Kadang-Kadang Bila Keadaan Sudah Terdesak, Dan Kita Tiada Pilihan Lain, Kita Akan Berserah Kepada Yang Maha Esa Seadanya

*ini adalah catatan perjalanan sepenuhnya di dalam bahasa melayu,

tanpa dirojakkan dengan bahasa penjajah, yang kononya dikatakan sebagai bahasa seantero alam.

– – – – –

selepas melewati kota rohtas yang tersergam indah, hasil binaan sultan sher shah suri,

aku memberitahu pemanduku, seorang warga pakistan untuk segera beredar kerna kami sudah kesuntukan masa.

solat jumaat akan dilangsungkan pada pukul dua petang. ya di sini jika mahu solat di mana-mana masjid,

anda perlu tahu waktu sebenar masuknya waktu solat.

lain masjid lain waktu solatnya. jangan tanya aku kenapa kerana itu sudah lumrah di sini. terimalah seadanya.

kami menaiki kenderaan melewati kubu rohtas yang berdebu menuju ke jalan utama

perjalanan yang hanya 10km dirasaka begitu lama. manakan tidak, kerana hanya kereta kami sahaja yang ada di jalan ketika itu

di mana semua kereta menghilang?” getusku di dalam hati.

tak berani rasanya nak bertanya kepada pemanduku yang dilihat sedang memandu dengan berhati mengelak batu-batu di atas jalan.

dalam kepalaku sudah terbayang akan banyak perkara-perkara tidak diingini.

apa akan terjadi sekiranya kereta kami dihalang oleh konco-konco kampung di sini?

di mana kami akan bersembunyi dan meminta pertolongan, sedangkan signal telefon bimbitku umpama mati segan hidup tak mahu.

aku rasa kesal kerana singgah secara tidak dirancang ke kubu rohtas.

di sini apa-apa sahaja boleh berlaku. bukan semua manusia dilahirkan untuk berjuang untuk bangsa

ada juga yang dilahirkan untuk menguji kesabaran manusia yang lain

alhamdulillah setelah 10km perjalanan, kereta kami berjaya keluar daripada jalan yang kecil menuju ke jalan utama

– – – – –

aku mengarahkan pemanduku untuk bertanya kepada orang awam sekiranya terdapat masjid sunni yang mengadakan solat jumaat di bandar dina

pemanduku melilau mencari warga tempatan yang boleh ditanya

masjid yang terdekat rupanya adalah dalam 2km perjalanan

bagus! aku akan solat jumaat di bandar dina.

ketika sampai ke masjid berkenaan, aku bingkas masuk dan bersedia untuk mengambil wuduk

di mana pula paip air di masjid ini?” ujarku

sir, the ablution area is at the other masjid, no pipe here sir” ujar seorang warga tempatan yang beserban kuning kepada aku

baru aku perasan rupanya bangunan yang ku sangkakan masjid tadi adalah sebenarnya makam seseorang yang alim

termalu aku seketika. itu lah kan. malu bertanya sesat jalan, dalam kes ini, malu bertanya tak jumpa paip air wuduk

selesai mengambil wuduk aku bingkas bangun menuju ke masjid yang dikatakan.

tempat wuduknya adalah 2 minit perjalanan di luar masjid

hatiku agak resah melihatkan kelibat 2 orang anggota polis di luar masjid

mereka lengkap dengan senjata berkawal di luar masjid

ada apa pula hari ini?” hati kecilku berbisik

aku lontarkan perasaan syak wasangka jauh-jauh dan cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif

aku masuk ke ruang solat utama. kelihatan khatib sedang memberikan bayan atau tazkirah di dalam bahasa urdu

pemanduku bersila di tepi kananku. tanpa menunaikan solat sunat, aku terus juga bersila.

rasa canggung seketika memasuk masjid tanpa menunaikan solat sunat

kelihatan semua ummat manusia di dalam ruang solat utama khusyuk mendengar bayan pada ketika itu

bagiku, satu patah pun aku tidak faham. daripada melangut lebih baik aku kemaskini mukabuku aku

kalau ada apa-apa berlaku, setidak-tidaknya rakan-rakan mukabuku ku tahu aku berada di mana

sedang aku asyik melayari laman web mukabuku secara curi-curi menggunakan telefon bimbit nokia e71 ku, aku terperasan keadaan sekeliling

diperhatikan masjid ini adalah tiga tingkat. belum siap sepenuhnya. masih di dalam pembinaan

kelihatan agak usang, dengan kain rentang di letakkan sebagai dinding di sekeliling masjid

karpet yang disediakan juga agak lusuh, terdapat tikar yang seakan-akan tikar mengkuang di tengah-tengah ruang

bumbung masjid juga ada yang rongak.

selipar dan sepatu diletakkan berserakan di sekeliling ruang solat utama

belum siap sepenuhnya agaknya masjid di sini” getus hati ku lagi

mataku melirik pula kepada khatib yang sedang memberikan bayan dengan penuh bersemangat

laksana panglima perang yang memberikan ucapan berapi-rapi kepada barisan hadapan tentera di dalam siri trilogi lord of the rings, return of the king

aku perhatikan perwatakan khatib adalah sama dengan osama bin laden, manusia yang sungguh dibenci oleh amerika syarikat dan sekutunya

mukanya sama. matanya bercelak hitam pekat. serban pun sama. malah cara pemakaian serban pun sama

tak mungkin suku sakat osama berada di depan mata ku.

kemudian aku mengalihkan pandangan ke sekeliling jemaah yang hadir. hatiku sedikit takut

tiba-tiba aku teringat akan peristiwa pengeboman oleh pengebom berani mati di masjid di islamabad, sehari sebelum aku pulang ke malaysia disember lepas

pengeboman yang menyebabkan masjid runtuh dan mengorbankan banyak nyawa

aku rasa tidak tenteram. terasa seperti menyesal kerana melabuhkan punggunggku di sini

macam-macam perkara bermain di benakku.

apa akan berlaku sekiranya terdapat pengebom berani mati di sini?” aku berbisik.

adakah aku akan selamat?

adakah masjid ini akan ranap sepenuhnya?

dengan struktur masjid yang tidak kukuh aku rasakan bom yang kecil pun mampu memusnahkan tiang-tiang seri dalam masjid ini

aku mulai risau. aku terbayang-bayang akan orang-orang yang aku sayangi

namun adakah aku ada pilihan?

haruskan aku angkat kaki meninggalkan masjid sebelum azan dan menunaikan solat zuhur sahaja?

keputusan segera perlu dibuat ketika itu.

kalau anda berada di dalam sepatuku (atau di dalam crocs kelabu hitam ku) pasti anda juga akan terasa bimbang

namun aku kuatkan hati. aku kuatkan semangat

apa nak jadi, jadilah. aku akan duduk bersila di sini dan menunggu sehingga solat jumaat selesai

perasaanku selama dua jam berada di dalam masjid semasa bayan, azan, khutbah dan solat, hanya tuhan sahaja yang tahu

tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaanku. rasa takut, resah, bimbang, khuatir, menyesal, tawakkal dan sebagainya

selesai sahaja imam memberi salam, aku turut berdoa bersama-sama imam

alhamdulillah tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku

selesai sahaja doa, aku segera angkat kaki

tak sanggup lagi aku untuk berada di masjid ini. kulihat kelibat polis bersenjata jugak sudah tiada

aku dan pemanduku bergegas ke kereta

pasti pemanduku hairan mengapa mukaku agak pucat. lebih pucat daripada biasa

baginya mungkin suatu yang lumrah bersolat jumaat di tanahairnya

bagi kita warga asing di sini, memang bukan suatu yang lumrah merasai pengalaman sebegitu, malah ianya menakutkan!

– – – – –

ketika penulis kembali ke rumah di islamabad, berita di tv menunjukkan terdapat serangan bom oleh pengebom berani mati di bandar karachi pada pukul 3 petang hari jumaat yang sama

ianya dikatakan twin blast atau letupan bekembar kerana satu letupan berlaku di jalanraya dan satu lagi di kawasan tempat letak kereta di hospital jinnah

dan sekarang baru anda tahu kenapa aku seharusnya berasa bimbang yang amat sangat semasa solat jumaat tadi kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 responses to “Kadang-Kadang Bila Keadaan Sudah Terdesak, Dan Kita Tiada Pilihan Lain, Kita Akan Berserah Kepada Yang Maha Esa Seadanya

  1. huh, aku baca pun penuh debaran lak. entri Knizam yang lain daripada sebelum ni. Panjang pulak tu… apa2 pun bro, moga selamat di perantauan.

    Reply

    KNizam Reply:

    izzat : hehe pengalaman real life ni mmg best dibukukan hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  2. Ya Allah…kau lindungilah bro ini…
    series aku pun terasa takut jer baca entri bro nie…
    aku hanya merasa…tapi bro yg berdepan dgn situasi tu xtau ler camner…
    cepat2 ler masa berlalu yer bro…

    Reply

    KNizam Reply:

    ejam : berat mata ko tengok scree, berat lagi jari aku update fb status masa bayan tuh. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  3. alhamdullillah bro selamat..
    memang aku dapat mersakan kerisauan bro…
    mula2 aku paham mukabuku tu ape, rupa-rupanya facebook r.hehehe

    Reply

    KNizam Reply:

    kentank : hehe fb status je la bukti aku ada kat mana dan bila kalau terjadi apa2 la kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  4. memang mendebarrkan entri kali ini..Alhamdulillah tiada apa yang berlaku sewaktu knizam berada di masjid itu..semoga sentiasa dilindungi Allah..

    Reply

    KNizam Reply:

    bbhussain : hehe syukur hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  5. membaca kisah orang yang berada di kawasan tersebut dan mengalaminya dah buat orang berdebar, apatah lagi yang berada di sana.

    semoga bro selamat hendaknya di sana.

    Reply

    KNizam Reply:

    beliamuda : hehe mula2 aku ingat nak amik video sekali x berani daaaaa hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  6. suspen suspen… ajal maut di tangan Allah bro!

    Reply

    KNizam Reply:

    papabear : ya betul tapi gerak hati juga penting wooooo hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  7. Ya Allah, semuga selamatkan lah hamba mu ini.. Berdebar bler membaca post ni

    Reply

    KNizam Reply:

    blue : hehe aminnnn ya ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. wah. cuak gak. gaya penulisan macam baca novel plak blog ni..

    Reply

    KNizam Reply:

    myadlan : hehe aku nak buat buku nanti. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  9. alhamdulillah………… itulah mahalnya pengalaman

    Reply

    KNizam Reply:

    k jie : tu la kan k jie. mmg cemas woooo, tuhan sahaja yg tahu. padahal sebelum tu tgh bersukaria bercuti di rohtas for yang indah. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  10. mencemaskan…apa2 pun ajal maut di tangan tuhan..

    Reply

    KNizam Reply:

    meria : hehe betul2 hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge