Lee Chong Wei Cemerlang di Suku Akhir – Harapan Malaysia Meriah Emas Sukan Olimpik Beijing 2008 ! Hehe :)

harap2 menang la semi ngan finale nanti kan. hehe :mrgreen:

15/08/2008

Chong Wei cemerlang

LEE Chong Wei bertungkus lumus membalas pukulan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada Sukan Olimpik di Beijing, semalam. Chong Wei kalahkan Kuncoro 21 – 9, 21 -11 untuk mara ke separuh akhir.
– AFP



BEIJING – Hanya satu lagi kemenangan akan mengesahkan peluang Malaysia menggenggam pingat pertama di Sukan Olimpik Beijing menerusi pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee ChongWei yang akan bertarung dalam saingan separuh akhir hari ini.

Chong Wei yang masih segar dengan kemenangan straight set ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 pada suku akhir pagi semalam akan menentang pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il yang menyingkirkan jaguh tuan rumah, Bao Chunlai 23-21, 21-11 dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlangsung lewat petang.

Jika tumbang kepada pemain bukan pilihan itu, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan kedua pada temasya ini masih berpeluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya gangsa tetapi terlebih dahulu perlu bertarung dalam satu lagi pusingan untuk menentukan tempat ketiga.

Atas kertas, rekod pertemuan Chong Wei dan Hyun-il adalah seimbang dengan masing-masing menerima satu menang dan kalah dalam pertemuan terdahulu di Kejohanan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia sebelum ini.

Layak ke perlawanan akhir bermakna, Chong Wei seperti diramal bakal menerima tentangan daripada musuh ketatnya, Lin Dan, pemain tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan pertama pada temasya paling berprestij ini.

Lin Dan mudah menewaskan lawannya dari Denmark, Peter Hoeeg Gade 21-13, 21-16 untuk menempah pertemuan dengan rakan sepasukan, Chen Jin yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu-Hsing 21-8, 21-14 dalam saingan suku akhir, semalam.

Apa sahaja percaturan tuan rumah selepas ini, Chen Jin yang diletakkan sebagai pilihan keempat pastinya akan memberi laluan kepada Lin Dan yang menjadi taruhan China untuk meraih pingat emas dalam acara badminton apabila kedua-duanya bertembung dalam saingan separuh akhir hari ini.

Dalam pada itu, skuad lumba berbasikal negara juga akan turun ke trek velodrome Laoshan, di sini untuk acara kelayakan pecut berpasukan. Skuad negara dijangka membariskan gandingan trio, Josiah Ng, Muhammad Azizulhasni Awang dan Mohd. Rizal Tisin dalam acara berpasukan yang akan diadakan pada sebelah petang.

Pencapaian terbaik gandingan ini ialah memenangi pingat perak dalam acara yang sama pada Kejohanan Trek Berbasikal Asia Ke-28 2008 di Nara, Jepun manakala di saingan Sukan SEA Korat 2007 yang mengetengahkan Muhamad Edrus Md. Yunos menyaksikan trio negara meraih emas.

Acara berbasikal trek juga akan menurunkan dua pelumbanya, Josiah dan Azizulhasni yang akan turun dalam acara Keirin di trek yang sama, esok.

Pastinya tumpuan akan terarah kepada Azizulhasni yang masih hangat dengan gelaran juara Asia yang dimenanginya pada Kejohanan Trek Berbasikal Asia Ke-28 2008 di Nara, Jepun beberapa bulan lalu dan kejutan yang dilakukannya di Munich, Jerman apabila menewaskan juara Olimpik, Theo Boss dalam satu kejohanan pemanas badan sebelum bertandang ke temasya Beijing.

– Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Lee Chong Wei Cemerlang di Suku Akhir – Harapan Malaysia Meriah Emas Sukan Olimpik Beijing 2008 ! Hehe :)

  1. huhu.. dapat emas kaya la die.. jd jutawan trus

    myadlan’s last blog post..3belas at Remaja TV3

    Reply

  2. myadlan : hehe yg penting kena dapatkan dulu la kan. hehe 🙄

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge