Jarang sebenarnya penulis bercerita atau menghasilkan satu blogpost untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh King Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini.

Di sinilah penulis solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang penulis bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

Sekarang ni adalah musim bunga di Islamabad. Di sekitar masjid ini terdapat taman bunga mawar atau ros. Sekarang adalah waktu puncak musim bunga ros ini. Tahun ni rasanya macam kurang sedikit berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas lagi banyak bunga ros yang berkembang mekar rasanya. Cakap sahaja warna apa, semua ada di sini.

Kalau cuaca cerah dah cantik kita akan nampak pemandangan Bukit Margall yang berwarna hijau. Dipenuhi dengan hutan pokok renik. Disitulah penulis selalu hiking daripada kaki bukit sampailah ke puncak nya. Puncak tertinggi dikenali sebagai Pir Sohawa. Pir Sohawa ni berdekatan dengan Restoran Monal, restoran yang terkenal di Islamabad.

Bawah ni pula Makam General Zia-ul Haq. Satu-satunya makam yang ada di perkarangan atau taman bunga ros di Masjid Faisal ini. Kebiasaannya makam ni ditutup dan dikunci, hanya ada hari-hari tertentu sahaja yang dibuka untuk dilawati oleh orang ramai di Islamabad ini.


Bunga mawar merah ni sahaja yang kelihatan berkembang mekar hari ini. Bunga-bunga lain seakan-akan merajuk pula hari ini. Tahun lepas lagi banyak dan puasa bergambar di taman bunga ros di Masjid Faisal. Ramai juga sebenarnya rakyat Pakistan yang datang singgah ke Masjid Faisal untuk melancong dan bersiar-siar.




Biasa kita tengok masjid dalam gambar warna, apakata sekali sekala kita lihat pula rupa Masjid Faisal dalam hitam putih pula. Cantik jugak kan? hehe
Saya terpaksa tinggikan sedikit kontrast langit sebab tak berapa nak gelap masa ni. Gambar hitam putih ni biasanya akan lagi cantik kalau kontrasnyer tinggi ye adik2

Lama betul penulis menunggu untuk merakamkan gambar terbaik Masjid Faisal kali ini. Gambar ketika musim luruh atau dingin memang tak berapa nak menarik sebab awan tiada dan kebiasaannya langit kelabu sahaja. Gambar di atas memang ditunggu-tunggu. Kalau di Malaysia memang kita dah selalu nampak suasana langit yang cantik, tapi di Pakistan, jarang-jarang sebenarnya.
cantik……sgt masjid nih…sejuk jew mata memandang
Reply
KNizam Reply:
May 7th, 2012 at 3:45 pm
shahril : penat tunggu nak dapat background mcm ni hehe
Reply
gambar pemandangan yang cantik…awan tu semua cantik
Reply
KNizam Reply:
May 7th, 2012 at 3:45 pm
wan : hehe susah nak dapat awan mcm ni sebenarnya kat sini hehe
Reply
memang cantek tu/.//
dah lama tak singgah sini
Reply
KNizam Reply:
July 11th, 2012 at 9:25 am
zooL : hehe dekat 2 tahun aku tunggu nak snap gambar masjid ni dengan background awan biru mcm tu hehe
Reply
Cantik lensa bro. Jenis apa ni?
Reply
KNizam Reply:
July 11th, 2012 at 9:27 am
hariz : tuh pakai canon 24-105mm
Reply
assalam..maaf saya pelawat baru di blog wak nie….apapun masjid nie mmg cntik..teringat pengalaman tahun 2010 semasa saya kesana..tp time tu musim sejuk….kemudian berjumpa dengan en erick untuk urusan visa di sana..
Reply
KNizam Reply:
July 11th, 2012 at 10:17 am
rehman : owh datang islamabad ke. awat x habaq mai. hehe
Reply
time tu x kenal lagi blog nie..nie pun sb terjumpa sb blog arwah wan ahmad. dapat tahu lak banyak juga rakyat malaysia di islamabad..he he..jgn isau..akan selalu juga ke pakistan sb dh nikah dengan org dari sana
Reply
KNizam Reply:
July 11th, 2012 at 4:31 pm
rehman : owh ye ke. nanti kalau singgah ISB boleh pekena doodthpati chai
Reply