lebih baik ada 100 padang tiruan

saya sungguh menyokong pendapat ini. daripada kita membazirkan wang membina stadium hoki astroturf yang nilainya mencecah jutaan ringgit, lebih kita menggiatkan pembinaan padang hoki tiruan di setiap daerah2 utama di malaysia. setiap daerah dimestikan membuat padang tiruan ini untuk menggalakkan bakat2 terpendam di peringkat sekolah berlatih dan bermain.

sumber – berita harian

‘Lebih baik ada 100 padang tiruan’

Tidak guna bina stadium berharga RM10j tapi tidak dapat menampung permintaan tinggi

“DARIPADA kita bina stadium hoki yang berharga lebih RM10 juta, lebih baik jika kita buat 100 padang tiruan supaya lebih ramai anak-anak muda dapat bermain hoki,” kata Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Datuk Dr S S Cheema.

 

Jelas saranannya itu tampak seakan berseloroh tetapi jika diamati ia adalah langkah terbaik bagi mengembalikan kegemilangan hoki negara yang ketika ini ketinggalan di belakang jaguh-jaguh Asia yang semakin meningkat seperti Korea Selatan, Pakistan, India mahu pun kuasa baru, China.

Dr Cheema menjelaskan ketika ini hanya ada kira-kira 30 padang hoki dengan rumput tiruan yang menjadi pemangkin bagi menghasilkan produk berkualiti iaitu pemain-pemain yang mampu menggantikan pemain kebangsaan suatu hari nanti.

Jika dibuat perkiraan, jumlah RM10 juta bagi dibelanjakan untuk membina hanya sebuah stadium hoki boleh digunakan sepenuhnya bagi membina padang tiruan yang berharga antara RM100,000 hingga RM150,000 setiap satu.

“Ketika ini di seluruh negara hanya ada kira-kira 30 padang tiruan, budak-budak (pemain hoki) tidak cukup tempat untuk main hoki. Padang tiruan itu pula hanya ada di bandar-bandar utama dan sukar untuk budak-budak ini menjalani latihan.

“Perak misalnya adalah antara negeri memiliki paling banyak padang, itupun hanya empat iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Larut dan Manjung,” katanya.

Jumlah berkenaan, menurut Dr Cheema, tidak mencukupi bagi menampung kira-kira 7,000 pelajar dan anak-anak muda yang mahu bermain hoki pada setiap minggu sedangkan jumlah berkenaan adalah amat besar.

Jarak yang jauh juga menurutnya akan membataskan keinginan pemain untuk bermain di padang sebenar kerana mereka pastinya tidak akan sanggup berulang-alik semata-mata untuk bermain selama beberapa jam saja.

Katanya, di kebanyakan negeri hanya ada satu atau dua padang tiruan saja sedangkan latihan sudah diatur PHM membabitkan semua daerah selain dibekalkan dengan aspek kejurulatihan dan peralatan seperti kayu dan bola hoki.

“Kita sudah ada struktur yang cukup baik, ada jurulatih yang bertauliah sama ada sepenuh masa ataupun sambilan untuk mengajar pemain-pemain di setiap negeri. Kita akan mengadakan liga membabitkan daerah dan dari situ kita akan wujudkan pasukan daerah yang akan bertanding pula di peringkat negeri.

“Tetapi jika kita tidak ada padang tiruan mana mungkin kita dapat melahirkan pemain berkualiti bagi diketengahkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dr Cheema memberi contoh bagaimana sebuah negara sekecil Belanda memiliki lebih 1,000 padang tiruan buat melatih pemain-pemain menyebabkan mereka mampu mendominasi acara berkenaan dan membentuk pasukan bertaraf dunia.

“Mereka ada lebih 1,000 padang tiruan, mereka hanya sebesar Pahang, bayangkan bezanya dengan kita yang masih lagi bermain di atas padang rumput seperti zaman dulu,” katanya.

Dr Cheema berkata, ia mendatangkan impak berlainan dari segi jangka masa panjang kerana menurutnya pemain yang diajar bermain di padang rumput tidak akan dapat menandingi mereka yang bermain di padang tiruan walaupun berlatih dalam tempoh yang lama.

“Jadi kita perlu ada banyak dewan pelbagai guna dengan padang tiruan ini sama seperti permainan futsal yang popular masa kini. Dari situ kita boleh galakkan anak-anak muda bermain hoki mengikut kesesuaian masa mereka, ia sekali gus dapat mengelak banyak gejala tidak sihat.

“Buat masa ini memang banyak dewan seperti itu milik swasta tetapi sewanya begitu mahal dengan tempoh sejam ada kalanya sewanya melebihi RM150, budak-budak tidak mampu membayarnya,” katanya.

Oleh itu, Dr Cheema berharap pihak berwajib dapat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah berkenaan supaya hoki negara dapat lebih berkembang dan pasukan hoki kebangsaan akan setanding dengan nama-nama besar sukan berkenaan.

 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “lebih baik ada 100 padang tiruan

  1. weh. guna muka aku takde permisi. sila bayar royalti.

    Reply

  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri…
    Maaf Zahir & Batin…
    Chayok…

    Reply

  3. joe : hahahahah. berapa royalti lu mau. bagi akaun cimb. hahahhhah

    nur aine : selamat beraya 🙂

    Reply

  4. Azhar Abdullah

    Boss i nak tau serba sedikit tentang pengurusan padang hoki…ada info hulur mai sikit

    Reply

    KNizam Reply:

    azhar : alamak ni kena contact supplier or majlis hoki ni ya 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge