KL Banjir Kilat Lagi Tadi ! Sudah2 La Tuh Pasal Politik Dowh !

neh yang aku bengang neh

tadi memanglah hujan lebat giler kan

kl pun banjir kilat

bila aku check semua mainstream media

sikit je pasal banjir neh

balik2 pasal pergolakan politik najis !

busuk lagi hampas !

tengah rakyat merana sebab ekonomi meleset

dah la tengah ekonomi merudum

eh silap malaysia masih ok kan.

tup tap ada banjir plak kat KL

mana perginyer smart tunnel neh ?

hilang di makan monyet ke haper ?

kita tengok apa ahli politik nak cakap esok !

– – – – –

more pics at here ok

source berita harian

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam, Leftenan Muda Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira jam 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

“Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat,” katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

RIBUAN WARGA KOTA TERPERANGKAP EKORAN BANJIRKUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Beribu-ribu warga kota terperangkap samaada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebatsejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satuhingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dankakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutanbekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan ituditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johariberkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yangterletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapatpanggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluarberikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungiBernama di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masukke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

— LAGI

BANDARAYA-BANJIR 2 KUALA LUMPUR

“Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemuayang terperangkap keluar dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusankenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan PenyelamatSentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipohdan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami airsehingga ke paras bumbung.

Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga jam 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.

Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang berikutan terputus bekalan elektrik.

RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira jam 7 malam. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

45 responses to “KL Banjir Kilat Lagi Tadi ! Sudah2 La Tuh Pasal Politik Dowh !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.