mas is back on black :)

man. i like the news today. there’s a light at the end of the tunnel, finally. hope that mas will be bounced and regain it’s war against red figures. no, it’s not creative accounting right?

sources – berita harian

Pemulihan MAS berkesan

Untung bersih RM121 juta bagi tiga bulan berakhir 31 Disember: Idris

KELANA JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) meraih untung bersih RM121 juta bagi tiga bulan berakhir 31 Disember lalu – keuntungan bagi dua suku tahunan berturut-turut sejak mengumumkan Rancangan Pemulihan Perniagaan (BTP), Februari tahun lalu.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Idris Jala (gambar), berkata keuntungan itu hasil peningkatan pendapatan jualan tiket dan pengurangan kos operasi.

MAS berjaya mengurangkan kos sebanyak RM665 juta tahun lalu menerusi pelaksanaan beberapa program penjimatan termasuk RM52 juta hasil langkah pengecilan jumlah kakitangan.

Walaupun tidak meraih keuntungan bagi tahun kewangan penuh 2006, MAS mencatat pemulihan ketara apabila berjaya mengurangkan jumlah kerugiannya daripada RM1.7 bilion pada Februari kepada hanya RM136 juta pada Disember lalu.

“Pengurangan kerugian sebanyak RM1.6 bilion itu jauh lebih baik berbanding RM1.1 bilion yang disasarkan ketika MAS mengumumkan BTP, awal tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan MAS di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Kewangan MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin.

Idris berkata, bagi keseluruhan tahun lalu, syarikat penerbangan kebangsaan itu mengalami kerugian selepas cukai RM136 juta, jauh lebih baik berbanding RM620 juta yang dianggarkan.

Beliau berkata, keuntungan operasi bagi dua suku tahunan berturut-turut itu jelas menunjukkan kejayaan pelaksanaan BTP yang memberi tumpuan untuk menghasilkan keputusan segera.

“Saya lebih gembira sekarang,” katanya sambil memberi komitmen untuk terus gigih melaksanakan program pemulihan bagi membolehkan MAS pulih sepenuhnya dalam tempoh setahun lagi dan mencatat prestasi kewangan lebih baik daripada sasaran.

Idris yakin mampu mencatat keputusan kewangan lebih baik tahun ini, dengan anggaran keuntungan RM700 juta berbanding RM50 juta yang disasarkan sebelum ini.

“Selepas berjaya melepasi semua sasaran kewangan bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun lalu, kami menjangka MAS mampu mencatat lonjakan untung mendadak iaitu kira-kira RM700 juta tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, sasaran keuntungan yang tinggi itu mungkin memberi tekanan kepada MAS tetapi pihaknya yakin, semua peringkat kakitangan syarikat mampu melakukannya.

“Kami kini mungkin mempunyai kurang kakitangan tetapi mereka mampu memberikan sumbangan yang lebih besar,” katanya.

Idris berkata, peningkatan ketara pencapaian kewangan MAS pada suku keempat tahun lalu turut disumbangkan keuntungan RM150 juta hasil operasi kargo yang dikendalikan anak syarikatnya, MASkargo.

“Walaupun MAS kini mempunyai kedudukan tunai yang stabil iaitu antara RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion, kami akan terus melaksanakan BTP dan tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa,” katanya.

BTP ialah program pemulihan dua tahun yang dicetuskan Idris bagi memulihkan semula MAS daripada kerugian dengan matlamat utamanya untuk mencapai keuntungan RM800 juta tahun depan, iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge