pun ader. eheheheheh lapar punya pasal kena makan 2 hotdog kat atas tuh.

daripada petang sampai ke 2130hrs hujan lebat giler. so kitaorang melepak la dulu kat dalam picc before tunggu fireworks kul 2200hrs kan. hehehehe memang power ar aircond picc, sejuk gila dowh masa malam tuh.

manusia memang ramai gila ah. x hengat punya la semua orang. bebudak pun ramai gak. siap ada badut kaki tinggi lagi masa tuh. heheheeh memang entertained betul la nengok gelagat manusia kat picc malam tuh.

sampai je masa 2200hrs fireworks started dengan team malaysia. memang cun. sekali team italy ngan japan buat lagi cun daaaaaa. giler besar bunag api kali neh. siap banyak giler firworks plus berwarna-warni giler. memang mengasyikkan la. if only aku ada dslr, akan ku abadikan dalam 2d pics kan, hehehehehe. 🙂

korang tatap la semua gambar yang aku amik kat bawah neh. gambar daripada siang sampai la ke malam. heheheeh enjoyz fellas ya 🙂



nampak cam sikit je bunga api ni semua kan. cam x percaya je banyak neh. sure banyak lagi yang disimpan as strategy tu kan. hehehhee. sempat aku snap gambar diaorang nyer site neh kat area jambatan seri gemilang near picc tuh


hangin betul la aku. dah la kena halau dek pak guard kat klcc. so kena la drive balik ke palace or justice @ poc and then park kereta kat situ je lar. hopefully selamat la kereta aku kat situ kan.

heheheeh. korang tengok la betapa bahayanya tiang gantung bendera kat bawah ni kan. kalau terkena kepala sure la berdarah and kena masuk spital. hehehehee. tinggi dia standard org asia la. kalau mat salleh sure la terkena kepala tu kan. hehehehe



hahahahaah semua kena halau kat depan gate picc tuh, gua cakap sama lu. semua x tau yang kalau xde sticker vip xleh masuk la tahu tak. hampeh je kan. bagitau la awal2, masa beli tiket pun boleh bagitahu. hampeh nyer event management. hampeh 2000x.

punya la ramai nak masuk ke picc. dah macam nak masuk ke cinema la plaks. kalau ada movie okeylah jugak kan. hehehehe

kalau la aku dapat any of the passes. sure la aku boleh park kat dalam picc je terus. so x yah la nak park kat poc then naik nadi putra kan. hehehe

pemandangan kat atas area picc ni memang superb la. lawa dan luas mata memandang daripada sini kan. memang cool beb! aku sure la akan datang lagi ke sini kalau ada fireworks lagi next year. mahal2 pun mahal la. janji boleh masuk picc. hehehehe


hehehehe bayar tiket mahal2 sekali bagi kerusi plastik merah je kan. hampeh gak la. anyway mungkin sebab diaorang expect hari akan hujan, tu yang kena pakai plastik chair warna merah je tu kan. masa ni dah nak start nak hujan dah. awan dah bergulung2 kat atas nun

masa lepak2 kat atas picc, lapar la plak kan. heheheeh terus la belasah 2 hotdog ngan air  teh o madu. amendelah mahal giler makanan kat atas. memang cekik darah la kat sini. anyway  lapar punya pasal, hentam je la kan.



tu dia punya la ramai manusia kat atas ni kan. hampeh tol la. bunyi dah la bising giler. seb baik lagu2 yang dia pasang best2 belaka. kalau x sure kena baling ngan mineral water kat dj petang tuh. heheheeh











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 responses to “mifc 2007 @ picc – grand finale

  1. wah… bestnya…
    do know that putrajaya floria tu dekat giler dgn my office huhu… 🙂

    seriously, nama je warga putrajaya but damn i tak penak masok dalam picc, walaupun hari2 i lalu picc nak balik rumah huhu…

    ur lucky… i tgk dr jauh je… i rakam pun guna camera digital i yg tak berapa nak canggih tu…

    stil, naper sedih?
    btw, sapa VVIP kat atas tu?

    Reply

  2. You got a great story here friend….

    Reply

  3. walaupun jarak umah aku ke PICC tu mengambil masa 20min..tapi aku xpergi langsung masa pertandingan bunga api tu…aku xsanggup bersesak dn jam lagi…hehehe

    Reply

  4. chot: rumah kat desa pinggiran putra ke?

    Reply

  5. kawaii : tunggu tahun depan lor

    yginsaf : layan dowh

    ezuddin : thanks

    chot : la apsal lak, jam sket je lar. hehehe

    Reply

  6. Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Malaysia International Fireworks Competition @ MIFC 2008 Is Back at PICC, Putrajaya ! Weeee heeeee :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge