Jam Giler Masa Balik Tahun Baru Cina 2008

korang kena tak jam masa cny baru2 neh ?

heheheheh aku adalah antara kenderaan yang terperangkap di dalam kesesakan yang menggila pada tahun baru cina baru2 ini. ingatkan nak bangun awal khamis pagi nak bertolak awal ke jasin melaka. sekali terbangun lambat. sudahnya dah tengah hari baru nak bergerak ke mrr2 sebelum memasuki plus highway sg besi – ayer keroh. hasilnya jam yang sungguh menggila tengah hari itu. perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam menjadi 4 jam. tension jugak la masa dalam kereta.

aku check takde plak accident. ada la satu kat bawah fly over kat toll plaza seremban. tapi tuh kat seremban. yang sesak giler (mcm dalam parking) dari sg besi tuh apa cerita eh ? benci betul lah aku cam ni. heheheheh setiap kali cuti panjang mesti sesak giler kan. semua orang balik kampung ke ? hahahahah soalan cepu emas… jeng jeng jeng.

masa dalam kereta aku perhatikan muka2 pemandu lain tension2 belaka. heheh

mana tak bengang kan… jem je memanjang

lepas neh sure la plus akan announce hasil kutipan toll masa cny.

sure lah lagi berapi korang lepas neh.

lagi satu aku perhatikan accident management memang lemah la. baik ngan plus atau mana2 highway operator kat malaysia neh. kalau dah accident tuh, cepat2 la clearkan kan. yelah dah tahu rakyat malaysia suka sangat tengok accident sambil drive ala2 manja bila lalu area accident tuh, baiklah clearkan accident tuh. aku kalau boleh nak bawak je cover gergasi. cover je accident tuh supaya driver lain takleh nengok. bila tak leh nengok barulah diaorang neh bawak laju sket. accidentnyer sket je, tapi kesesakannya melampau2 sampai ke 10km beb!

tapi jangan risau, plus takkan announce sebelum 8 may 2008 neh! hehehhe

masuk je sg besi terum jem all the way sampai seremban toll plaza. hampeh je!

tengah2 jam sempat lagi minum2 dan makan2 sambil snap sana-sini. heheheh

aku pelik. apsal ramai sangat nak ke rnr nilai tu eh? kan ke tengah jam giler…

nilah accident yang kat bawah flyover seremban toll plaza tuh. hampeh je kan. lembap la diaorang clearkan. aku tengok takde saper pun jaga traffic. surelah semua nak nengok  accident camni. tu yg slow giler  tuh kan. arghhhhhh geram la camni. bayar toll mahal, sekali jam nak mampos. hahahahahaha kalau masa nak bayar toll dapat discount ok lah jugak kan. hahahahaha

seb baik clear je lepas toll plaza seremban all the way ke ayer keroh! hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses to “Jam Giler Masa Balik Tahun Baru Cina 2008

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.