Jangan Lupa Israk & Mikraj Esok Ya ! Sejarah Nabi Ni Tau…

jangan lupa pada israk dan mikraj esok ya

aku suka baca kisah2 macam ni.

memang best baca buku pasal ini

best gak dengar2 ceramah2 pasal israk dan mikraj ni

drpd wiki di bawah ya

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq’. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra’ berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.
  2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 responses to “Jangan Lupa Israk & Mikraj Esok Ya ! Sejarah Nabi Ni Tau…

  1. Ya Allah.. aku tak igt lansung.. serius.. ni la akibat bz sgt dgn urusan dunia.. aih.. nasib baik ko ada tulis kat sini dan kebetulan aku singgah kat sini malam ni.. terima kasih sbb mengingatkan..

    mrkay’s last blog post..Entry Rojak #7

    Reply

  2. dalam melayari kehidupan seharian mender mender camni tak seharusnya di lupakan kan…

    axim’s last blog post..When Its Over…

    Reply

  3. ahaha,ayat kau tak kena la bro..bukan dirayakan umat islam..di raikan umat islam…yer..ini kisah Nabi Muhammad s.a.w..perlu diingati dan diraikan..

    xmindfreakx’s last blog post..Contest!!Anouncement #1

    Reply

  4. terima kasih kerana mengingatkan…hehe..

    izzat’s last blog post..Malaysia vs Chelsea : 0-2

    Reply

  5. terima kasih krn mengingatkan aku yg alpa ini….semoga tuhan memberkati kamu…amin..

    chot’s last blog post..The Sleeping Giant.

    Reply

  6. salam isra’ mikraj~

    cikF~’s last blog post..KoNvO SaYa~

    Reply

  7. salam isra’ mikraj.. 😎

    aman’s last blog post..Symbian Bakal Bergabung Dengan Android?

    Reply

  8. me insaf dgn kelemahan dan kekurangan diri me yg inih.. salamm bro

    en_me’s last blog post..chelsea mudah ratah malaysia 2-0

    Reply

  9. mr kay : hehe tu la kita kena ingat mengingati sambil blogging. hehe 😥

    Reply

  10. axim : sama2lah kita ya 🙄

    Reply

  11. xmind : hehe tu from wiki tuh 🙄

    Reply

  12. izzat : hehe samalah kita 🙄

    Reply

  13. chot : tula pasal jarang nampak blog yang mengingatkan pasal ni kan. hehe 😥

    Reply

  14. cikf : hehe salam kembali 😥

    Reply

  15. aman : salam israk mikraj buat kamu juga 😥

    Reply

  16. en_me : hehe sama2lah kita en_me :up:

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge