Hoki Piala Dunia Remaja 2009 – Malaysia vs England : 1-0 !

yeay ! malaysia menang 1st time against england

ramai giler yang datang sampai 3,500 orang tuh dowh !

aku pun x sempat nak pergi jb la mcm ni. haha 🙂

kali neh main kat stadium hoki baru kat taman daya, johor bahru

– – – – –

apa2 pun tahniah buat malaysia. 1-0 pun still menang kan

janji dapat full points dan masuk quarter-finale ok

bila lagi kan nak jadi world champion

dulu masa world cup 2002 dah gagal nak lift the trophy kan. hehe 🙂

– – – – –

source here

JOHOR BAHRU – Malaysia memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja dengan langkah kanan apabila menewaskan England 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Hoki Taman Daya di sini, semalam.

Skuad negara bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-31 untuk menjaringkan gol tunggal itu menerusi Faizal Saari yang berjaya menamatkan penantian kira-kira 3,500 penyokong termasuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Apa yang pasti, pemain berusia 18 tahun itu memainkan watak penting buat Malaysia apabila sentiasa mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi larian derasnya walaupun dia bertubuh kecil.

Malah, Faizal terus menampilkan kelicikkannya apabila hampir-hampir menambah bilangan gol skuad negara pada minit ke-49 apabila menggelecek dua pertahanan lawan, namun percubaannya sempat ditepis penjaga gol Ian Scanlon.

Pujian juga wajar diberikan kepada bentang pasukan yang diketuai oleh kapten pasukan, Khairil Anuar Md. Isa yang ampuh bertahan menyelamatkan beberapa serangan pantas skuad bimbingan Ralph David.

Keputusan 1-0 kekal pada separuh masa pertama walaupun pasukan pelawat lebih banyak menguasai permainan hingga meresahkan penyokong tuan rumah apabila mendapat dua pukulan sudut penalti berturut-turut di minit akhir babak itu.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, pasukan negara melancarkan beberapa serangan balas pantas bagi menambah gol dan peluang keemasan hadir pada minit ke-52, namun pukul sudut penalti yang diperoleh berjaya ditepis pemain pertahanan David Beckett walaupun penjaga gol England sudah pun tertewas.

Pada masa sama, barisan pelawat yang terdesak mencari gol penyamaan terus menguji berulang-kali keampuhan benteng pasukan negara manakala pintu gol Malaysia tetap kebal dikawal Abdul Hakim Adnan yang beraksi cemerlang.

Sementara itu, jurulatih negara, K. Rajan pada sidang akhbar berkata, kemenangan pertama Malaysia itu cukup memadai kerana perlawanan pembukaan sentiasa menghadirkan cabaran sukar bagi semua pasukan.

Jelasnya, tiga mata pertama itu amat penting agar keyakinan yang ditunjukkan oleh anak- anak buahnya dapat diteruskan pada perlawanan menentang Korea hari ini.

“Saya tidak berpuas hati berdasarkan permainan mereka namun saya gembira dengan keputusan yang dihasilkan dan ini adalah pertama kali sepanjang saya mengendalikan skuad ini, pemain berjaya mengelakkan pasukan lawan menjaringkan gol.

“Pemain pertahanan bermain cemerlang pada separuh masa pertama namun mereka masih perlu membaiki persembahan bagaimana untuk memperlahankan permainan dan tidak tergesa-gesa menghantar bola kepada pemain tengah dan penyerang,” katanya.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Korea menampilkan aksi garang apabila membelasah Amerika 7-0 selepas mendahului 4-0 pada babak pertama.

Terdahulu, pada saingan kumpulan A, Pakistan turut mencatat kemenangan pertama ke atas Rusia 7-2 manakala Belgium membenam cabaran Mesir 5-1.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “Hoki Piala Dunia Remaja 2009 – Malaysia vs England : 1-0 !

  1. Hari nie Malaysia akan berlawan dgn Korean harap2 berjaya . .

    Reply

    KNizam Reply:

    noni : benci la takde live coverage pun. hehe 🙂

    Reply

  2. teruskan rentak kemenangan….. MALAYSIA BOLEH….

    Reply

    KNizam Reply:

    hazman : tuh la pasal kan. hehe 🙂

    Reply

  3. aku tengok
    aku tengok
    kat surat khabar … tadi
    🙂

    Reply

  4. azwan : haha baik tak payah cakap weiiiii 🙂

    Reply

  5. memang me nak pergi, lagipun masuk percuma ghitewww.. stadium baru taman daya..

    Reply

    KNizam Reply:

    en_me : hehe nanti amik gambar ek 🙂

    Reply

  6. wei poyo gila

    Reply

  7. wei nakgaduh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge