Malam, Jenayah & Waktu by Hishamuddin Rais Lagi!

I really like the way Hishamuddin put down his article, so sarcastic yet so cool. Full of knowledge, no less than 1 joke inside it. You must read his latest article at Malaysia Today. A few of the first three para is posted below

Malam, jenayah dan waktu
Oleh Hishamuddin Rais

Beberapa tahun dahulu saya telah diberitahu bahawa hampir ke semua kolej dan asrama-asrama di universiti di negara ini ada memiliki waktu “curfew”. Waktu “curfew” ini memastikan bahawa tepat jam 12.00 tengah malam maka pintu asrama akan ditutup. Saya hairan kerana pintu tutup dan lampu padam ini hanya dilakukan untuk asrama murid sekolah dan bukan untuk tempat penginapan pelajar dan mahasiswa.Oleh kerana itu, pada awalnya saya kurang percaya apabila saya diberitahu tentang agenda jam dua belas tengah malam ini. Lalu, pada satu hujung minggu – hari Sabtu malam Ahad – saya telah bertandang ke seksyen dua kampus UITM di Shah Alam. Memang sahih maklumat yang saya terima. Bukan cerita dongeng atau berita fitnah.

Ketika saya sampai di sana , jam telah melewati 12.00 tengah malam, saya ternampak masih ramai mahasiswa mundar-mandir di hadapan kedai 24 jam walaupun warong-warong makan telah lama ditutup. Saya sempat bertemu dengan empat orang anak mahasiswa – dua lelaki dan dua gadis. Mereka semuanya bersiar-siar dan duduk berlabun-labun di tepi pondok talipon. Ketika itu jam telah hampir satu pagi.

read more? click here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Malam, Jenayah & Waktu by Hishamuddin Rais Lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge