Majalah Libur Mac 2006

Aku tak tahu ler kenapa, semenjak aku tengok magazine ni kat kedai dulu (2 tahun lepas kot), terus je aku jatuh chenta kat magazine nih. Setiap bulan aku aku kena beli, kalo tak macam tak lengkap hidup aku sebulan tuh.

Dulu diterbitkan 2 bulan sekali, mungkin nak test power consumer kot. Lepas tuh, bila dah laku dan terjual dengan banyaknya, diterbitkan plak sebulan sekali. Dulu nipis je, sekarang dah tebal.

Aku suka dengan teknik foto dalam magazine nih, super la katakan kan. Memang power semua gambar tau. Kalo tak, masakan aku terpergi ke Pulau Redang hanya bila aku membaca pasal Pulau Redang dalam magazine ni la. 1st time aku tengok pulau yang lawa giler kat Malaysia.

Ingatkan kat Mauritius je yang ada pulau yang cantek dengan pasir putih, laut membiru, ikan-ikan sedia menunggu untuk kita bersnorkle dengan depa. Perghhhhhh superb la holiday aku kat Pulau Redang tahun lepas (dalam bulan jun kot). Aku pegi dengan pakej daripada Ping Anchorage.

Stay kat Laguna Redang Island Resort. Memang best giler. Recommended untuk semua warga Malaysia dan semua Warga Dunia! Lepas je aku masuk kat website Ping ni, terus je aku pegi kat Ampang, site office dia (main office kat KT). Dan terus tempah pakej dia, pegi dengan adik-adik aku. 4 orang semuanya. Pegi naik bas, balik naik flight MAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Majalah Libur Mac 2006

  1. Thanks for sharing this information. Really is pack with new knowledge. Keep them coming.

    Reply

  2. kids n u : glad that u’re happy with this site

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge