kutipan tol tertinggi cny 2007

banyaknya kutipan tol masa cny lepas kan. yang kita ni dok la terpaksa memandu sambil bersesak2 di highway. sekali dihiburkan dengan berita sensai kutipan tol tertinggi. aiiyyooooo

sumber – utusan malaysia

Pengendali tol kutip RM105 juta ketika sambutan Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sebanyak RM105.56 juta bayaran tol dikutip oleh 19 pengendali lebuh raya sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, dalam tempoh 12 hari sambutan itu sebanyak 29.04 juta kenderaan menggunakan lebuh raya bertol terbabit.

‘‘Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mencatatkan kutipan tertinggi sebanyak RM70.71 juta daripada 11.74 juta kenderaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kutipan kedua tertinggi ialah Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) sebanyak RM5.28 juta melibatkan 1.02 juta kenderaan.

“Ini diikuti Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (MTD) dengan kutipan RM5.21 juta daripada 1.18 juta kenderaan,” katanya.

Menurut Samy Vellu, 16 lebuh raya lain mencatatkan kutipan tol di bawah RM4.21 juta.

Beliau berkata, berikutan peningkatan jumlah kenderaan sepanjang musim perayaan, pengendali lebuh raya telah diminta mengambil langkah-langkah memastikan kelancaran lalu lintas.

“Antaranya dengan menambah lorong-lorong kutipan tol dan mewujudkan kawalan lalu lintas dengan bantuan pasukan peronda lebuh raya,” ujarnya.

Semalam, Samy Vellu memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejumlah RM23.66 bilion telah dikutip oleh 19 syarikat konsesi lebuh raya sejak konsep penswastaan lebuh raya bermula sehingga tahun lepas.

Katanya, jumlah kutipan tol itu turut merangkumi Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua).

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Samy Vellu memberitahu, PLUS yang dibina pada 1988 mencatatkan kutipan tol RM15.91 bilion sehingga Disember tahun lalu iaitu kutipan tol paling tinggi berbanding lebuh raya lain.

“PLUS yang diberi konsesi 50 tahun telah membelanjakan sebanyak RM5.94 bilion bagi membina lebuh raya tersebut dan mengeluarkan RM27.83 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.

Ini adalah kali pertama kerajaan mendedahkan maklumat lengkap jumlah kutipan tol yang dikutip 19 lebuh raya terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “kutipan tol tertinggi cny 2007

  1. Tapi, ada orang kata, banyak projek tertangguh pasal kurang dana….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge