Kenangan Ramadhan/Syawal 1429 – Balik Kampung I

balik kampungggg…. hohoho… balik kampunggg

perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama

ingin berjumpa sanak saudara, yg selalu bermain di mata

nun menghijau sawah ladang nan luas

langit yang tinggi bertambah birunya

derup angin turut sama berlagu

semuanya bagaikan turut gembira

hohoho balik kampungggg… hohoho balik kampunggg

best kan lagu allahyarham sudirman “balik kampung” tuh

aku rasa time2 nak raya neh paling best ialah masa nak balik kampung

semua orang ada kenangan sendiri masa balik kampung kan

ada yang balik kampung dengan kereta, bas, motor, kapal terbang dan banyak lagi la

semua ada kenangan tersendiri

mulai daripada episod neh aku nak coretkan sedikit sebanyak pengalaman aku balik kampung

hehehe ni more untuk aku je lah. haha korang jangan gelak dowh !

1984-1989 – srk gombak 2

sepanjang aku sekolah rendah aku memang selalu balik kampung kat jasin je

ye lah kan… hehe kampung mak aku ngan ayah aku dekat2 je

kampung mak aku kat terentang, jasin dan kampung ayah aku kat chenderah, jasin

so biasanyer akan balik kampung mak aku lah

aku ngan family akan dok kat rumah moyang aku (dah meninggal.. al fatihah)

biasanyer yang dok kat situ keluarga aku, keluarga tuk alang ngan pak lang (dah meninggal… al fatihah)

kami 3 sekeluarga dok ngan moyang aku

kitaorang panggil rumah ni “baruh”

kat kampung aku ada 3 rumah. rumah moyang aku

rumah nenek aku (dipanggil “darat”) dan rumah nek ngah (dipanggil “hilir”)

memang seronok sampai ada 3 rumah kan. hehe memang havoc lah. hehe

ayah aku pakai kerete toyota corolla nh 2332. dua pintu beb ! warna hitam

masa tuh memang kitaorang naik kereta neh la nak balik kampung

dulu2 mana ada plus highway kan. so kenalah lalu ikut jalan lama nak balik jasin

dari kl ke jasin amik masa setengah hari jugak la

kadang2 aku pening gak dok lama2 dalam kereta tuh

haha mana ada aircond. kena pakai kipas or angin sepoi2 luar tingkap

persiapan nak balik kampung memang hebat.

aku tengok mak aku siap bawak berjenis2 kueh raya. semua baju melayu kena disiapkan dengan cepat oleh mak aku

ayah plak akan ready dengan kereta. segala bagai kena servis kan

semua makanan/minuman ready dalam kereta kot2 kena berbuka puasa dalam kereta kan

kitaoranga dik beradik memang seronok lah

siap nyanyi2 lagu raya lagi

perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama

memang betul bak kata allahyarham sudirman

kalau kta balik kampung, perjalanan yang berbatu2 tuh dah tak terasa jauh dah

semua sebab nak bersama family masa raya nanti kan

hehe memang best la dapat beraya dengan keluarga.

beraya di kampung lagilah double bonus kan. hehe

sebelum balik mak/ayah aku akan pastikan semua langsir ngan alas meja rumah kat kl ditukar baru. ye lah nanti nak cuti panjang. koman2 amik masa seminggu dua kan

so kenalah buat2 apa yg patut

baca selawat dan terus balik ke jasin. siap pesan ngan jiran2 yang tak balik supaya tolong tengok2an rumah kan. sungguh rukun damai je kehidupan dahulu kala kan. hehe

kadang2 tuh masa tengah2 jalan ada plak nak buang air kecil

dulu2 mana ada rnr nak stop kan. haha

so apa lagi. kalau tak jumpa masjid or tandas awam

kenalah melawat tandas nature kat tepi2 jalan je kan. hehe

masa aku darjah 4 atau 5 ayah aku tukar kereta proton saga

ada aircond beb ! hehe selesalah jugak kan nak balik kampung

barang2 kalau balik kampung memang sentiasa banyak la kan. hehe

kadang2 aku pun tak tahu apa la yang banyak sangat barang2 bawak nak balik kampung ni. hehe

panjang giler ah aku taip kali neh

nanti aku sambung lagi dalam edisi Balik Kampung II plak ok

untuk edisi kenangan camni takde gambar la. tralalalallaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 responses to “Kenangan Ramadhan/Syawal 1429 – Balik Kampung I

  1. Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Kenangan Ramadhan/Syawal 1429 - Balik Kampung II

  2. Pingback: Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Balik Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.