Korang Akan Tahu Itu Bukan Rezeki Korang Bila…..

hehe kali neh aku ada tajuk posting yang agak berat la kan…

sorry sebab guna word korang instead of engkau/awak/you

takde maknanyer aku nak berjiwang2 plak ok. haha

wokay back to the topic.

aku sebenarnya dah lama la nak blog pasal benda neh

korang tahu apa itu rezeki ?

korang percaya tak pada rezeki pemberian Ilahi ?

haha jawab la. pehal jaw’s dropping plak wei ! haha

kadang ada orang tanya aku amenda sebenarnya rezeki neh ?

aku jawab senang adjer.

apa2 yang tuhan bagi kat korang sebenarnya adalah rezeki

banyak benda yang tuhan dah bagi kat korang kan…

kesihatan adalah rezeki yang tidak ternilai.

mcm anugerah terindahlah kan

duit korang nak belanja rezeki jugak

korang pernah terfikir tak bila tetiba lepas korang kerja2 penat2

pastu korang dapat gaji or upah

then korang pun buatlah budget nak beli itu nak beli ini

then suddenly budget korang lari

kereta rosak lah. tayar nak kena tukar lah

anak korang sakitlah. rumah nak kena perbaiki lah

tandas tersumbat lah. laptop tetiba takleh on

handset korang masuk air. jatuh jambanlah. haha

– – – – –

korang akan tahu yang itu bukan rezeki korang bila….

korang nyer tayar tetiba pancit. nak kena tampal

walaupun kosnya mungkin rm100 adjer

tapi itu tetap bukan rezeki korang

itu adalah rezeki kepada mekanik korang

rezeki pada tukang tampal tayar kan…

– – – – –

korang akan tahu yang itu bukan rezeki korang bila….

korang ada duit

pastu tetiba korang demam

kos perubatan dalam rm50

still bukan rezeki korang

itu adalah rezeki yang tuhan kurniakan pada doktor yang merawat korang

– – – – –

korang akan tahu yang itu bukan rezeki korang bila….

korang baru je lepas keluarkan duit kat atm

pastu korang pergi solat jumaat

korang tersengguk masa khutbah

tetiba korang terjaga masa ada seseorang datang kat korang

bawak bekas derma

korang masukkan duit rm2

korang ikhlas

itu maknanya rm2 tadi bukan rezeki korang

tapi rezeki kepada sapa2 yang bakal membelanjakan duit korang

kalau diberi makan oleh ajk masjid kepada fakir miskin

itu maknyanyer rezeki bernilai rm2 tadi telah beralih kepada fakir miskin tadi

– – – – –

amacam logik tak posting aku ?

tak

semua perkara di atas hanyalah kebetulah sahaja ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 responses to “Korang Akan Tahu Itu Bukan Rezeki Korang Bila…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.