Laskar Pelangi The Movie & OST Laskar Pelangi Video Clip Nidji – HEBAT !

aku rasa aku pernah buat review pasal lagu nidji ni dulu

ntah kenapa dah hilang la plak review tuh

hehe masa tuh filem laskar pelangi belum keluar lagi rasanya

aku belum tengok lagi filem neh. tapi drpd lagu aku rasa mg best

bait2 nya memang menyentuh jiwa. hehe ūüôā

cerita pasal anak2 yatim yang hidup di desa

pasti menggamit perasaan dan menyentuh hati2 yang suci

official blog laskar pelangi di sini ya

saksikanlah trailer laskar pelangi di bawah

dan juga video clip nidji dengan lagu laskar pelangi juga

lirik yang begitu indah dengan band hebat NIDJI

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

laskar pelangi takkan terikat waktu

sedikit info daripada sini

Sutradara: Riri Riza
Produser: Mira Lesmana
Penulis: Salman Aristo, Riri Riza
Pemeran: Lukman Sardi, Cut Mini, Slamet Rahardjo Djarot, Matias Muchus, Ario Bayu, Alex Komang, Jajang C Noer, Tora Sudiro, Robbie Tumewu, Ikranegara, Rieke Dyah Pitaloka
Musik oleh: Titi Syuman, Aksan Syuman
Distributor: Miles Production dan Mizan Sinema
Rilis: 29 September 2008

Laskar Pelangi, as a first novel, tells us about ten poor kids in Belitong, to be called Laskar Pelangi. They study in a poor Elementary school-SD Muhammadiyah-, which only have ten students, they are Laskar Pelangi. Each of them, has a special characteristic. For example, Lintang who is the smartest. He is really addicted with education. He likes to explore new things. Even, he must takes eighty kilometres vice versa a day to reach the school. Another figure is Mahar who has a talent in art. He has a beautiful imagination to create something. And also, the main figure of this Tetralogy, Ikal. Laskar Pelangi not also kind of literature buku, but also scientific reference. Even, this novel has been a reference to compose recommendation of education policy in Indonesia.

trailer diambil dari http://laskarpelangithemovie.com/TRAI…

di bawah adalah lagu2 lain yang terdapat di dalam OST laskar pelangi

memang sedap2 lagunya kan. hehe ūüôā

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 responses to “Laskar Pelangi The Movie & OST Laskar Pelangi Video Clip Nidji – HEBAT !

  1. Filem nie memang best, kat indonesia dah menang banyak anugerah, bila lagi ye malaysia nak buat cerita2 mcm nie.

    Reply

    KNizam Reply:

    noni : yep lagu2 dia pun layanzzzzzzzz hehe ūüôā

    Reply

  2. Petikan pelbagai sumber

    Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal.

    Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.

    Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak.

    ———

    DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
    Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi

    Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original di negara ini.

    klik http://www.motivasimindamu.blogspot.com

    ——

    Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS.

    Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia.

    Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah.

    Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak.

    Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang.

    Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual.

    Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi.

    Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung.

    Andrea berkata, karya yang baik adalah apabila ia menjadi karya yang ditonton bukan karya yang dibaca. Imaginasi pembaca hidup dalam karya.

    Catatan yang begitu teliti dalam Laskar Pelangi adalah kerana penagalaman yang traumatik sehingga ia begitu berkesan ke dalam fikirannya.

    Karya mesti ditulis dengan jiwa.

    Diskusi buku Andrea Hirata sudah melebihi 168 kali di seluruh Indonesia dan Malaysia.

    Diskusi buku melibatkan masjid, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam.

    Para peminat tidak mahu Laskar Pelangi difilemkan kerana mereka mahukan watak imaginasi yang mereka cipta hidup dalam fikiran masing-masing.

    Novel keempat Andrea sudah ditempah bagi dijadikan filem meskipun ia sedang ditulis.

    Andrea Hirata pada awalnya bukan novelis, tidak membaca karya sastera, tidak pernah ketemu dengan tokoh serta penulis novel.

    Laskar Pelangi adalah catatan yang menjangkaui logik sastera yang diajar. Ia dianggap membebankan kepalanya dan menghilangkan manis dalam karyanya selepas dua tahun mempelajarinya. Kini dia kembali kepada metod Laskar Pelangi.

    ——

    DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
    Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original dari Indonesia di http://www.motivasimindamu.blogspot.com

    Reply

    KNizam Reply:

    zamri : wahhhh thanks for the info ya ūüôā

    Reply

  3. Assalamualaikum,
    Sahabat2, dan pejuang2 bahasa sekalian. Saya telah membaca novel ini dengan kecepatan untuk menghabiskannya yang amat luar biasa. Belum pernah saya menghabiskan sebuah buku sebegitu cepat.
    Saya tertarik dengan cara bagaimana Indonesia mengekalkan perjuangan sastera mereka sehingga sebuah buku yang berbahasa Indonesia (pada dasarnya hampir sama dengan bahasa Malaysia) menjadi sebuah buku yang begitu laris jualannya sehingga ratusan ribu naskah.
    Mungkin tidak mustahil untuk penulis Malaysia atau mungkin juga telah ada yang mencecah jualan sebegitu. Tetapi melalui pengamatan saya, di Malaysia, jualan buku2 berbahasa Malaysia lebih tertumpu kepada acara2 besar ataupun melalui DBP sahaja.
    Jika dilihat modus operandi kedai2 buku di Malaysia (tidak perlu disebutkan namanya) lambakan buku2 bahasa Inggeris lebih mendominasi senarai kehadiran buku2 Malaysia dan apa yang lebih mengecewakan saya, sebuah kedai buku di Jusco Tebrau misalnya, mempunyai lambakan buku2 bahasa Cina yang hampir sama banyak dengan bahasa Inggeris di mana buku2 bahasa Malaysia mendapat 4-6 rak sahaja.
    Pada asalnya saya merasakan itu fenomena biasa mungkin kerana orang Melayu (terutamanya) tidak gemar mengarang buku. Tetapi keadaan menjadi sebaliknya apabila saya ke kedai buku Badan di Plaza Angsana di mana terlalu banyak buku2 bahasa Melayu di situ.
    Jadi, kesimpulannya di sini, jika buku2 bahasa Malaysia hendak berkembang, perlu dilakukan sesuatu untuk memecah dominasi buku2 bahasa asing dan juga promosi buku2 bahasa Malaysia perlu lebih meluas ataupun sekat sahaja kemasukan buku2 asing yang boleh menjejaskan cara pertuturan orang2 Malaysia yang dilihat semakin rojak terutamanya yang bukan Melayu.
    Yang berkuasa mesti melakukan sesuatu agar sastera, budaya, dan bahasa Melayu terus berada di atas segala-galanya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge