Menarik Jugak Berbuka Puasa Ala2 Piknik Macam Ni Kan. Hehe :)

perghhhh menarik gak ni kan

berbuka ala2 berpiknik di padang. memang nyaman je

best je kan. kita bentang tikar. letak segala lauk pauk

pastu ada air sirap limau ais lagi. ada asam pedas. ada buah tembikai

budak2 boleh berlari2an dengan bebas. semua happy. semua gumbira!

errr tapi kalau hujan camner ek ? hehe

BERBUKA DI PADANG…

Beratus-ratus warga Kuantan menunggu waktu berbuka puasa di Padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, semalam.


Kebiasaannya hotel, restoran dan gerai menjadi pilihan umat Islam untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai.

Namun lain pula di Kuantan, Pahang apabila padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi tumpuan warga bandar ini berbuka puasa terutamanya pada hujung minggu.

Mereka yang datang bersama-sama keluarga dan sahabat handai menghamparkan tikar dan menghidangkan pelbagai jenis juadah.

Yang menjadikannya lebih menarik, kaum lain iaitu India dan Cina turut bersama-sama menikmati juadah yang dibeli berhampiran bazar Ramadan di situ.

Ratusan orang mula memenuhi padang berkenaan kira-kira pukul 5 petang lagi. Suasana sebegini bukan sahaja nampak meriah tetapi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sekali gus perpaduan kaum di negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 responses to “Menarik Jugak Berbuka Puasa Ala2 Piknik Macam Ni Kan. Hehe :)

  1. menarik… tapi jgn la ckp hujang .. kang hujang btol.. btw.. payung kan ada..
    ramantis berbuka dalam hujan kannnn

    arep’s last blog post..Research

    Reply

  2. syok jugak ek…blk kg nnti nak ajak family la bukak posa kat sini…hehe.. 🙂

    amoi’s last blog post..Jalan-jalan pegi Laman 2008

    Reply

  3. arep : hehe romantik la buka puasa kuyup begitu. haha 👿

    Reply

  4. amoi : hehe mmg best. selesa pun selesa. hehe ❗

    Reply

  5. isshhh..time maghrib² tak elok dok kat luar rumah…dulu2..maghrib je semua kena ada dlm rumah…

    Kujie’s last blog post..Kadar zakat fitrah 2008

    Reply

  6. kat shah alam pun ada satu padang dekat dgn muzium negeri, kat situ pun ramai orang berbuka atas padang… macam best jerr… tp nanti nyamuk pun ikut berbuka jugak…

    shaxx’s last blog post..Size Does Not Matter

    Reply

  7. What an idea… bagusnya… laen kali nak buat kat Kota Tinggi lah… kat sana ada sungai ada tebing sungai ada lampu ada mesjid ada tu ada ni ada semuaaaa kecuali idea ni… hahahaha… bestnya idea..

    Beruang Madu’s last blog post..STUDY

    Reply

  8. wah menarik!
    lepas berbuka terus blh berjemaah di masjid. 😀

    megat’s last blog post..Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?

    Reply

  9. menarik..good idea lah.

    chot’s last blog post..Lailatul Qadar…….

    Reply

  10. kujie : hehe ye tak ye jugak kan. better makan dalam rumah or dalam masjid je kan. hehe :mrgreen:

    Reply

  11. shaxx : hehe tu la kan. cuma mcm tak seswai je maghrib/senja2 dok kat padang. hehe 😳

    Reply

  12. beruang madu : hehe cubalah berbuka sebelah sungai tuh. sure lagi nostalgia kan. hehe 🙂

    Reply

  13. megat : hehe tu lakan. tapi better berbuka dalam masjid je terus kot. hehe 😕

    Reply

  14. chot : hehe lama tak nampak ko. hehe :mrgreen:

    Reply

  15. aku penah buka kat padang tu..last year tak sempat balik..quite an experience laaaa..best surprisingly!

    Jingga Studies’s last blog post..Happy B’Day to ME !!!

    Reply

  16. jingga : la ko pernah bukak puasa kat padang tuh eh. takde nyamuk ke ek senja2 tuh. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge