Harga Minyak Mungkin Naik Ogos Ini ?

errr bad news la plak kan. huhu

berapa banyak nak naik ni ek ?

Harga minyak mungkin naik mulai Ogos – Shahrir

02/06/2008 7:36pm

KUALA LUMPUR 2 Jun — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

“Ia akan berlaku… harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya.

Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

“Sudahpun ada beberapa cadangan dan mekanismenya sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan secara terbaik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

“Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima tu, dia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

“Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah.

Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi),” katanya.

Shahrir berkata penstrukturan itu juga adalah antara pendekatan kerajaan dalam menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Beliau berkata jumlah subsidi yang dijangka ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG tahun ini ialah RM56 bilion dan ia berbeza dari tahun 2000 hingga 2007 iaitu RM37.4 bilion.

Shahrir berkata larangan penjualan petrol dan diesel oleh stesen minyak beroperasi dalam lingkungan 50km dari sempadan kepada kenderaan asing, adalah hanya langkah sementara.

Katanya larangan itu mungkin sehingga sistem pengurusan subsidi bahan api yang sesuai diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi pada Ogos ini.

“Ini adalah tindakan sementara dan ia bukan satu tindakan yang berpanjangan kerana akhirnya kerajaan akan uruskan soal subsidi petrol dan diesel.

“Sekatan ini perlu untuk halang kenderaan masuk hanya untuk ambil minyak seterusnya membuat rakyat sedar memang besar subsidi yang diberikan kepada petrol dan diesel. Apabila sistem pengurusan subsidi dapat kita putuskan, sekatan tak akan timbul lagi,” katanya.

Beliau berkata larangan penjualan itu sudah berkuatkuasa di sempadan Malaysia dan Thailand hari ini manakala bagi sempadan Singapura, ia akan berkuatkuasa pada 9 Jun ini.

“Larangan penjualan minyak itu tidak membabitkan mereka yang menunggang motosikal kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan membuat keputusan untuk mengecualikan mereka,” katanya.

Shahrir berkata beliau tidak melihat larangan itu akan menjejaskan ekonomi negara walaupun terdapat rungutan daripada pengusaha stesen minyak terbabit.

“Saya dapati daripada laporan yang diterima memanglah perniagaan di sebelah sempadan itu dari segi pelanggan kereta kenderaan Thailand bisnesnya di stesen minyak itu telah berkurang sikit, dah tak berpusu-pusu macam dulu.

“Jika ekonomi negara bergerak hanya kerana penjualan barangan subsidi, maknanya kita tak mantap. Saya tak lihat bahawa ia boleh menimbulkan masalah dari segi ekonomi,” katanya.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 responses to “Harga Minyak Mungkin Naik Ogos Ini ?

  1. masak ler kali ni…. kalau rege petrol naik lagi… sekarang ni pun aku rasa macam masak nak beli minyak…. weekend aritu, balik jengka ajer dah abis RM100 tok beli minyak…. pergi dan balik… kalau naik lagi… ntah berapa banyak ler aku kena isi untuk balik kampung….

    romzis last blog post..Lagenda Sepanjang Zaman

    Reply

  2. romzi : tu la kan. berapa la agaknyer nak naik kali neh. hampeh la camni. haha 🙂

    Reply

  3. naik rm 4 pun ok…lepas ni takyah naik dah hahahaha

    Reply

  4. maen : ni yg rasa nak pakai ss110 balik neh. haha since 2001 aku tak bawak moto dowh. haha 🙂

    Reply

  5. Mungkin ini strategi depa agar negara tak bankrupt… mcm yg mereka kata akan berlaku jika kuasa beralih tangan…

    Nampaknya kenderaan 2 tan aku kena letak tepi jalan dgn tong minyak kat atas. Siapa nak beli?

    penings last blog post..I know what plugins you are running

    Reply

  6. pening : hehe selamba la ko bwk 2 tan. haha 🙂

    Reply

  7. bukan hari ni (Rabu : 4 June 08)… No more subsidy??

    ak x usha lagi kat stesen minyak berapa latest harga. Tp ak ada cerite mengenai minyak ni. Something yg buatkan ak rase curious. Nnt, ak blog.

    izzats last blog post..MJC : Final Week Part 1

    Reply

  8. now its RM2.70/litre. wargghhh!!!…

    kuEs last blog post..malaysian petrol now cost RM2.70

    Reply

  9. penuh siot stesen minyak….susah plak aku nak isi minyak…dah la minyak nak abis…org msia ni beratur isi minyak mcm la bleh isi minyak utk setahun
    hehehe

    Reply

  10. izzat : sungguh hebat kenaikan kali neh kan 🙂

    kue : mahal giler lah. haha 🙂

    maen : dah terlambat. baik balik rumah tido lagi bagus. haha ! 🙂

    Reply

  11. mcm pesta siot aku pi isi minyak tadi…meriah sungguh haha

    Reply

  12. maen : haha happening sungguh malam tadi. sungguh meriah. letttsss parrtyyy

    Reply

  13. kalau harga minyak naik jadi rm4 pn,xde jaminan kerajaan xkan naikkan lagi harga lpas2 ni… nanti byk alasan lagi kalau naik harga. nak menjana ekonomi la ape la,blablabla…so ape2 pn, harga minyak kalau ikut harga dunia pn lpas ni, xde jaminan kerajaan xkan naikkan lagi harga -_-

    eDs last blog post..Linux for Dummies?

    Reply

  14. ed : tu la pasal kan. sekali maunyer naik sampai rm10. surrender terus nanti. haha 🙂

    Reply

  15. Sebenarnya kenaikan harga minyak akan menyebabkan barang-barang lain akan naik harga juga.

    perniagaans last blog post..Seminat Perniagaan Internet- Justification

    Reply

  16. perniagaan : yep dipanggil chain reaction kan. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge