libur yang merah

saya memang teruja bila melihat libur, majalah kegemaran saya yang satu ini di rak2 majalah di kedai2 suratkhabar. saya mula membeli majalah kesayangan ini semenjak keluarannya yang pertama lagi. macam kira fan no 1 gitu. memang best mag nih. susah nak jumpa mag yang ada local content berkenaan local sight seeing.

  

bila saya menatap majalah ini dengan mata hijau saya, saya akan teruja untuk pergi melancong. suatu ketika saya memang berangan2 utk melancong ke luar negara kerana merasakan percutian di dalam negara amat membosankan. namun sangkaan saya meleset setelah saya membaca majalah libur ini. percutian dalam negara juga menyeronokkan. masakan tidak. belum cuba belum tahu kan?

edisi pulau pangkornya telah menarik saya untuk menempah percutian ke laguna redang island resort selama 3h2m dan seterusnya membeli tiket bas kl-terengganu, tiket kapalterbang mas kuala terengganu-kl dan beberapa t-shirt redang, key chain, mineral water, tidak lupa juga keropok lekor terengganu yang lazat. terima kasih agensi pelancongan ping anchorage kerana telah menguruskan segala percutian saya pada kali ini. puas hati beb!

pertama kali saya ke pulau redang. saya amat terkasima dengan keindahan airnya yang membiru, pasir pantai yang berwarna putih dan sejuk, penginapan yang menyelesakan. makanan di sana yang menggiur dan menyelerakan. memang umpama syurga dunia laksananya. sungguh aman damai, percutian hebat tak terkata. apa yang saya merepek nih eh? takde kerepek di sini. semuanya memang benar belaka.

tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke pulau redang. pasti terhibur dengan desiran pasir pantainya. dikelilingi taman laut yang dipenuhi dengan ikan2 sedia untuk disentuh dan diberi makan pada bila2 masa sahaja. berguni2 roti kering dihabiskan untuk dijamah ikan2 tropika di taman laut redang ketika kami berempat bersnorkel di sana. huh!

saya sungguh teruja untuk kembali ke pulau redang, syurga dunia.

tidakkah anda?

entry ni pasal majalah libur yang merah, apsal saya kerepekkan pasal pulau redang nih?

ini summa salah wordpress la saper lagi. benci wordpress!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge