Juruaudit profesional ditempatkan di semua agensi awam ?

errr tak cukup auditor rupanya eh? heheheh 🙂

Juruaudit profesional ditempatkan di semua agensi awam

PUTRAJAYA 24 Okt. – Juruaudit profesional dari Jabatan Audit Negara (JAN) akan ditempatkan di semua agensi awam bagi mencegah penyelewengan dana, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata, langkah ini diharapkan dapat mengatasi sebarang kelemahan dalam sistem audit dalaman di agensi awam.

“Mulai sekarang anda boleh jangkakan semua jabatan audit dalaman akan dianggotai juruaudit profesional dari Jabatan Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir ialah isteri perdana menteri Datuk Seri Jeanne Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Jemaah Menteri.

Ambrin berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai beberapa pegawai awam dihadapkan ke mahkamah kerana penyalahgunaan dana seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, tindakan mahkamah itu menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam menangani masalah itu.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan tindakan itu, Ambrin berkata:

“Ia tiada kena-mengena sama ada saya berpuas hati atau tidak, apa yang penting ialah kerajaan mengambil tindakan yang wajar.”

Mengenai gesaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya semakan teliti dilakukan terhadap prosedur runding terus untuk tender kerajaan, Ambrin berkata, beliau menyokong cadangan itu yang diyakini dapat mencegah sebarang penyelewengan. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Juruaudit profesional ditempatkan di semua agensi awam ?

  1. patutnya dari dulu lagi…

    Reply

  2. kawaii : perlu ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge