Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai ?

kalau naik terus ke RM1 kan senang. hehehehe 🙂 lepas ni x payah beli lagi roti2 canai neh. bagi lingkup bisnes depa…

Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai

PULAU PINANG 29 Okt. – Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan.

“Kerajaan akan menimbang permohonan persatuan tersebut. Namun cadangan kenaikan sebanyak 80 sen sekeping itu di lihat agak tinggi dan akan membebankan pengguna.

“Selain roti canai, persatuan berkenaan juga turut memohon untuk menaikkan beberapa jenis makanan lain berasaskan tepung seperti mee, bihun dan capati,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barang sempena perayaan Deepavali, di Jalan Penang di sini hari ini.

Pada 15 Mei lepas, harga tepung di Semenanjung dinaikkan 15 sen sekilogram iaitu pada RM1.35 berbanding RM1.20 sebelumnya.

Untuk Sabah dan Sarawak, harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum itu.

Kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serba guna dan tidak bagi tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal.

Harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutannya dikatakan mengalami kenaikan setiap tahun.

– Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 responses to “Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai ?

  1. mamak ! kira semua .. wane rende .. bla bla bla.. dua poloh lima ringgt ..

    Reply

  2. jeff : sekali suruh mamak lain kira. sepuloh hengget jer! hahahhahah 🙂

    Reply

  3. gaji sector swasta tak naik plak.

    msian cost of living tinggi la. thinking of migrating to us/uk, tp tade geng la plak..

    Reply

  4. edwin : heheheh memang tinggi pun. apa lagi pi ozzie la. heheeheh 🙂

    Reply

  5. what to do…

    ko ni kaki link eh.. macam2 site aku ade kt sini. some tu perlukan update la.

    Reply

  6. edwin : semua link 2 sekali buat jer. hok hok ciken sheit je. hehehehe 🙂

    Reply

  7. great! keep up the good work.

    soon will be launching sitebomber.com << aimed to assassinate ah-beng websites 😉

    Reply

  8. naik seposen dah lew!!!

    Reply

  9. edwin : perghhhhh hebat ko 🙂

    Reply

  10. trojan : hehehehhe 🙂

    Reply

  11. yesterday i gi cyberjaya, ada satu kedai mamak dekat MMU jual 90sen…
    apa kes…??

    Reply

  12. tak bace news paper kot. haha. make sure pg lagi.

    Reply

  13. kawaii : mamak’s cafe and resort tuh kot. hahhaha

    edwin : benci aku harga mahal ni dowh. heheh 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge