KL Banjir Kilat Lagi Tadi ! Sudah2 La Tuh Pasal Politik Dowh !

neh yang aku bengang neh

tadi memanglah hujan lebat giler kan

kl pun banjir kilat

bila aku check semua mainstream media

sikit je pasal banjir neh

balik2 pasal pergolakan politik najis !

busuk lagi hampas !

tengah rakyat merana sebab ekonomi meleset

dah la tengah ekonomi merudum

eh silap malaysia masih ok kan.

tup tap ada banjir plak kat KL

mana perginyer smart tunnel neh ?

hilang di makan monyet ke haper ?

kita tengok apa ahli politik nak cakap esok !

– – – – –

more pics at here ok

source berita harian

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam, Leftenan Muda Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira jam 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

“Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat,” katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

RIBUAN WARGA KOTA TERPERANGKAP EKORAN BANJIRKUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Beribu-ribu warga kota terperangkap samaada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebatsejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satuhingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dankakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutanbekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan ituditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johariberkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yangterletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapatpanggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluarberikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungiBernama di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masukke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

— LAGI

BANDARAYA-BANJIR 2 KUALA LUMPUR

“Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemuayang terperangkap keluar dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusankenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan PenyelamatSentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipohdan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami airsehingga ke paras bumbung.

Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga jam 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.

Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang berikutan terputus bekalan elektrik.

RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira jam 7 malam. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

45 responses to “KL Banjir Kilat Lagi Tadi ! Sudah2 La Tuh Pasal Politik Dowh !

  1. yooohhh… dahsyat giler.. aku tadi kat PJ gelap semacam ujan lebat sekali ribut sekali sekejap jer daa… ada banjir gak ker???

    Reply

    KNizam Reply:

    onggon: hehe tuh la. seb baik aku x kerja hehe πŸ™‚

    Reply

  2. cis…patut la jem giler nak mampos tadi…ruper nyer banjir…aku kuar dari umah aku kat taman desa nk pegi kije..selalu 10 minit jer…ni dh smp 45 minit…naik moto pon still lambat lagi tuh…stengah lambat smp opis..tp aku rilex lg pasal bos aku kt houston sana nun ! haha

    Reply

    KNizam Reply:

    life4hire : neh yang aku bengang neh kan. smart tunnel dah tak smart lagi kah ? hehe πŸ™‚

    Reply

  3. kawasan rumah aku bergelap dekat 3 jam..uhh…..

    Reply

    KNizam Reply:

    26 : hehe kesian ko. so pakai lilin lah tuh. candle light tea break. hehe πŸ˜‰

    Reply

  4. menakutkan aku tgk awan ptg semlm dari rumah aku di puchong.. gelap pekat.. nasib baik hujan tak sampai puchong..

    kalau tsunami atau gempa bumi di malaysia pun, berita politik jugak yg duduk kat atas.. org gila kuasa dan wang dah tertutup akal mereka.. lepas mati baru nak insaf kot..

    Reply

    KNizam Reply:

    strozze : berita tsunami akan dok kat atas kalu tsunami tuh semua betul kat rumah ahli2 politik. baru padan muka. haha πŸ™‚

    Reply

  5. moxs no komen..
    moxs dah 3 tahun x bukak tv (mainstreem or teresterial)

    moxs bukak knizam.com jer… bnyk info2 kat sinih!

    kuikuikui

    Reply

    moxs Reply:

    zam…..
    kalu kereta2 dah tenggelamn sampai bumbung camtuh…
    how aaa?

    kira rosak teruk x? for sure seat kena tukar semua…
    enjen kena full obohol….

    bleh claim warranty ke?

    /ps nampak benar naive nye aku nih… sowie.. malu bertanya sesat dlm utans kan!

    Reply

    KNizam Reply:

    moxs : mana ada warranty kalo camtuh. insurance pun x cover la. hehe insurance coverage for banjir kat malaysia neh mahal. around 80% of your existing cover ok. hehe πŸ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    moxs : perghhhh dalam kereta x dengar radio ke eh ? hehe πŸ™‚

    Reply

  6. tu la…sekarang sibuk pasal politik sana sini berebut kuasa…patut fokus dekat ekonomi…

    dah bosan dengan politik wang and power ni

    Reply

    KNizam Reply:

    aidil : hehe benci kan. sumbat je diaorang tuh kat dalam sg klang masa banjir hari tuh. habis cerita. hehe πŸ™‚

    Reply

  7. menyammfahhh kannns..

    Reply

    KNizam Reply:

    en_me : mmg menyampah tahap sampah dah ni en_me. hehe πŸ™‚

    Reply

  8. xpe, sesekali banjir best jugak..
    hahahaaa…
    tapi cian kat org yg keta2 tenggelam tu…
    jem trok lagi….kan?

    Reply

    KNizam Reply:

    artzleen : hehe sekali-sekala tuh yang terus ranap semua harta tuh. hehe πŸ™‚

    Reply

  9. nanti aku dapat kerja kat jln tar tu, aku nak simpan sampan satu kat tepi sungai

    Reply

    moxs Reply:

    in case of emergency, moxs cadangkan u beli tilam angin tu… kalu nak meriah2 beli la yg king size.. bleh bedpool.. erk ,,, kongsi2 naik dgn opismet….
    kalu kdekut n pentingkan diri sendirik.. beli la yg single size..(murah sket)….

    so bila ujan jer.. pakat2 la tiop (or beli je pam siap2… rm19 jerr)
    klu simpan sampan kat sungai kang kena tunda lak dek DBKL .. wakakakakakaka

    /ps TIPS!

    Reply

    mia Reply:

    hehe…bleh camtu ek….bagus3…hehe..harap2 efektif la cadangan awak tu ek

    Reply

    KNizam Reply:

    mia : hehe tuh la kan. benci la ngan diaorang tuh. tahu rebut kuasa je πŸ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    moxs : hehe tilam angin karang terlanggar kayu-kayan terus bocor. hehe πŸ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    joe : haha make sure sampan ko tuh ko park kat depan maju junction. senang terus cabut je ke ph. hehe πŸ˜‰

    Reply

  10. Banjir…banjir…. mintak2 jb tak macam tu. Semalam jb hujan lebat juga, angin bertiup gdn kencang sehingga ada bumbung rumah tercabut… ish..ish… but nasib baik sistem pemparitan kat sini dah di baiki kalau tak… jadi macam 2006 yang lalu.

    Reply

    KNizam Reply:

    noni : jb pun banjir kan kat area wisma persekutuan dengan kebun bunga tuh kan. heheh πŸ™‚

    Reply

  11. yela…betul3…arini nak ujan lagi nih…ya allah lindungilah kami daripada malapetaka yg dahsyat….ameenn

    Reply

    KNizam Reply:

    mia : ameennnnnn. hehe πŸ™‚

    Reply

  12. Wah banjir lagi…kesian orang nak balik rumah tu kan..

    Reply

    KNizam Reply:

    shaffik : tuh la kan. kita rakyat nak pegi kerja balik kerja adjer. x moh de nak rebut2 kuasa tuh πŸ™‚

    Reply

  13. nape ip aku kene ban kat shoutbox?

    Your IP address 203.82.79.2 has been banned from this shoutbox.

    Please try again later.

    itu kan ip address celcom berokband… adusss~

    Reply

    |1f34|-|1r3 Reply:

    tuh IP celcom BB…kalau tak silap aku..celcom BB guan proxy…so semua user share IP sama…

    Reply

    KNizam Reply:

    life4hire : aisey susah la nak ban nanti kan. hampeh la. hehe πŸ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    kreuger : hah! ye ke. owkay aku dah delete dah. hehe πŸ™‚

    Reply

  14. WAAAAAAAA…keta aku pun tenggelam gak..sib baik pagi smlm leh idup lagii……….terus aku bawak bengkel….

    Reply

    KNizam Reply:

    anuar : salam takziah. kesian ko kan

    Reply

  15. aku naik lrt..punya lama tunggu pintu tutup..nasib baik aku naik gak lrt tu hari tu…sbb tu last train lepas tu diaorg hentikan perkhidmatan…huhu…

    Reply

    KNizam Reply:

    amoi : wahhhh kalau aku surelah aku akan buat live blogging kalau tersekat from lrt nun πŸ™‚

    Reply

    amoi Reply:

    hehe…hp aku cap ayam jek..takleh wat live blogging…

    Reply

    KNizam Reply:

    amoi : eh cap ayam pun ada yg boleh buat live posting tau. hehe πŸ™‚

    Reply

  16. tempat aku ok
    masa banjir … nkve … clear … tak jem langsung

    Reply

    KNizam Reply:

    azwan : la ko dok kat mana eh ?

    Reply

  17. Namatimangan08

    Aku tak tahu mereka tau atau tk kaeadah yang betul nak gunakan terowong tuh. Terowong tu bukan ajaib. Ia mesti digunakan dengan kaedah yang betul. Jika tidak, jangan harap banjir dapat diselia dengan baik.

    Pertama, ada pendapat menyatakan sebanyak 700,000m3 air telah dilencungkan oleh terowong. Jika benar ini berlaku, mereka TELAH melakukan kesilapan asas. Terowong tu direkabentuk untuk MENYIMPAN air banjir dengan kapasiti maksimum 2,750,000 m3 TIDAK termasuk ruang trafik. Air banjir akan dilepaskan secara perlahan-lahan apabila hujan mula reda.

    Kedua, isipadu aur yang diselia oleh terowong tersebut iaitu 700,000m3, pada pandangan aku terlalu kecil pada waktu berlakunya banjir. Ini membuka dua kemunkinan iaitu (a) Sungai Kelang memang menglami aliran yang rendah iaitu di bawah 70m3/s (b) mereka tidak tahu bagaimana terowong tersebut boleh digunakan untuk melindungi kawasan-kawasan hilir selain dari kawasan utama yang dilindungi iaitu di sekitar Ampang dari banjir. Kaedah melindungi kawasan-kawasan di hilir Ampang adalah TIDAK semudah melindungi kawasan Ampang. Mereka perlu daya kreativiti dan fikiran yang CANGGIH……

    a atau b? Aku tak tahu. Tetapi aku boleh tahu kalau aku mahu.

    Reply

    KNizam Reply:

    namatimangan08 : thanks for the informative comments. memang detail tuh. hehe πŸ™‚

    Reply

  18. emm… bukanya apa , terowong ke kolom besar ke….kalau peringatan dari Tuhan supaya manusia jangan menbuat kemusnahan di muka bumi nie tidak di turuti maka jadi…jadilah ia. Sampah di buang ke longkang /sungai, pembangunan yang tak terancang adalah antara faktor2 utama banjir kilat. Oleh itu bersama-samalah kita menjaga alam ciptaan Tuhan ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge