jom baca libur ngan traverama nak?

siapa yang belum beli majalah ni. tolong beli. tidak. saya tidak bekerja untuk majalah ini. saya juga tiada share dalam kedua2 majalah. cuma sebagai rakyat dan warga malaysia, kita perlu beli. kita perlu mengenal malaysia. bukan sebab kita nak beli sebab kita banyak duit. kita beli sebab kita nak tau tempat2 menarik di malaysia. supaya kita senang mempromosikan negara terchenta. jadi siapa belum beli, silalah beli. kalau tak mampu, silalah baca kawan anda punya. pegi khutubkhanah pun ok juga. 🙂

tahu ke apa itu khutubkhanah? cari la dalam kamus dewan

susah2 sangat google je. senang kan 🙂

kedua2 majalah ini ada cerita tersendiri berkenaan diri saya. satu pasal libur dan satu lagi pasal traverama.

dalam libur kali ni ada eye on malaysia @ eom. saya nak tergelak bila menarap eom ni. mana taknya. kisah berlaku semasa flora hunt minggu lepas. seminggu sebelum floral parade di putrajaya. salah satu daripada mission yang pedang setiawan kena lakukan ialah pergi ke tasik titiwangsa. punya lah teruja. terbayang2 ketika itu bagaimana kami 3 orang akan dapat menaiki eom secara perchuma.

fuhhhhhh dengar macam bestkan?

sekali bila kami tiba di eom, kami ditugaskan untuk mengira gondola rupanya. melangutlah kami mengira kesemua gondola, vip gondola, oku gondola, siap dengan warna2 gondola. naik gondol kepala kami kepanasan pagi tu. oh ya! tiada gondola bertanda oren ya! 🙂

pasal traverama plak. saya begitu berbangga sebab negeri kelahiran saya dipaparkan di muka hadapan kali ini. ya kawan2. jomlah melawat melaka. melawat melaka bererti anda telah melawat malaysia.

semuanya ada di melaka. daripada tinggalan kesultanan melayu melaka, portugis, flora de lama, perigi hang tuah, hang li po, chendol, dodol, taman buaya, dataran pahlawan, air terjun asahan, kem lambaian danau (heheheh) sehinggalah ke medan ikan bakar yang masyur di serkam, umbai, pengkalan balak & duyong itu.

tidak terujakah anda?

takkanlah anda tidak teruja untuk cuti2 malaysia setelah menatap kedua2 muka depan majalah libur dan traverama ini. saya memang nak pegi jalan2 cuti2 malaysia. cuma masa sahaja yg tidak mengizinkan lagi. anda ada banyak masa ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge