Kereta Elektrik Proton Dijual Tahun Depan Atasi Kenaikan Petrol – From Utusan Malaysia
wahhhh dah ada kereta elektrik la nanti. hehe
kadang2 aku terfikir apsal tak bwak adjer toyota prius ke malaysia kan. hehe
berapalah harga prius kalau masuk malaysia tanpa excise tax kan
apa kata semua menteri pakai dulu kereta neh dan jadikan sebagai kereta rasmi kerajaan dulu ?
kalau semua ok barulah rakyat nak beli kan. hehe
Kereta elektrik Proton dijual tahun depan atasi kenaikan petrol
![]() |
|
Abdullah Ahmad Badawi gembira selepas memandu uji kereta elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.
|
PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.
Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.
Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.
Kereta itu sama saiz dan cirinya dengan model kereta biasa, tetapi enjinnya dipacu kuasa yang dibekalkan daripada sejenis bateri berteknologi tinggi.
Perdana Menteri memandu uji kereta itu di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan di sini petang ini.
Menurut Abdullah, Proton telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta membangunkan teknologi Eropah itu dan seterusnya mengkomersialkannya di Malaysia dalam tempoh setahun ini.
Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikannya hari ini juga telah diberi taklimat mengenai teknologi baru automotif itu.
“Kami mahu ia disegerakan. Kosnya hanya 3.5 sen Euro (17.9 sen) sekilometer… ia amat menjimatkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Beliau memberitahu, kerajaan telah membenarkan Proton dengan kerjasama sebuah syarikat untuk membuat pengesahan keupayaan teknologi itu dari aspek teknikal.
“Jika semuanya memuaskan, dijangka tidak sampai setahun (kereta elektrik itu boleh dikomersialkan).
“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.
Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, masa depan kereta elektrik yang mesra alam kini hebat dibincangkan terutama selepas kenaikan harga minyak di pasaran global.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memandu uji kereta Lotus tersebut berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi turut menimbang langkah-langkah baru bagi mengurangkan beban rakyat, antaranya dengan memperkenalkan kereta elektrik.
“Kita perlu berfikir di luar kotak. Tentang kereta elektrik ini, kalau kita ambil kira kos dalam tempoh lima tahun, ia jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol,” katanya.
Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.”
Tiga hari lalu, Perdana Menteri melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak.

izzat
18sen tu ikut rariff elektrik terkini ke? bukan ke tariff elektrik bakal naik? habis tu nnt kalo habis bateri, mana mau charge? stesen minyak (eh, elektrik?) kena sediakan banyak charger point untuk kereta2 ni di charge.. berapa lama? 6 JAM!
kesimpulannya…murah mmg murah..
tp…
x praktikal..
kecuali hybrid system, petrol n elektrik, itu bagus. Lols.. ntah apa2.. simple minded betul dorang ni.. ingat dengan pasarkan kereta tu satu thn lagi dapat redakan hati rakyat? NO!
kereta skrang? pecite? kos pasang sistem? nk kena beli keta baru? wow?!
izzat’s last blog post..Debat Agenda Daily : “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”
Reply
axim
berapa harga kereta nih?
axim’s last blog post..Once Upon A Time in China
Reply
aman
huhu..pasnie TNB kayo.. :D
aman’s last blog post..Pemain Video Malaysiakini Berubah Lagi
Reply
azwanhadzree
berapa pulak harga dia? kalau macam saga sekrang, memang berbaloi la
azwanhadzree’s last blog post..WordPress’s Theme Directory
Reply
kawaii_desu
malaysia dah penang buat keta letrik sendiri dari 1997 lagi… tapi tak viable and feasible that time…
i dare not take the risk… kalau time kilat guruh mmmg tak berani la nak pakai keta tu…
hybrid cars are good b ut not all can afford…
alternative energyla…
malaysia ni tak suka focus…
sekejap itu sekejap ini…
kawaii_desu’s last blog post..Happy 83rd Birthday!!!!
Reply
kawaii_desu
penang= pernah (typo)
kawaii_desu’s last blog post..Happy 83rd Birthday!!!!
Reply
|1f34|-|1r3
bongong…amik jer keta h2o dr jepun tuh…ko ingat xdulu pak lah pernah lancarkan keta h2o dulu tuh ? tuh pon senyap pasal pak lah kena chong dulu ngan keta tuh…bodoooooooo !!!!!!!1
|1f34|-|1r3′s last blog post..Death threat from Saiful Bukhari Azlan !!
Reply
KNizam
izzat : actually hybrid cars maha sebab tax. so kenalah kurangkan tax kan. hehe
Reply
KNizam
axim : sure mahal gilos neh nanti
Reply
KNizam
aman : haha tnb memang dah kayo. bertambah la kayo
Reply
KNizam
azwan : hehe aku rasa akan ala2 waja lah harga dia. mungkin lebih mahal. hehe
Reply
KNizam
kawaii : tu la pasal. policy cepat sangat berubahnya. kejap itu kejap ini. hampeh
Reply
KNizam
kawaii : tu la taip cepat sangat. hehe
Reply
KNizam
life4hire : tu la pasal. aku rasa pakai je lah toyota prius or honda hybrid kan. turunkanlah tax tuh sket, haha
Reply
kita
ermmmmm mesti lebih mahalkan
kita’s last blog post..Dunia Sudah Maju Zaman Sudah Berubah-Iklan Berita Harian
Reply
ImamKhalid
Politik belaka!
ImamKhalid’s last blog post..3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah
Reply
izzat
x praktikal adalah kesimpulan ak..huhu
izzat’s last blog post..How to Auto Publish Your Blogger (Blogspot.com) Posts
Reply
KNizam
kita : hehe aku pun rasa akan lebih mahal. hehe
Reply
KNizam
imam : tu la kan. politik mcm dah makin keji la lately neh
Reply
KNizam
izzat : hehe tengok lah nanti bila dah masuk market. hehe
Reply