Malaysia Memerlukan Rancangan Cuti-Cuti Malaysia & Jalan-Jalan Cari Makan Yang Berkualiti Lah !

ini adalah entry susulan

entry yang aku tergerak nak buat susulan membaca entry oh!bulan

eh silap !

susulan membaca entry mohdismail.net

bertajuk malaysia memerlukan pemikir & idealis,  bukan perebut kuasa atau penyanyi segera

hebat bukan ismail nyer entry.

– – – –

cuma aku nak sambung sket malaysia juga memerlukan rancangan berkenaan jalan2 cuti2 malaysia dan jalan2 cari makan yang berkualiti lah !

kata nak jana ekonomi

nak jana ekonomi kenalah rakyat macam aku dengan engkau berbelanja

sambil cuti2 malaysia

kalau aku dengan engkau asyik pergi luar negara sahaja, surelah duit akan mengalir ke luar negara kan

so baiklah aku dengan engkau pergi bercuti2 dalam malaysia

sambil bercuti2 tuh boleh lah juga jalan2 carik makan kan

cuma masalahnyer punyalah sikit giler rancangan2 pasal jalan2 cuti2 malaysia or jalan2 carik makan

apsal perkara neh terjadi eh ?

aku naik bosan la kalo camni

bila aku nak pergi cuti2 malaysia je surelah aku akan hampa

punya sket rujukan kat dalam mainstream media kan

kalau ada pun secoit adjer

korang ada langgan astro kan ?

korang ada tengok itu rancangan travel & living or asian food channel (AFC) ?

aku pun tengok gak

tapi aku sedih

sebab aku tengok 90% rancangan dalam tuh bukan pasal malaysia beb!

gua bayar astro ok !

pehal takde rancangan pasal negara gua neh ?

astro sila jawab !

korang pun surelah akan merasa apa yang aku rasa kan

kekadang nak bercuti kat dalam negara macam lagi susah daripada nak bercuti ke luar negara

information tak cukup beb !

kadang2 bila aku nak bercuti ke mana2 aku nak la jugak merasa masakan tempatan

kalau takde info, camner lah aku nak tahu kan

dan lagi satu

tolonglah jangan sempitkan pemikiran rakyat malaysia

aku check kat buletin utama, nasioanl at 1, edisi 7 dsb, semua pasal politik dan hiburan sahaja

hampeh je kan

apakata luangkan la dalam 5 minit pasal cuti2 malaysia

kadang2 aku rasa zoom malaysia tuh bagus lah jugak

cuma tak perlulah nak pasang billboard besar pastu letak gambar menteri pelancongan, timbalan perdana menteri dengan perdana menteri besar2

kalah gambar kawasan pelancongan tuh plak

pelancong bila nak datang diaorang nak tengok khazanah alam beb !

diaorang nak merasa local food dengan suasana tempatan

bukan setakat pelancong luar adjer

pelancong dalam negara mcm aku dengan engkau pun tak habis lagi meronda dalam negara sendiri kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses to “Malaysia Memerlukan Rancangan Cuti-Cuti Malaysia & Jalan-Jalan Cari Makan Yang Berkualiti Lah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.