Live Blogging Dah Melanda Dunia Blog Tempatan, Anda Bila Lagi Nak Blogging Secara Live ?

hehe satu fenomena dah melanda dunia blog tempatan kali neh

dah makin ramai la plak yang terpengaruh dengan live blogging neh kan

aku mula2 buat live blogging pun secara tak sengaja sebenarnya

ni mai aku nak story sket macam mana aku boleh terjebak dengan live blogging neh

aku dok kat kl. so takde masalah nak access tmnet streamyx or maxis broadband kan

sekali bila aku balik kampung, semuanya bertukar jadi dial up

haha terus aku tak boleh nak update blog aku

kadang2 sampai bersawang 2-3 hari. hehe

tuh yang aku terfikir mcm mana la nak buat live blogging kan

sekali perasan yang kita boleh send gambar mms direct ke flickr

pastu terus plak ke blog ! voila ! selesai satu masalah ok. hehe :)

- – - – -

masa tuh aku pakai sony ericsson k810i nak post gambar

memang best wooooo live blogging. mmg puas hati woooo

kadang2 dok mengadap pc or laptop pun bukannya ada idea nak tulis apa2 kan

dengan live blogging semua idea kena spontan beb

gambar kena cun. karangan kena mantap. hehe :)

- – - – -

kat bawah neh antara mereka2 yang dah terjebak ke kancah live blogging

in no particular order, mempersembahkan….. otai2 blogger….

(click je kat gambar2 screenshot nak pergi ke blog diaorang ok)

75 thoughts on “Live Blogging Dah Melanda Dunia Blog Tempatan, Anda Bila Lagi Nak Blogging Secara Live ?

  1. screenshot yang last tu, bukan blog live blogging ghey ye.. yg lain sume ghey.. hahaha.. gurau je..

    wahai knizam, mmg kamu sumber inspirasi kami semua.. syabas dan terima kasih atas banyak tunjuk ajar.. Allah je membalasnya.. kalau khai balas pun, nanti kita ngeteh sekali dua kat area2 rumah baru tu ye? boleh? hehehe..

    Reply

    KNizam Reply:

    khai : hehe aku cuma menyampaikan apa yang aku tahu. hehe sure2 nanti kita minum2 kat setia alam. dah banyak kedai makan kat sana tau. hehe :)

    Reply

  2. live blog mmg cun! tapi perlu ada kriteria juga. sebab ada topik yg hanya jadi sampah.

    aku rasa seeloknya live blog ni sampaikan perkara paling perlu seperti ada kemalangan atau benda pelik (orang korek hidung ka kah3)

    tapi kalau macam diari tak menarik pulak

    tapi ko zam. mmg otai! ko punya live dah bukan live blogging ;)

    Reply

    KNizam Reply:

    megat : hehe aku suka amik gambar. tuh sebab every posting kena ada gambar. hehe best woooo live blogging neh. rasa puas. hehe :)

    Reply

  3. timer kasih sifu… semua atas tunjuk ajar sifu.
    hehehe.. aku amat berterima kasih. siap
    ade latest entri.. sangat terharunyeee~

    apa yang penting dengan live blogging ni.. aku rase
    macam tak terikat jer dengan dunia blog. tapi masih
    boleh aktif. memang sangat efficent.

    secara keseluruhan… memang jutan terima kasih
    untuk KNizam sebab tunjuk ajar pasal tutorial live
    blogging ni. *tepukan gemuruh… + ombakkk… weee~

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : hehe tengkiu2 ya. aku buat tutorial simple adjer tuh. rasa mcm best plak jadi live blogger kan. kat atas motor pun boleh snap gambar dan terus masuk blog. hehe :)

    Reply

  4. aku setuju dengan cakap en. megat… kekadang aku pon
    rase perkara remeh dah pon di blogkan.. sepatutnya lebih
    memfokus kepada soal serius psal live blogging ni.

    tapi dari sudut lain.. apa yang aku nak ketengahkan
    adalah gambar semata-mata. hehehe sebab aku suke
    berkongsi suasana dari apa yang aku pandang dengan
    semua. disamping aku selit beberapa perkara yang mungkin
    terlintas kat pikiran aku ketika tu.

    lain orang lain caranya pasal live blogging. cume
    100% boleh aku katekan.. semua terjebak sebab KNizam.
    hahaha.. cayak ar bro.

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : perghhhh ko kalau bagi comment mmg gua respect. boleh buat posting. hehe :)

    Reply

  5. Bila submit gambar ke flickr guna Celcom, akan keluar message mcm ni di description gambar.

    “This message has been delivered to your e-mail account by the
    Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 601xxxxxxxx
    You have received this Multimedia Message in your email inbox
    and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
    However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
    that are best viewed with the MMS capable player located in
    MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
    This message can be viewed as it was originally intended
    To view this message as it was originally intened click on the button below… ”

    Ada cara untuk disable feature tersebut?

    Reply

  6. aku setuju… kekadang topic yang aku cerita
    tak pernah sama pon dengan gambar yang aku amik..
    biasa lah.. emosi kekadang tak stabil… tapi..
    picture mesti cun.. hahaha~

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : hehe aku biasanya akan sama sebab aku focus pada gambar. hehe :)

    Reply

  7. memang series la.. ketagih live blogging ni lain skit.
    feel dia lain daripada yang lain.. idea datang sekali jer
    kekadang tuh.. so bila dah datang.. terus jer snap
    gambar apa-apa pon sebagai penghias entri..

    kekadang.. tadek pon apa nak dicakapkan.. cuma nak berkongsi
    gambar dengan kengkawan jer.. kalau lah dSLR blh live blogging,
    aku rase.. ramai dah yang mengikut jejak langkah ni.. haha

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : hehe live la best kan. nanti kalau balik rumah malas la nak upload gambar segala bagai. hehe :)

    Reply

  8. ade caranya.. sila setup email dalam handpone.
    hari tuh aku ade buat tutorial macam mane
    nak setup email..

    untuk makluman pengguna celcom broadban… aku sarankan
    menggunakan teknik penghantaran live blogging menggunakan
    kaedah email.. dengan cara ni.. perenggan yang dinyatakan
    tidak akan wujud sama sekali.. caya le.. sebab aku pon
    sebelum ni menggunakan celcom untuk live blogging.
    tapi malas nak kerap tukar simkad. even pakai maxis pon
    aku still pakai teknik penghantaran email ke flickr.
    dari maklumat aku dapat.. MMS masih di charce kedalam akaun.
    sekiranya kamu pakai line + data pakage Maxis. jadi bill masih
    jugak melambung. sebab charge MMS mengukut Kb yang dihantar.

    sila setup Email dalam hanpone. sebab penggunaan email adalah
    termasuk dalam terma Internet Mobile = data page yang dilanggan.
    harap penerangan ringkas ni dapat meleraikan kekusutan.

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : hehe perghhhh good tutorial ni. hehe :)

    Reply

  9. Celcom MMS 35sen/50kb. Kalau tak salah max. 100kb jika ke different telco. Kalau ke email aku tak sure.

    Reply

    KNizam Reply:

    selinap : perghhhh mahal gak ek. maxis 25 sen adjer. hehe :)

    Reply

  10. Pernah cuba sekali dan ia berjaya.
    Masalahnya cheq malu wal segan nak
    menyenap gambo di lautan manusia.
    Huhuhu!!!

    Reply

    KNizam Reply:

    eriyza : hehe kenalah berani. ala snap adjer. live blogging best woooo hehe :)

    Reply

  11. wah, aku pun ada diblacklist sekali. ni semua virus dari blogger malaysia yang kreatif menggunakan media untuk menyembahkan mutu kualiti yang terbaik untuk dikongsi bersama.

    macam aku bro, baru je mula, so semua dan apa yang aku buat dalam blog tu hanyalah untuk percubaan lagi. tak dapat nak tackle semua2 lagi. tq kerana kongsi idea dan ilmu dengan kami.

    Reply

    KNizam Reply:

    luth : haha aku suka ngan theme ko. cun siot! hehe :)

    Reply

  12. post je pakai email bro. puas hati, tapi bajet kena besar. so sebabtu aku dok tukar sim kad maxis untuk live blogging. agak cerewet.

    Reply

    KNizam Reply:

    luth : hehe kalau aku memang tak larat la nak tukar2 sim card mcm tuh :)

    Reply

  13. ouhhhh… baru skang aku tau rahsia cemana korang sume live blogging nih.. thanks for the info bro..!!

    Reply

    KNizam Reply:

    sham : hehe senang adjer kan. ada handphone, mms terus ke blog. hehe :)

    Reply

  14. eg baru aku pasan ada link aku disini.. hehehe.. thanx bro ko sumber inspirasi dak2 live blogging.. haha.. kepada yang masih belum lagi mencuba, apa kata anda try, ianya sangat best dan ranum ditekan dari handphone..

    Reply

    KNizam Reply:

    killvearn : hehe mesti la ada link ko sebab ko kan live blogger hehe :)

    Reply

  15. alamak aku lambat balas ini msg..apa2 pun rata2 live blogger mmg amat berterima kasih kepada knizam kerana anda sumber inspirasi kami..dari kreuger kepada aku seterusnya lahir blogger2 lain..nice!

    p/s: rata2 yang tak suka live blogging sememangnya diorang tak penah try. dan setiap live blogger ade trade mark masing2.. pada pendapat org tu sampah..pada pendapat kawan lagi satu tu menarik..dan tak sume entri blogger2 yg tak live blogging baik (kdg2 sampah jugak) sbb dunia kan dah maju.. nape tak cuba bende baru..betul tak?

    Reply

    KNizam Reply:

    qiilan : hehe tuh la kan. best woooo live blogging. raya neh lagi la banyak live blogging sebab kat kg aku takde maxis 3g. hehe ;)

    Reply

  16. Kruger: Berkenaan dengan “even pakai maxis pon
    aku still pakai teknik penghantaran email ke flickr.” jadi ko hantar ke Flickr dulu ke?
    Dalam worpress ada fungsi “Post via email” dah. Cuma setup 1 akaun email khas je. Setting>Writing>Post via e-mail
    Aku pernah buat dulu. Tapi aku cume sedut mailing list yang xde gambar. Yang ada gambar aku belum terai.

    Reply

    KNizam Reply:

    drhouse : hehe aku pernah cuba hantar email ke flickr gak. tapi hantar mms direct lagi best wooooo hehe :)

    Reply

  17. Wow, rasa terpanggil nak buat satu blog “live blogging” la… aku hari2 keje travel jauh, mesti ada byk cerita boleh dikongsi. :)

    mula2 skali kene tukar henfon dulu… :D

    Reply

    KNizam Reply:

    emme : hehe apa lagi, marilah menyahut seruan live blogging. masa raya nanti lagilah senang nak live blogging kan. hehe :)

    Reply

  18. knizam, aku nk saman kau…
    disebabkan kau ler aku terjebak…hehe
    aku suka blog kau, kebetulan nmpk tutor dlm blog khai tu yg cuba try test…akhirnya jd.
    tapi tuler henset SE W660i nie pic kecut plak dlm blog, xbesau mcm knizam nyer.
    kena tukar henset ler nmpk gayanya.

    teruskan hapdet blog nie yer knizam,
    kalau kau tak hapdet siap kau…hehe

    *knizam tu khairul nizam ker?

    Reply

    KNizam Reply:

    ejam : haha best kan live blogging. haah khairulnizam betullah tuh. hehe :)

    Reply

  19. macam mana baru sekarang aku perasan entri ni.. sori la tuan tanah. aku jarang nengok incoming link kat blog aku (sbb jarang org nak incoming link dgn blog aku =___=”)

    sebenarnya live blog ni seronok, kita dapat membuat sebarang entri tidak kira tempat dan masa (waima dalam toilet sekalipun, heheh)

    Reply

    KNizam Reply:

    zaki : hehe ko jarang log in kat admin panel ke eh ? hehe :)

    Reply

  20. live blogging yg simple n santai buatkan pembaca terasa seolah2 sembang ngan kwn rapat or ahli keluarga….cool je…mcm nak cuba je…

    Reply

    KNizam Reply:

    meria : ya betul. live blogging mmg cool giler ah. hehe :)

    Reply

  21. sama la.. aku pakai celcom dia kuar menda alah tu.. cam ne nak settlekan eh? baru je nak terjebak dgn live blogging ni tapi dah ada error plak.. patah semangatkuuuuu.. T_T

    Reply

    KNizam Reply:

    queen : hehe kena tanya azmanishak.com neh hehe :)

    Reply

  22. tanyakan boleh??? hehehehe

    Reply

    KNizam Reply:

    queen : tanya apa eh ?

    - – - – -

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin :)

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge