“Mengimbau Nostalgia 80an” di HotFM AM Krew Faizal & Fara !

pagi tadi masa aku dengar radio nak pergi kerja

aku perasan yang hot fm ada buat segmen nostalgia mengimbau kenangan 80an lah !

perghhh nak mengalir air mata beb ! haha nostalgia dowh….

memang best woooo semua lagu2 80an. hehe

aku pun masa 80an banyak gak la dengar lagu2 neh kan

hehe paling best dengar lagu kat radio kereta ayah, radio or mini compo (haha diaorang panggil mini compo kan ! haha)

tak pun dengar lagu kat juke box kat kedai makan.

masa tuh mana la ada mp3. yang ada cassette ngan cd la kan

mana la mampu nak beli cd yang mahal giler

so beli cassette je lah

lagi sedih kalau tak mampu beli kaset tapi beli kaset kosong

lepas tuh malam2 dengar pilihan bersama and then dubb lagu

haha siapa pernah buat ni semua beb ! angkat tangan ! haha

pastu kalau nak rewind kaset tuh pakai pen je pusing ngan tangan. hehe

perghhhhh memang nostalgia beb !

kat bawah neh aku senaraikan lagu2 80an yang nostalgia lah bagi aku

banyak lagu2 malaysia. lagu2 luar negara kureng la ke udara kat radio. haha

  • aku rasa lagu2 80an paling senang nak hengat kalau kita mengimbau kenangan masa muzik2 kat tv3 sekitar 1986 sampailah ke 1989 kan
  • siapa ingat lagi masa juara lagu 1986 final, francesca peters ada bawak 2 lagu. satu lagu apa ntah. satu lagi lagu killer lah masa tuh sekadar di pinggiran. sedap woooo lagu tuh. yang bestnyer fran selamba je pakai baju kurung masa final. boleh pun menang beb ! haha
  • masa final tuh kalau tak silap aku ada ramai gak artiste 80an macam rohana jalil (dia ganti jamal abdillah), siti fairuz – ala yang nyanyi lagu apa ntah siap bagai baju ala2 cinderella, azlina aziz dengan lagu wajah siapakah di hatimu.
  • perghhhh banyak la kenangan masa juara lagu kan. siapa boleh lupa pada gimik arwah sudirman masa nyanyi lagu merisik khabar. siap dengan lighter masa finale tuh lagi
  • jangan lupa pada zaiton sameon dengan lagu menaruh harapan ciptaan a ali. memang best lagu tuh. kalau tak silap habsah hassan yang cipta lagu tuh.
  • ya jangan lupa pada kak ram, ramlah ram dengan lagu kau kunci cintaku dalam hatimu. siap dengan baju bling2 gambar hati yang tak bling2 masa finale sebab rosak. hehe
  • owh lupa nak bagitau lagu sekadar di pinggiran tuh ciptaan manan ngah. lirik tak hengat la siapa kan. hehe
  • pastu masa end of 80an adalah zaman rock jiwang2 ngan rock kapak
  • masa juara lagu 1989 lagu isabella nyanyian search menang. masa tuh wings bawak lagu taman rasyidah utama dengan misteri mimpi syakilla. masa zaman neh ada lagi la seluar ketat bagai tuh kan. haha awie punya vokal ngan amy search memang power ah
  • banyak gak la kumpulan rock2 yang naik masa tuh, ilusi, dinamik (biar putih tulang). tapi aku rasa banyak gak la yang hancur masa perform kat final juara lagu
  • ekamatra dengan lagu apa ah. lupa plak. pusara di lebuhraya kot. ke lagu to 90an !
  • korang ingat ke pada adam ahmad. lagu apa eh. tapi best jugak la lagu dia
  • ben nathan pun ada lagu best. kalau tak silap aku tajuk dia stanza sekeping hati yang luka
  • kalau korang tengok filem rock (mamat khalid) dalam tuh ada banyak lagu2 80an. yelah kan masa tuh memang zaman rock kapak. rock cintan. rock jiwang semua adalah. hehe
  • kalau luar negara plak zaman stevie wonder, janet jackson ngan michael jackson
  • i just call to say i love you. haha lagu lama yang nostalgia. haha best kan
  • mj plak dengan lagu beat it ! pastu dengan album thriller
  • masa tuh aku rasa belum ada lagi boyband. haha banyak rock group rasanya. hehe
  • arwah sudirman dengan anita sarawak pun banyak lagu best. siap ada lagu bercanda di pasiran pantai lagi kan. haha
  • kumpulan bpr pun glamer masa 80an gak. banyak siot lagu2 dia yang best. hehe ada title aku hanya serangga ! mcm tupuny atajuk pun ada ok. hehe

tu lah lagu2 80an yang aku hengat

banyak lagi rasanya yang aku terlupa

haha lebih nostalgia daripada biasa dowh

siapa nak sambung…..haha

so amacam dengan kenangan 80an korang ?

ke korang takde kenangan….hehe

buatlah posting satu ok ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 responses to ““Mengimbau Nostalgia 80an” di HotFM AM Krew Faizal & Fara !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.