iklan hari raya 2007 petronas

takbir raya berkumandang…allahuakbar allahuakbar allahuakbar

isteri : jom makan2 jangan kena baju
suami (anak) : abah mana?
isteri : abah bang, abah kat bawah tuh. teringat arwah mak rasanya

allahuakbar allahuakbar….

anak : abah, kenapa ni? jom kita naik makan
abah : burung apa tu nak?
anak : burung murai
abah : burung aper?
anak : burung murai bah
abah : bughung haper?
anak : burung murai
abah : burug aper?
anak : abah. abah ni. tak dengar ke atau buat2 tak dengar. apa lagi yang abah nak saya cakap ni? burung murai. burung murai tuh bah.
abah : nah. kau baca apa yang mak kau tulis

ayah dan ibu….ayah dan ibu. itulah permulaan kami.

arwah emak : hari ini merupakan salah satu hari yang paling bahagia dalam hidupku. melihat suamiku yang jarang ada di rumah sedang melayani kerenah anak sulungku.

abah : tu dia, ni man punya tau. abah buatkan dulu. nanti kalau man dah pandai man buat sendiri
anak : abah!
abah : burung ni jatuh dari sarang ni man. dia tak boleh terbang lagi ni. hah! nah amik ni eh
anak : bah ni burung apa?
abah : burung murai nak
anak : burung apeh?
abah : burung murai

arwah emak : tiba2 anakku bertanya soalan yang sama berulang2 kali. demi kasih sayangnya, suamiku menjawab tanpa rasa jemu

anak : burung aper?
abah : burung murai nak
anak : burung apa?
abah : burung murai
anak : burung hapeh?
abah : burrrunngg murai nama dia
anak : burung apa?
abah : burung murai sayang.
anak : burung apa?
abah : hah! burung murai man. hah tu sarang dia man.

arwah emak : peristiwa ini amat bermakna buat diriku

ayah dan ibu…. ayah dan ibu mesti dihormati…

parts of the dialogue of the latest hari raya ad by petronas.

tak leh lawan yang last year nyer la. lagi syahdu 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “iklan hari raya 2007 petronas

  1. alahai, sedeynye~

    Reply

  2. aliph : mmg sedey. heheheehe

    Reply

  3. Pingback: iklan raya 2007 petronas - burung aper? « KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge