H1N1 Influenza A : Sekolah Diarah Tutup Seminggu
aisey dah makin menular la plak h1n1 neh kan
dah masuk ke dalam sekolah. so far dah ada 2 sekolah yang kena tutup
aku rasa kalau ada kes better tutup je terus. senang cerita
bebudak pun jangan lah nak seronok sangat
kenalah belajar sendiri. udpate blog ke. hehe
mcm mana la diaorang sterilise sekolah2 tuh kan.
so parents semua ! take note. better quarantine anak2 korang kat rumah je la buat masa neh
jgn nak sibuk tengok transformers 24hb neh plak ok. hehe
- – - – - -
sumber di sini tau
PUTRAJAYA 21 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.
Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.
”Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi.
”Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini.
Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan jumlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.
Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.
Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.
”Jangan jadi satu wabak yang ramai murid sekolah itu terlibat dan pada waktu itu sudah terlambat,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada sekolah terbabit dibenarkan memulakan sesi persekolahan selepas tempoh kuarantin itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan.
”Kita akan memaklumkan keputusan itu kepada pihak sekolah sama ada tempoh itu dilanjutkan atau sebaliknya beberapa hari sebelum ia tamat.
”Selain itu, soal sesi pembelajaran yang tertinggal selama seminggu itu bergantung kepada budi bicara guru besar sekolah terbabit sama ada perlu menggantikannya pada hari lain atau sebaliknya,” katanya.
Katanya, dua buah sekolah lagi, Sekolah Kebangsaan Assunta 2 (Petaling Jaya) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam yang sebelum ini dilaporkan pelajarnya dijangkiti H1N1 masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan.
”Kementerian Kesihatan masih memantau keadaan di dua buah sekolah itu dan sehingga kini, kami belum memberi sebarang cadangan untuk menutupnya,” ujar beliau.

Kreuger
best giler kalau skolah tutup.
dulu sempat seminggu sekolah aku runtuh.
tutup sekejap.. sebab jentera piling kongkrit
terbalik hempap sekolah… best diler dowh~
Reply
KNizam Reply:
June 23rd, 2009 at 7:43 am
kreuger : haha mmg la best kalau tak sekolah kan. hehe tapi kali neh takleh keluar rumah la. bahaya neh. ehhe
Reply
Siti R
kalau office tutup kan ke best…heeeee…
Reply
KNizam Reply:
June 23rd, 2009 at 7:44 am
sitir : haha office tutup alamatnyer lagi la teruk kan. hehe
Reply
Adila
erkkk!! smakin teruk la pulak sampai skolah pun tutup
aiseh~
Reply
KNizam Reply:
June 23rd, 2009 at 7:56 am
adila : tu la. dah makin teruk la plak. hehe
Reply
ku E
koleq is affectted ler…
Reply
KNizam Reply:
July 7th, 2009 at 7:40 am
kue : yep kena kuarantin rumah guru tu 2 minggu. hehe
Reply
jasmin ishak
Assalamualaikum,
H1N1 boleh diubati dengan menggunakan Transfer Factor. Transfer Factor adalah pemakanan yang teruji yang akan menguatkan sistem iminusasi seseorang jika diambil. Dapatkan Transfer Factor supaya keluarga anda dilindungi.
Hubungi saya : jasmin61@streamyx.com / 019-6527240
Maklumat lanjut dan testimony boleh didapati di :
1. http://www.holisticsuccess4life.com
2. http://www.tftestimony.com
Wasallam
JASMIN BIN ISHAK
Reply
KNizam Reply:
August 12th, 2009 at 8:48 am
jasmin : thanks for the tips ya doc. hehe
Reply
Ross Safina Hor
Salam…
Saya ada PROTECUR-100 untuk mencegah H1N1 menyerang kita.
Check it out!
I AM PREPARED BUT IS MY BODY PREPARED?
Klik disini: http://rosssafinahor.blogspot.com
Sebarkanlah mesej ini… insyaallah ia dapat membantu kita semua terutamanya kepada student yang ingin menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM…
Tkasih…
FIGHT H1N1 WITH PROTECUR-100!
Reply
KNizam Reply:
September 8th, 2009 at 11:39 pm
ross : wahhhh sempat promote ek. hehe
Reply
Ross Safina Hor
Salam…
Bukan nak ambil kesempatan dalam situasi begini, cuma sekadar nak membantu kerana protecur 100 is really works in this problem(H1N1). Anak I sedang menduduki peperiksaan UPSR, so I dapat rasakan betapa bimbangnya ibubapa diluar sana tentang kesihatan anak mereka terutama yang hendak menduduki peperiksaan seperti UPSR,PMR, SPM dan sebagainya.
So far Alhamdulillah, protecur 100 ini banyak membantu pelajar-pelajar yang kurang sihat dan ada yang menunjukkan tanda-tanda H1N1 pun dapat dikawal. Itu pun dgn izin yang Maha Kuasa. Takut dgn sifat takbur…nanti dimurkaiNya.
Tkasih dan jgn marah ye…why not you try se botol hanya RM38 sahaja. :-)
Reply
KNizam Reply:
September 11th, 2009 at 7:57 am
ross : hehe takpe2
Reply