Hehe Cayalah Tun ! – “Kurang Bijak Bawa Wakil Rakyat Berkualiti Rendah: Tun M”

hehe aku mmg suka la ngan tun dr m neh

memang sentiasa mesra komen dan mesra media

mcm biasa komen2 tun akan sinis dan cukup tajam. hehe

yg paling best sebab sungguh cool ! haha

cayalah tun !

sumber here ok !

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas, manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan Pas-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata BN memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr Mahathir berkata: “Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu,” katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 responses to “Hehe Cayalah Tun ! – “Kurang Bijak Bawa Wakil Rakyat Berkualiti Rendah: Tun M”

  1. best juga cerita lawak kat perak minggu ni. nampaknya, pemimpin-pemimpin yg kata lompat parti tu tak elok, kena jilat balik ludah mereka tu.

    hampes, no kualiti, not consistent, bullshit
    either pak lah, najib or sesiapa sajalah.

    Reply

  2. azwan : neh mmg lawak tahap tertinggi lah. siap ada character mother of all frogs kan. haha 🙂

    Reply

  3. diharapkan sultan perak boleh membubarkan kerajaan perak skg dan mengisytiharkan pilihan raya untuk negeri perak.. dalam situasi sekarang ni, mana2 parti BN @ pembangkang jika dapat membentuk kerajaan pun, kerajaan tu tidak stabil..

    Reply

  4. bota tu kalau lepas ni masuk pkr, then join umno balik, then masuk pkr lagi,then join umno balik… mesti lagi best.. rasa nak pinjam je sikit barang sejuta dua.. hehe

    Reply

  5. Perak dah macam bola dah sekarang ni…

    Reply

  6. bd : hehe sultan akan buat keputusan petang neh. semua tengah tunggu. sure makan pun tak lalu. hehe 🙂

    Reply

  7. budeen : haha kalah ibramhim ali. neh memang mother of all kataks la kan. hehe 🙂

    Reply

  8. nuaeman : tuh la kan. hampeh la 🙂

    Reply

  9. lompat si katak lompat,
    lompat tinggi-tinggi,
    ape yang YB dapat,
    lompat balik parti?

    jawab!jawab!

    Reply

  10. yesss tun aku sokong dengan pendapat tun….

    Reply

  11. Kadang-kadang “sound direct” ni lebih bagus dari main kias-kias. Sebab kias-kias ni mesejnya selalu tak sampai.

    Cayalah!

    Reply

  12. pcu : dapat 50 juta wooooooooo. hehe 🙂

    Reply

  13. kita : hehe tuh la yan. direct je. cooL !

    Reply

  14. rohaizad : hehe tuh la kan. tun mmg mesra media lah. aku suka ! hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge