Kenangan Anda, Saya & LEGO – LEGO Kini Telah Berusia 80 Tahun!

Suatu ketika dahulu LEGO adalah permainan kesukaan saya

Bagaimana dengan anda? Pernah bermain dengan LEGO?

Tahukah anda yang LEGO telah berusia 80 tahun pada tahun ini?

Ya benar! LEGO telah mengharungi usia emas kali ini.

Sempena dengan usia emas 80 tahun LEGO, syarikat LEGO telah menerbitkan filem pendek di atas. Terima kasih LEGO. Anda telah berjaya mewarnai kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Kami lebih berimaginasi selepas bermain dengan LEGO (cewaaahhh!).

Jangan tak tahu akan ada Taman Tema berinspirasikan LEGO yang bakal dibuka di Johor pada September 2012 ini. Dengar ceritanya tiket pun telah hampir habis terjual. Kempunanlah saya untuk melawat taman tema tersebut bulan hadapan. Bukan kerna tiket habis, tetapi kerna saya tidak akan berada di Malaysia pada bulan hadapan. Jika anda melawat taman tema LEGO di Johor, sila instagramkan gambar-gambar anda untuk tatapan saya dan isteri 🙂

Suatu nostalgia yang tidak perlu diperkenalkan lagi, suatu sejarah tersendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge